MOOD BLOGGING ON

Mood Blogging On! kemain lama umi off mood blogging kan.Walaupun anak-anak dah naik sekolah, masih ada saki baki kerja yang perlu diselesaikan.Kesihatan pun sikit down selepas hari raya hari tu.Bila dah ok, baru boleh on balik mood untuk blogging.

Disebabkan tahun ni hanya berhari raya di Johor, tetapi tetap sibuk dan rasanya lagi sibuk memandangkan umi antara adik beradik yang pulang awal ke kampung.Yelah, masa nilah sibuk untuk beli barang kering dan barang basah.Itu pun dah kemain berpusu-pusu orang nak beli keperluan memasak untuk raya.

Selalunya, jarang kaum lelaki ikut kami untuk shopping barang dapur, selalunya umi, mak dan adik beradik perempuan yang balik awal jelah yang pergi.Kamilah tolak troli, kamilah pilih barang dan kamilah yang bawak kereta.Senang sikit,hahah.Yang paknya tu duduk kat rumah tolong rebus ketupat, jaga anak dan buatlah persiapan lain.Takdelah pelik mana kalau lelaki tak ke pasar kan?

Bukannya apa, kadang-kadang tu, biar orang pompuan ni pergi sebab dia tau barang apa yang ada dan takde kat dapur tu.Yang lelaki tu, bagi kami duit je,pandailah kami nak uruskan macam mana.Itu cara umilah, tak tau pulak korang macam mana kan?

Tema kami sekeluarga tahun ni memang tak sama semua.Sebab kebanyakkannya pakai apa yang ada sahaja.Nak gambar potrait satu keluarga pun sampai kami lupa memandangkan ada lagi ahli keluarga yang dalam perjalanan balik pada hari raya pertama.

Biasalah, bila dah pagi raya, lepas je makan-makan dan bersalam-salaman, selalunya kitorang akan keluar untuk pergi marhaban dari sebuah rumah ke sebuah rumah.Yang bestnya marhaban ni, dapatlah jumpa kawan-kawan lama yang duduk jauh, mak-mak jiran tetangga yang semakin tua.Rindu pulak zaman budak-budak.Kemain meriah kalau marhaban di kampung.Tapi lama kelamaan, bila mak ayah dah tua dan ada diantara mereka yang tak larat, jadi yang kuat jelah yang join.Tak semeriah 5-10 tahun lepas.

Tapi syukur ada lagi marhaban diadakan.Kata jiran umi, kalau mak-mak nanti dah tua, harapnya ada lagilah anak-anak dan cucu-cucu yang join marhaban.

Simpan sini buat kenangan untuk tahun seterusnya.Masa ni pun dah siap-siap nak keluar marhaban.Tak sempat lagi nak setting kat belakang tu hah.

Hari raya pertama memang kami habiskan untuk aktiviti marhaban je.Raya kedua barulah dapat ke rumah pakcik makcik yang ada.Itu pun dua orang je untuk belah arwah abah.Dua orang tujelah yang tinggal untuk sebelah arwah abah.

Rumah pertama kami adalah di rumah Paksu Mat di Air Tawar 2.Umi tak ingat Paksu Mat ni anak keberapa.Lupa pulak nak tanya kan.Yang sulung dan yang ketiga dah kembali ke rahmatullah, jadi tinggallah paksu mat dan juga Mak su Chah.

Yang tiga lelaki ni adik beradik umi.Kami, kalau ikut dengan arwah abah ada lima orang adik beradik.Empat lelaki dan sorang jelah perempuan.Sorang lagi adik lelaki umi takde dekat sini.Jadi hanya kami berempat jelah.

Rumah kedua pulak adalah rumah maksu Chah di Kota Tinggi.Dah uzur dah memasing.Masing-masing dah tak larat nak berjalan

Lepas tu kami balik sebab ada saudara yang datang ke rumah kami.Cukuplah kan tu memandangkan saudara belah abah memang tak ramai.Masa ke rumah Maksu, banyaklah cerita-cerita lama yang menyedihkan, dan juga buat kami terhibur.Bagaimana mak terpaksa pisahkan kami adik beradik dengan adik bongsu dan diberikan kepada orang.Sebab masa arwah meninggal tu, memang mak mengandungkan yang bongsu,hidup kami juga dalam kesusahan.Dengan umi yang sakit masa kecil, terpaksa jugalah kami berpisah.

Tapi biarlah ia menjadi satu cerita dalam kehidupan kami.Hidup susah kami dululah yang menguatkan kami adik beradik.Betapa susahnya seorang ibu kehulu ke hilir membawa perut, terpaksa bekerja bagi menampung keperluan kami, dan juga bagaimana nak menjaga umi yang sakit ketika tu.

Kalaulah dulu ada kamera bagi merakam betapa uzurnya rumah kami, akan umi abadikan disini.Tapi biasalah, dulu susah, mana nak dapat beli kamera kan.Dapat makan dan minum pun dah bersyukur.Kalau zaman dulu, yang duduk Felda bukannya senang.Sekarang jelah nampak senangnya.

Apa pun kami bersyukur kerana Allah masih lagi beri kesihatan yang baik pada emak umi.Masih lagi menjadi penguat semangat kami adik beradik untuk teruskan kehidupan.Menghargai dia selagi dia masih ada.

Bila mak dah berkahwin baru, barulah merasa adik perempuan.Jadi situlah umi belajar berkongsi bila ada adik perempuan.Bukan tu je.Barulah pandai nak mengalah sebab umi ada tiga adik perempuan.

Ketiga-tiga adik perempuan umi dulu, umi yang jaga bila mak dan ayah pergi bekerja.Hakak korang ni yang basuhkan berak korang tau.Jadi ingat ye jasa hakak ko ni.hahahha

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *