Senarai Video yang wajib di Download Untuk Naura

Senarai Video yang wajib di Download Untuk Naura

Senarai Video yang wajib di Download Untuk Naura | Umi lebih suka Naura tengok TV dari tengok handphone.Disebabbkan tu, umi download banyak video untuk masuk dalam pendrive dan terus ke TV.

Tapi, apa video-video yang umi download untuk Dak Naura.Semestinya umi kena tapis dahulu video-video yang dia nak tengok.Kalau kita dah download video-video yang kita nak, jadi takdelah dia menghadap handphone kan.

Sebab apa umi taknak dia banyak pegang handphone? Kalau korang perasan, dah banyak dah anak-anak terkena penyakit akibat penggunaan gadget secara berlebihan.

Umi bukan parents yang terbaik atau yang bagus sebab umi pun beri jugak dia gadget pada dia.Tapi sebolehnya umi naklah kawal penggunaan gadget yang berlebihan pada dia.Dia pun pandai memilih antara gadget dan tv.Kalau dia nak pegang gadget tu, dia akan cakap, TV umi dah panas.maknanya ada sesuatu yang dia nak selain dari TV.

Selain tu, umi ada install jugak apps lipas yang merayap di telefon.Kalau dia terlalu taksub sangat satu hari nak pegang phone, memang umi akan bukak apss lipas tu.Lepas tu dia dah tak berani dah nak pegang phone.Kadang-kadang pesanan orang tua, biar anak menangis jangan kita yang menangis disebabbkan dia.Memang di guna pakai.Yelah..Kalau dah terkena, memang dah tak boleh nak buat apa.So, apa je risiko akibat terlebih penggunaan gadget ni?

RISIKO AKIBAT TERLEBIH PENGGUNAAN GADGET

1.Sukar Tidur

Telefon pintar menbuatkan si kecil sukar tidur, kerana hampir semua layar mengeluarkan blue light yang menyerupai cahaya siang hari. Cahaya tersebut dapat mengirimkan isyarat pada otak anak dan membingungkan tubuh manusia. Pada waktu malam, anak menjadi sukar untuk tidur, disarankan agar anak-anak tidak bermain gajet di rumah 1-3 jam sebelum tidur dan menggantikan dengan aktiviti membaca buku bersama-sama, atau menceritakan kisah dongeng-dongeng yang bermanfaat.

p/s. Hari tu mak umi ada send gambar anak seorang kenalannya yang suka sangat tengok handphone sebelum tidur, Bila mak pak dah tidur, anak tak tidur lagi.sampai ke pagi anak tu tengok handphone tanpa kawalan mak pak.Akibatnya, anak tak cukup tidur dan pengsan di sekolah.

So, kita sebagai ibu bapa kena sangat-sangat alert.

2.KURANG BERGERAK

Bila dah hadap handphone, tiada pergerakkan dilakukan.Sepatutnya zaman kanak-kanak ni, aktiviti mereka melompat, bermain, bergerak berlari untuk bantu perkembangan fizikal diorang ni.Tapi bila dah handphone depan mata, takde lagi pergerakkan yang dilakukan oleh anak-anak kita.Di situlah timbulnya gangguan perkembangan mereka.

3.GANGGUAN PADA MATA

Terlalu kerap menatap layar skrin menyebabkan mata jadi suram, kering dan kerap sakit kepala. Walaupun belum ada laporan rasmi layar skrin menyebabkan kerosakan mata. Disarankan mengajarkan anak untuk menjaga jarak pandangan antara mata dan juga layar, selain aturan terang dan gelapnya, jangan terlalu terang, dan suruh anak untuk beristirehat setiap 10-20 minit sekali.

4.KEMAMPUAN BERSOSIAL KURANG

Pengguna gajet tetap mampu untuk bersosial dengan melakukan hubungan melalui pelbagai aplikasi yang ada. Namun anak-anak juga perlu untuk memiliki kemampuan membaca emosi orang lain, caranya dengan melakukan interaksi langsung dengan bersua muka. Itu sebabnya, batasan waktu dalam penggunaan gajet adalah jalan keluar terbaik untuknya.

Umi setuju sebab bila anak-anak dah hadap handphone, mereka takkan hiraukan suasana sekeliling.Tak payah cakap anak orang, anak sendiri pun umi dapat lihat.Sebab tu umi sebolehnya bila balik kampung, atau ada masa-masa keluar bersama , kalau boleh taknak ada handphone yang melekat kat tangan diorang ni.

5.JADI KETAGIH

Ibu bapa yang terbiasa hidup dengan gajet, membuat anak rasa tidak diperhatikan dan asyik sendiri dengan telefon pintar atau tablet. Hal tersebut menjadi kebiasaan dan mampu menimbulkan ketagihan terhadap gajet. Kajian Gentile menyatakan, 1 dari 11 anak-anak yang berusia antara 8-18 tahun mengalami ketagihan teknologi gajet.

Umi paling takut bila anak-anak rasa jauh dengan kita.Walaupun kita pegang phone sebab kita berniaga.Anak-anak takkan faham apa yang kita buat.Pada dia, bila kita pegang phone, kita dah abaikan dia.Sebab tu sekarang ni umi kena ada masa untuk layan customer² kesayangan umi tu dengan waktu yang terhad.

Itu dia sedikit sebanyak perkara yang kalau boleh kita sebagai ibu bapa taknak benda tu terjadi kan.Kecanggihan zaman moden ni, kalau kita terlalu taksub pun boleh makan diri kita juga.

Oklah, berbalik pada Video-Video yang umi download untuk dak Naura.Yang sampai sekarang ni menjadi rutin dia untuk tengok selain dari kartun-kartun kesukaan dia seperti My little Poney, Ultraman, Omar hana dan upin ipin.

Senarai Video yang Umi Download Untuk Naura

ENGLISH WOW TV

Ni memang umi recommended tau.Salah satu sebab ia di recommended oleh rakan blogger umi.Steve dan maggie, sentiasa beri pelajaran perkataan baru dalam english.Anak-anak akan ikut cara mereka bertutur.Korang boleh search di Youtube ye.

LITTLE BABY BUM

Banyak nyanyian dan pergerakkan yang anak-anak boleh ikut.Memperkenalkan anak kepada warna, abjad dan huruf dengan nyanyian amat menyeronokkan.

PINK FONG

Sama je macam Littel Baby Bum,.Fenomena Baby shark dodo tu yang buat umi download video-video dari PINK FONG

TV NURSERY RYHME

Bantu jugak anak-anak untuk mengenali sesuatu objek, abjad dan nombor.

ENGLISH SINGSING

Boleh kembangkan vocab anak-anak.Ni pun umi baru je download.Tak boleh satu video je sebab anak-anak ni cepat bosan.

 

Dan banyaklah video-video seperti Akili and me, Baby bus yang boleh berikan anak kita pendedahan tentang perkara-perkara yang boleh buat mereka berfikir

Lepas ni umi kena cari video lain jugak.Yelah..Nak ajar anak berbahasa inggeris ni kena dari awal.Mak pak tak tau berbahasa inggeris, tak bermakna tak boleh ajar anak berbahasa inggeris kan.Yang penting atas usaha kita sendiri nak anak tu jadi macam mana.Rajin kita, cemerlang lah anak kita.Kalau kita malas dan hanya mengharapkan cikgu kat sekolah,emm..tu kena fikir sendiri la.

 

 

Loading

4 Comments

  1. hahahah pandai ek naura! tv umi dah panas!!! nasib hari tu kat umah sis lin, dia tak sebut tv auntie da panas…hahahaha

  2. Kadang kesian anak-anak sekarang kan, terlalu leka dengan gadjet. Kita kena selalu pantau anak-anak. Kalau dah besar plak , lain pulak nak di pantau adeiii…

  3. Author

    betullah sis..dah besar pun kena pantau jugak selagi tak kawen kan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *