Itinerary Percutian 2 hari 1 malam ke Melaka

Itinerary Percutian 2 hari 1 malam ke Melaka | Percutian ke Melaka ni bukanlah baru pertama kali.Tapi disebabkan percutian ni tanpa anak-anak maka ia adalah Me Time untuk umi.

Dan percutian ini kiranya percutian untuk FOOD HUNTING umi di Melaka.Percutian pun bukanlah lama pun. Cuma 2 hari 1 malam sahaja dengan partner umi a.k.a officemate umi.Nasib baiklah dia sudi temankan umi untuk trip ke Melaka ni.

Boleh juga baca entry percutian umi ke Melaka sebelum ni ye

Hah..itu jelah entry-entry yang rasanya ada kena mengena dengan percutian umi ke Melaka.Yang lain-lain tu memang umi akan balik Melaka untuk hantar Mak Mentua ke rumah kakak ipar yang memang duduk di Melaka.

Oklah.Berbalik kepada Itinerary percutian umi ke Melaka selama 2 hari 1 malam lepas adalah percutian perseorangan tanpa husband dan anak-anak.Babah memang bagi chance kat umi untuk ber Me Time.Terima kasih babah.Harap lepas ni dapatlah kebenaran lagi 🙂

Tujuan umi ke Melaka untuk kali ini adalah untuk umi jalan-jalan cari makan di sekitar Melaka yang pernah Viral sebelum ini.Selama umi balik Melaka memang tak berkesempatan langsung nak ke tempat-tempat tu.

Jadi inilah masanya kan.Planning memang tak lama pun.Tapi umi dah siapkan sedikit perencanaan ke mana tujuan kami nak pergi semasa keberadaan kami di Melaka

Inilah partner yang menemani umi sepanjang keberadaan umi di Melaka.Thanks tau layan akak..haha

Oklah jom kita tngok Iteneray percutian umi ke Melaka 

Itinerary Percutian 2 hari 1 malam ke Melaka

DAY 1

7.45 pagi – Bertolak dari Johor Bahru dan sampai ke Swan Garden Hotel Melaka pada pukul 11.00 pagi

11.00 pagi- Check in Hotel (Masa ni bilik dah ready lebih awal.Sebab tu boleh check in awal)

11.15 – Ke Calanthe Art Cafe.Makan-makan dan balik ke hotel semula ✅

2.00 petang – Makan-makan di Coconut Shake Klebang ✅.Selesai makan balik semula ke hotel

5.30 petang – Ke Asam pedas Kota Laksamana untuk makan malam then balik hotel memandangkan hari hujan✅

Sampai situ jelah itinerary hari pertama umi memandangkan hujan lebat di Melaka pada belah malam.So, malam tu just stay kat Hotel

DAY 2

6.45 pagi – Keluar awal dari Hotel menuju ke Roti canai Arang ✅

9.45 pagi – Kami sambung makan ke Mee Goreng Hasan Tengkera yang selalunya disebut Mee Bodo je✅

10.30 pagi – Kembali ke Hotel untuk check in dan terus ke tempat seterusnya

11.30 – Cendol Kampung Hul✅

12.45 – Rice Ball Ee Ji Ban Restoran Melaka✅

2.00 – Keria Gula Melaka Antarabangs✅

Settle hari kedua dan kami teruskan perjalanan balik semula ke Johor Bahru dengan selamatnya.

Ya..itu dia antara tempat yang kami sempat singgah di Melaka.Ikutkan malam hari pertama tu banyak sebenarnya kami nak pergi.Nak ke Riverside dan sebagainya.Tapi memandangkan malam tu hujan sampai tengah malam.Jadi kami hanyak lepak-lepak sahaja di bilik Hotel.

Tu yang food hunting hari kedua straight sampai ke nak balik kami makan.Penuh perut jangan cakaplah.Tapi kami hanya makan apa yang diviralkan tanpa menambah apa-apa makanan tambahan dalam menu kami setiap kali kami ke restoran yang kami tuju.

Nanti umi ceritakan satu persatu tentang jelajah cari makan kami sepanjang kami di Melaka ye.

Stay tuned…

By siti Rohaida

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

2 thoughts on “Itinerary Percutian 2 hari 1 malam ke Melaka”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *