bubblebee muar

BUBBLEBEE BUKA CAWANGAN BARU DI MUAR JOHOR

BUBBLEBEE BUKA CAWANGAN BARU DI MUAR JOHOR | Alhamdulillah sabtu lepas umi bersama team JDT Blogger telah ke Muar bagi memeriahkan lagi majlis perasmian cawangan terbaru Bubblebee di Muar Johor.

Lama tak together dengan team JDT Blogger, jadi kali ni kami dapatlah berjumpa dengan yang lain-lain termasuk Juju dan Ena.Umi pulak dari Pasir Gudang bersama Sis Lin dan Nona.Kami carpool je dengan Sis Lin.Lama pulak tak berjalan jauh dengan geng-geng blogger.

BUBBLEBEE BUKA CAWANGAN BARU DI MUAR JOHOR
Sempatlah kami bergambar dengan shuib

Bubblebee buka cawangan baru di Muar iaitu di Pusat Perniagaan Prima Sakeh, Muar Johor.Bagi umi kawasan di cawangan ni memang strategik.Kedai tepi dan luas beserta parking yang mudah ni sangat memudahkan orang untuk datang ke cawangan mereka disini.

Sempena pelancaran pembukaan cawangan baru ni, 100 cup aiskrim Taro diberikan percuma kepada mereka yang datang awal.Yang bestnya, Shuib,isteri bersama dua orang anaknya sendiri yang memberikan 100 cup percuma tu.Meriah la dengan orang ramai yang nak bergambar dan makan disini.Bukan tu je tau, mereka yang selepas tu pun dapat minuman percuma.Sedap-sedap minuman terbaru mereka.Rasa refreshing betul minum minuman di sini.

Oh ya, kepada korang yang datang ke sini. korang bolehla dapat minuman dengan harga RM3.90 sahaja sempena kelahiran Shuib sehingga 17 September ni.Antararanya ialah:-

  • Frizb Cranberry
  • Frizb Passion Fruit
  • Frizb Peach Mint
  • Frizb Red Apple
  • Frizb Mango
  • Frizb Strawberry
  • Taro honey Milk

BUBBLEBEE BUKA CAWANGAN BARU DI MUAR JOHOR

Bukan tu je, sepanjang pembukaan cawangan baru bubblebee ni juga, diadakan juga persembahan zapin, kompang, photobooth, face painting dan juga Badut Jojo.Jadi mereka yang datang sini boleh la ambil gambar di photobooth, melukis muka, dan juga mintak belon dengan abang jojo tu.

BUBBLEBEE BUKA CAWANGAN BARU DI MUAR JOHOR

Ada juga beberapa vip yang datang memeriahkan lagi majlis pembukaan cawangan di Muar ni.

bubblebee muar

Tahniah Bubblebee dan Shuib.Semoga terus berkembang lagi ke cawangan-cawangan seterusnya.Dapatlah juga jumpa dengan watie.Peramah dan tak lokek dengan senyuman orangnya.

bubblebee muar

Diam tak diam Bubblebee dah ada lebih dari 50 cawangan di Malaysia.Antara usahawan bumiputera yang berjaya sekarang ni.So, korang yang berdekatan Muar, bolehlah untuk singgah samada untuk dine-in ataupun takeaway.

Umi sertakan alamat untuk memudahkan korang terjah nanti

BUBBLEBEE MUAR

No.2GF, Jalan Prima Sakeh 3,

Pusat Perniagaan Prima Sakeh,

8400 Muar Johor

Website | Facebook | Instagram

 

Loading

2 Comments

  1. Jomlah lepak Muo, suka vibes cafe dia kat sana..

  2. comelnyee sumayyah.hehe. Best jugak lepak bubblebee. ruang besar. Minuman pon sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *