sengkuang

Sengkuang, Jenis Dan Khasiatnya Yang Perlu Korang Tahu

Sengkuang atau Pachyrhizue erosus dikenali dengan banyak nama antaranya ialah, Jicama, Yam bean Mexican Turnip, shankalu, Singkamas, Kuzu-imo dan bang kuang.Ia sejenis tumbuhan memanjat yang berumbi dan mempunyai rasa yang manis.Ia biasanya dimakan sebagai sayur atau dicampur di dalam rojak.Sengkuang

Tumbuhan ini sangat popular dalam kulinari Malaysia dan sering digunakan dalam pelbagai hidangan tempatan.

Di Malaysia terdapat juga nama-nama dan jenis sengkuang yang biasa kita jumpa di sini.

sengkuang

JENIS-JENIS SENGKUANG DI MALAYSIA

1.Sengkuang Bulu

Sengkuang bulu juga dikenali sebagai “yam bean” dalam bahasa Inggeris. Sengkuang bulu memiliki kulit yang berbulu halus dan buah yang berair serta manis. Ia sering digunakan dalam masakan tempatan seperti rojak buah atau dimakan sebagai lalap.

2.Sengkuang Laut

Sengkuang laut adalah tumbuhan yang tumbuh di kawasan pantai atau kawasan berbatu. Ia juga dikenali sebagai “beach yam” dalam bahasa Inggeris. Tumbuhan ini menghasilkan akar yang dapat dimakan, dan ia biasanya dimasak seperti ubi rebus atau digunakan dalam masakan laut.

3.Sengkuang Hutan

Sengkuang hutan merupakan jenis sengkuang yang tumbuh di dalam hutan atau kawasan semak belukar. Ia juga dikenali sebagai “forest yam” dalam bahasa Inggeris. Akar sengkuang hutan boleh dimakan, tetapi ia perlu dimasak dengan betul kerana ia mengandungi bahan kimia yang tidak baik jika dimakan mentah.

4.Sengkuang Cina

Sengkuang Cina, juga dikenali sebagai “Chinese yam” dalam bahasa Inggeris, adalah jenis sengkuang yang popular dalam masakan Cina. Akar sengkuang Cina sering digunakan dalam sup, masakan tumis, atau dimakan dalam bentuk ubi rebus.

5.Sengkuang lautan India

Sengkuang Lautan Hindia adalah tumbuhan yang tumbuh di kawasan Lautan Hindia dan Asia Tenggara. Ia juga dikenali sebagai “Indian yam” dalam bahasa Inggeris. Tumbuhan ini menghasilkan akar yang boleh dimakan dan digunakan dalam pelbagai hidangan tempatan.

6.Sengkuang Selametan

Sengkuang selametan adalah jenis sengkuang yang ditanam secara meluas di Indonesia. Ia juga dikenali sebagai “salvation yam” dalam bahasa Inggeris. Akar sengkuang selametan biasanya digunakan dalam hidangan tradisional Indonesia seperti gado-gado atau pecel.

7.Sengkuang Pahang

Sengkuang Pahang adalah satu lagi jenis sengkuang yang popular di Malaysia, terutamanya di negeri Pahang. Ia digunakan dalam hidangan seperti rojak sengkuang Pahang atau dimakan sebagai lalap.

Setiap jenis sengkuang mempunyai ciri-ciri dan kegunaan yang unik dalam kulinari tempatan dan masyarakat tempatan. Ia adalah tumbuhan yang penting dalam kepelbagaian makanan di serata dunia dan memberikan rasa dan tekstur yang berbeza kepada hidangan-hidangan yang digunakan.

KHASIAT SENGKUANG 

Kebanyakkan sengkuang ni dimakan tanpa dimasak terlebih dahulu.Umi senaraikan antara khasiat Sengkuang untuk pengetahuan korang

1.Tinggi Oksidan

Sengkuang mempunyai antioksidan yang tinggi.Ia dapat membantu mencegah kerosakan sel-sel badan akibat tekanan oksidatif.

Tekanan oksidatid banyak dikatikan dengan penyakit-penyakit kronik seperti penyakit jantung, diabetes, kanser atau Alzheimer.Ia mengandungi antioksidan seperti vitamin C, vitamin A, vitamin E, selenium dan flavonoid.Dengan adanya antioksidan yang tinggi, ia dapat mengurangkan risiko terhadap penyakit-penyakit kronik.

2.Mengandungi Asid Amino

Sengkuang juga didapati mempunyai kesemua asid amino( essential amino acid).Asid amino adalah asid yang tidak dapat dihasilkaan oleh badan dan harus diperolehi melalui makanan.

Asid amino adalah molekul yang bergabung untuk membentuk protein.Badan manusia menggunakan asid amino untuk menghasilkan protein bagi membantu badan mencernakan makanan, membesar, membaiki tisu badandan fungsi badan yang lain.

3.Mencegah Kenaikan Paras Gula Darah

Untuk mereka yang mempunyai diabetes, senkuang sangat bagus dalam mencegah kenaikkan paras gula darah.Khaisat sengkuang terhadap paras gula darah ini ditunjukkan di dalam beberapa kajian.

Contohnya, kajian yang menggunakan serat sengkuang terhadap haiwan yang diberikan makanan tinggi gula mendapati serat sengkuang boleh mencegah kenaikan gula darah dan intolerans glukosa dengan ketara.

Kajian lain pula mendapati ekstrak sengkuang boleh mengurangkan paras gula darah dan purata gula darah.Ekstrak sengkuang juga didapati boleh meningkatkan kesensitifan insulin.

4.Tinggi Vitamin C

Sekiranya anda sukar untuk mendapatkan buah yang tinggi vitamin c seperti jambu batu atau oren, anda boleh memilih sengkuang.

Sengkuang juga tinggi dengan kandungan vitamin C.Bagi 100 gram sengkuang segar, terdapat 20.2 gram vitamin C.

5.Mengurangkan Berat Badan

Mesti lepas ni anda akan menyukai sengkuang kerana ia dikatakan mampu mengurangkan berat badan.Ini kerana sengkuang tinggi dengan air dan serat.Jadi ia boleh melambatkan pencernaan seterusnya mencegah peningkatan mendadak paras gula darah selepas memakannya.

Keadaan ini membuatkan anda beras lebih kenyang dengan jangka waktu yang lama.

6.Memutih dan Melambatkan Penuaan Kulit

Ekstrak yang ada pada kuli sengkuang dan ubinya juga turut didapati mempunyai khasiat dalam membantu memutih dan melambatkan penuaan kulit.

Kajian makmal mendapati ekstrak etanol kulit dan ubi sengkuang ini mempunyai aktiviti perencatan tirosinase yang mengesahkan ciri-ciri antipenuaan dan pemutihan kulit sengkuang.

Perencatan tirosinase boleh mencegah pengumpulan melanin iaitu pigmen yang memberikan warna pada kulit.Oleh itu, agen yang boleh merencatkan tirosinase berpotensi digunakan dalam produk kosmetik untuk memutihkan dan melambatkan penuaan kulit.

7.Menguaktan Sistem Imun 

Sengkuang ini juga mempunyai ciri-ciri modulasi imun badan yang boleh digunakan untuk melawan pelbagai penyakit sepertipenyakit berjangkit dan kanser.

Kesan modulasi imun bagi sengkuang dapat dilihat dalam kajian tabung uji dan kajian terhadap haiwan.

Satu kajian tabung uji mendapati ekstrak serat ubi sengkuang boleh meningkatkan antibodi dalam sel-sel manusia.Antibodi ialah protein yang dihasilkan oleh sistem imun untuk melawan kuman seperti virus dan bakteria.

Kajian terhadap haiwan pula mendapati ekstrak ubi sengkuang boleh meningkatkan keimunan dan penghasilan antibodi bagi haiiwan yang telah divaksin dengan vaksin hepatitis B.

8.Baik untuk Kesihatan Jantung

Sengkuang juga mempunyai pelbagai nutrien yang baik untuk kesihatan jantung.Ia juga mempunyai serat larut yang agak tinggi dimana ia boleh membantu merendahkan paras kolestrol yang seterusnya boleh mencegah daripada penyakit jantung.

Selain itu, kandungan kalium dalam sengkuang juga boleh membantu merendahkan tekanan darah dengan mengendurkan saluran darah.

 

Banyakkan khasiat sengkuang ni.Jadi selepas ni boleh la jadikan sengkuang sebagai snek harian anda.Dari kajian-kajian yang telah dilakukan, sengkuang ini juga boleh mencegah kenaikan gula darah, membantu mengurangkan berat badan, baik untuk penghadaman dan lain-lain lagi

Adalah penting untuk memasukkan sengkuang dalam diet harian anda untuk mendapatkan manfaat kesihatan yang maksimum. Anda boleh menghidangkan sengkuang sebagai hidangan mentah atau dimasak dalam pelbagai hidangan yang lazat seperti rojak, salad, atau masakan laut.

Loading

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.