Tiada lagi Jam penggera

Assalamualaikum
Selamat pagi isnin korang..Dah seminggu kita berpuasa kan..alhamdulillah..Nih aku nak story sikit pasal jam penggera atau korang panggil alarm..hehehe
Betul la kata orang,(bukan aku yang kata tau)bila dah ada anak nie,dah tak perlu nak pasang alam bagai nak rak untuk bangun pagi..secara automatik anak akan kejutkan kita bila bila masa sahaja.
Macam tu jugak nur awfiyah nie,hari-hari kejutkan ummi dia untuk bersahur.Alhamdulillah,tak pernah lagi terlepas lagi waktu bersahur..Seperti biasa setiap pagi Nur Awfiyah akan bangun pada pukul 4 pagi.Dia bangun pun sebab nak susu..Selalunya dia akan bangun 2 kali setiap malam untuk susu..Gigih ummi dia nie bangun.Kekadang tu pepagi buta dah ajak  ummi dia berbual..Terpaksa la ummi layankan je nak oiii!Bila dah puas berbual,dan minum susu,mulalah merengek nak tidur..Tidur pasti ada buaian..Ada petua tak nak suruh anak tido tanpa buai..heehe..Bila Nur awfiyah dan tidur,barulah ummi dia bersilat kat dapur lepas bersahur tu..Nasib baik masa kami bersahur dia tak merengek..Dok dengar dia menjerit je lah..Takde orang nak mengagah dia…
Bila dah ada anak nie,semua kerja kena buat dengan pantas.Waktu dia tidur tu lah waktu untuk kita mengemas itu ini,memasak dan buat lain-lain kerja.Satgi kalau dia dah bangun,memang tak menyempatnya nak buat tu semua..Dok melayan dia jer.
Sesambil taip entry pun boleh jugak jaga dia..
Oklah sambung nanti…tepek gambar satu Nur awfiyah yang sibuk nak berbual..

Loading

33 Comments

  1. awfiyah jadi alarm. hihihi…

  2. betul tu, dah tak perlukan jam lg, awfiyah tlong kejutkan..:)

  3. Salam 9 Ramadhan ya..

  4. Alarm kecik ni mesti lebih power hehehe….
    Selamat mengerjakan ibadan puasa KSD.

  5. Alaa comei nyer dia… 😀 pandai kejutkan ummi yer… 🙂

  6. huhuh..betul tuu..bila ada baby..xyh nk kunci jam hp ke ape ke..alarm semulajadi…

  7. Tahun ini tolong kejutkan ummi bersahur
    Tunggu tahun depan Awifyah akan ikut ummi bersahur sama tau..
    Masa itu dah kena sedia satu pinggan khas buatnya pulak:)

  8. Nanti kalau dah boleh merangkak berjalan lagilah kelam kabut kita membuat kerja 🙂

  9. kena banyak bersabar ek, ni baru sket. tunggu bila dapat berjalan plak.. lagi la kan

  10. Baby jd alarm tuk ummi dia… dan alarm utk papa dia jugak…ke hubby wat duno jek ; jgn mara ehh.

  11. setuju dengan akak… bila tengok akak acik yang ada anak kecil macam tu gayanya

  12. hhehehehe..best ada baby..anytime jd alarm..

  13. baby punya alarm lagi kuat dari jam kak

  14. alarm ni mmg bunyi xyah kuat… skit jer trus kite jage… hahahha… pelik kannn… sblm ni hp bunyi kemain kuat tak dgr…

  15. memang betul tu kak..anak ade ni mudah terjaga kan..amboi fiyah pepagi ajak berbual ye

  16. Hihi. Belum lagi dua org..hihi
    Melayan adik, abang jeles

  17. Bertuah ada alarm original, yang lebih untungnya, alarm akan sentiasa berbunyi sepanjang tahun..;)

  18. hye awfiyah comel..ngeee!

  19. Betul….. bila dah ada anak ni kenalah pandai cari masa kalau tidak mmg tak berkemas le kita jadinya

  20. Hehee, memang anak biasanya akan merangkap Alarm kita..
    Cukup time, dia akan kejutkan 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *