SHAKE SHAKE MALAYSIA

Minuman Shake Shake Penyejuk tekak bila dahaga

Minuman Shake Shake Penyejuk tekak bila dahaga | Ubat penyejuk tekak dikala panas matahari tegak, kepanasan dan kehausan.Mestilah kena dengan sesuatu yang sejuk kan.

 Lagi sedap kalau dapat air yang berperisa macam Shake-Shake ni hah.Lepas je umi pergi ke Sports Direct di Sunway Big Box, terus rasa nak cari minuman sejuk untuk hilangkan dahaga ni.Kebetulan masa ke sana cuaca panas.Puas meronda sports direct mula rasa haus.

Jadi umi dengan geng-geng cari tempat minum yang santai untuk kitorang lepak melepaskan penat meronda.Masuk je Sunway Big box tu dah ternampak stall kecil berdepan dengan pintu masuk sunway ni iaitu SHAKE SHAKE .

Sedap juga kalau pekena bubble tea dan minuman yang lain-lain tu.So, kitorang pakat order di stall Shake-Shake tu dengan minuman yang berlainan setiap seorang.Jadi bolehlah umi rasa diorang punya kan? Nak jugak tau mana satu minuman yang sedap di Shake-Shake ni.

Actually Shake Shake ni ada lagi cawangan dia di KSL Mall.Nanti korang boleh tengok mana lagi cawangan mereka di FB ye..Umi letakkan link di bawah ni nanti.

Nak tengok minuman-minuman yang kami order? Macam-macam kitorang cuba tau.Boleh tahan jugak rasa kesemua minuman yang ada di SHAKE SHAKE  ni. Memang betul-betul Minuman Shake Shake Penyejuk tekak bila dahaga ni tau.Sekali sedut rasa nak sedut 2,3 kali pulak.

Minuman Shake Shake Penyejuk tekak bila dahaga
Iced Latte, Fiery brown sugar pearl fresh milk Signature, Cheese passion fruity, matcha red bean smoothie, pearl milk tea dan purple rice yogurt

Hah!! bersusun minuman menunggu giliran untuk diminum.Antara semua minuman yang ada ni umi suka iced latte dan fiery brown sugar pearl fresh milk tu.Umi senaraikanlah nama-nama minuman tu dibawah.Nanti senang korang boleh tau nama-nama minuman tu.

  • Iced Latte
  • Fiery Brown Sugar Pearl Fresh Milk (Signature)
  • Cheese Passion Fruity
  • Matcha red bean Smoothie
  • Pearl milk tea
  • Purple rice Yogurt

Yang lain tu pun not bad gak rasa.Yang penting semua tu kalau minum masa dia betul-betul sejuk memang sedap lah.Takdelah rasa muak.

Minuman Shake Shake Penyejuk tekak bila dahaga

Umi close up sikit satu persatu minuman yang kami cuba tu hah..eh terasa nak minum lagi pulak..

Minuman Matcha red bean smoothie ni pun boleh tahan sedap jugak tau.

Dan Hah!! ni menu yang paling special yang wajib korang cuba bila korang pesan minuman disini.

Wajib order sekali Waffle rendang ni ye.Actually waffle ni ada pelbagai perasa di dalamnya seperti rendang ayam, waffle chicken tomyam dan satu lagi umi tak ingat.

Tapi makanan yang wajib korang order bila datang ke Shake Shake ni mestilah Waffle rendang ni.

Nampak tak ianya lain dari yang lain.Umi 1st time tau mencuba waffle yang ada isi macam ni.Selalunya waffle kacang, coklat, strawberry je kan.Hah ni dia letak rendang ayam sekali masuk dalam waffle tu.

Minuman Shake Shake Penyejuk tekak bila dahaga

 

So kalau korang nampak stall Shake Shake ni, jangan lupa tau untuk mencuba menu minuman dan makanan ni..Rugi kalau korang tak cuba.

Cawangan Shake Shake Malaysia ada di :-

  • Sutera Mall
  • Toppen
  • KSL City
  • Bukit Indah
  • Paradigm Mall

Untuk korang yang nak tahu details tentang Shake Shake ni boleh lihat detail dibawah ye.

Instagram : Shake Shake Malaysia

Facebook : Shake Shake Malaysia

Nampaknya umi dah beberapa hari cheat day.Entah bila nak kembali kepangkal jalan 🙂   🙂

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *