BERBUKA PUASA DENGAN GENG JDT BLOGGER DI NIPPON SUSHI

BERBUKA PUASA DENGAN GENG JDT BLOGGER DI NIPPON SUSHI | Selalunya yang plan last minit ni menjadi, begitulah kejadian sebelum hari raya hari tu.Dapatlah berbuka dengan rakan blogger yang berdekatan duduknya.

Baru umi post tentang nasi hujan panas, tetiba Sis Lin reply whatssap status umi.Baru ingat nak ajak berbuka puasa sama-sama tak silap umi whatssap dia tu.Umi cakap kat dia, request dari husband.Lepas tu tanya balik dia siapa lagi yang join dan sis kata hanya Nona sahaja.

Macam best jugak ni kan buka puasa dengan kawan-kawan.Lagipun bukan selalu umi dapat buka puasa dengan kawan-kawan umi.So, lepas mendapat keizinan babah dan anak-anak, maka kami bercadang untuk berbuka puasa di Nippon Sushi Taman Bukit Dahlia.Memandangkan umi tak pernah masuk ke sana, jadi adalah peluang nak rasa menu di situ.

Menu berbuka puasa kami petang tu semua Sis Lin dah sediakan.Kami datang dan makan je.Terima kasih dekat Sis sebab belanja untuk berbuka puasa Umi dan Nona.Semoga Allah perluaskan dan mewahkan lagi rezeki Sis, dipermudahkan urusan dan diberikan kesihatan yang baik.

Sebelum azan berkumandang, sempatlah sis captured the moment untuk kami bertiga hari tu.Biasalah kan, zaman serba canggih ni, kalau makan-makan, semua kamera makan dulu.Yelah, bukan selalu dapat berjumpa dan rasa makanan yang di setiap kedai.Jadi apa salahnya ambil gambar tu.Ada jugalah benda nak cerita dalam blog ni nanti.Ini pun jenuh umi simpan gambar ni supaya tak terdelete.

Ini antara menu yang Sis dah orderkan untuk kami.Masyallah seronok betul ek, datang-datang je orang dah orderkan.Dan kami bersetuju je dengan menu yang sis orderkan.Kalau suruh umi order kang tak tau pulak nak order apa.Jadi sangat baguslah kan Sis dah orderkan.

Kalau nak cerita satu-satu menu memang umi tak ingat, cuma yang tau edamame,sotong, ramen dan itu jelah.Yang lain tu memang tak ingat apa dia

Umi pilih bento nasi dengan daging ni.Sedap rasanya.

Yang ni Menu Ramen untuk Sis dan yang bawah ni untuk Nona.Kuah ramen tu macam uii pedasnya, hahah.yelah dah merah menyala macam tu kan.Tapi umi ok je 

Alhamdulillah, semua yang sis order semua sedap-sedap belaka.Lepas dah makan-makan, dan solat pun kat situ jugak, Nona pulak nak belanja moreh.Kalau dah moreh, kita minum kopi la kan.

Jadi tak jauh dari situ, kami berjalan kaki je ke Richiamo Coffee.Ingat sajalah nak memaniskan mulut.Eceh! Manislah sangat.Semua minum kopi panas cuma rasa je yang berbeza.Yang Moreh ni pulak, si Nona yang belanja.Alhamdulillah, terima kasih Nona.Semoga Allah perluaskan rezeki, dipermudahkan urusan dan dapat jodoh yang baik-baik untuk jaga Nona sehingga ke Jannah.

Gigih la kan nak cari angle yang cantik untuk secawan kopi.Tapi itulah kebiasaannya kami bila menghadap makanan.Dah namanya blogger kan, of course setiap masa dengan kamera phone.Jadi janganlah anggap kami ni suka menunjuk.

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *