Dapat Juga Merasa Bubble Bee Shuib Yang Dikatakan Sedap Tu

Dapat Juga Merasa Minuman Bubble Bee Shuib Yang Dikatakan Sedap Tu

Dapat Juga Merasa Minuman Bubble Bee Shuib Yang Dikatakan Sedap Tu | Dok viral sana sini selepas pembukaan cawangannya di Johor Bahru baru-baru ni.Kali ni umi berpeluang merasa macam mana gaknya rasa minuman viral Bubble Bee By Shuib ni.

Kalau dulu kita tau yang Shuib hanya mengeluarkan madu sarang shuib, kali ni dia keluar pulak minuman.

Macam-macam perasa minuman yang ada di Bubble Bee Shuib ni.Tapi yang umi nak sangat cuba adalah Golden series ice-cream Honeycomb ni.Sebab rata-rata ramai yang dah cuba yang ni diorang kata sedap.

cawangan bubble bee
Cawangan Bubble Bee Seri Alam

Masa pembukaan tu umi takde rasa nak mencuba pun.Sebab nak ke cawangan Masai tu, dari rumah jauh la jugak.Tapi tak sampai setengah jam dah sampai..hahaha..Nampak tak malas nak ke sana.Tapi akhirnya dapat juga merasa minuman bubble bee by shuib yang dikatakan sedap tu

Memandangkan hari tu umi ada kerja di sekitar situ, jadi singgah la ke Cawangan bubble bee di Seri Alam tu.Kalau hari minggu memang beratur panjang kata pak guard situ.Tapi memandangkan umi pegi hari biasa, jadi takdelah beratur panjang sangat.Nak berOOTD pun dalam tu tak sempat dek kerana parking kat luar sangat ler terhad.

Itu pun babah yang pergi beratur, umi malas nak ikut.Kang ada je yang ngekor belakang bontot nak ikut.Belum lagi drama air mata nak tu, nak ni dalam tu kedai tu kang, sudahnya umi jaga parking bersama dengan anak-anak.

Babah beli 4 cup je.Umi lupa yang untuk budak berdua tu apa.Tapi hari tu babah beli lain-lain tapi tak sempatlah umi nak bergambar bagai memandangkan masing-masing tak sabar nak menyedut.

Jadi umi kena pasrah dapat ambil gambar yang ada kat tangan je ni.Pulak tu umi kena drive, jadi mana yang sempatlah jelah kan umi ambil.

Akhirnya dapat juga rasa Golden series ice-cream Honeycomb sekali pun dah ok dah kan.Janji dah rasa..hahahah.So sedap ke tidak?

Review Golden series ice-cream Honeycomb Bubble Bee By Suib

Dapat Juga Merasa Bubble Bee Shuib Yang Dikatakan Sedap Tu

Oklah, kalau nak diikutkan ice-cream tu takdelah berapa nak manis.Just nice je umi rasa.Bertambah manis kalau korang gigit honeycomb tu hah.Tapi kalau korang blend makan sekali masuk dalam mulut bersama ice-cream, honeycomb dan juga cornflakes.Memang masyuk beb!! Memang sedap di tekak umi.Tu yang rasa boleh la kot kalau nak repeat lagi.

Tapi memandangkan babah kata satu cup tu pun dah mahal, jadinya sesekali tu oklah kan.Nak repeat lagi tunggu bila ada urusan penting ke sana jelah nampaknya.

Di dalam Golden series ice-cream Honeycomb ada pearl berwarna kuning, ice cream, honeycomb dan juga ice cream.Memang kombinasi menarik bila korang gabungkan ketiga-tiganya masuk dalam mulut.Memang sedap.

Eh.. umi memang tak boleh la nak meluahkan rasa sedap tu.Umi nasihatkan jangan makan honeycomb tu sahaja ye.Memang tersangatlah manis.Minuman bubble bee ni boleh tahan sedap tau.

Dan dinasihatkan korang cuba sendiri sebab tekak lain-lain.Ada yang kata sedap, ada yang kata biasa-biasa je,ada yang kata langsung tak sedap.Ikutlah korang kan,Tapi pada umi sedap je.hahaha

Ada je perisa lain yang korang boleh cuba, cuma signature untuk bubble bee ni Golden series ice-cream Honeycomb la.So, sebelum cuba yang lain, better korang cuba yang ni dulu.Tak pun pakat share dengan kawan-kawan beli yang berlainan dan berkongsi.Hah!! jadi korang tau mana satu pilihan yang korang suka tu ye.

Baca juga : Lunch di bibik’s Kitchen hanya RM35 untuk 2 orang

Eh..ada satu lagi minuman yang macam shuib keluarkan ni, cuma umi masih belum berkesempatan nak mencuba.Yang tu dekat sikit..Nanti umi cuba ek

Kalau korang nak tau outlet Bubble Bee ni boleh la tengok website mereka atau di page mereka.

Bubble Bee

 

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *