BUFFET BUKA PUASA JOHOR 2024 LEGOLAND HOTEL MALAYSIA

BUFFET BUKA PUASA JOHOR 2024 LEGOLAND HOTEL MALAYSIA | Kali ni umi nak bawa korang untuk berbuka puasa di Legoland Hotel yang bertemakan Unveils Flavours Of Nusantara Buffet.

Masa ke Preview buffet buka puasa Legoland Hotel ni, umi bawa 2 ketul Nur sebab diorang kan suka main Lego.Jadi sebelum bermulanya preview Buffet dinner tu, sempatlah diorang bermain.

Bukan main meriah lagi buffet untuk kali ni memandangkan puasa nanti mestilah ramai yang datang berbuka puasa kat sini bersama family.

Banyak menu-menu yang sesuai dengan anak-anak yang boleh mereka cuba.Dan of course pelbagai variasi menu-menu yang disediakan oleh chef-chef dari Hotel Legoland.

BUFFET BUKA PUASA JOHOR 2024 LEGOLAND HOTEL MALAYSIA

BUFFET BUKA PUASA JOHOR 2024 LEGOLAND HOTEL MALAYSIA

Antara menu yang dihidangkan oleh Hotel ialah Kambing golek, satay, ikan bakar, pizza, pelbagai jenis sup, mee goreng, nasi goreng, roti john, kambing percik, rojak,pelbagai jenis kerabu,Sushi,salad, dan juga Seafood on ice.

buffet buka puasa Johor 2024 Legoland Hotel

Meriah kan tengok Seafood On Ice dia.Begitu juga dengan bubur lambuk yang disediakan.Memang sedap dan kena dengan tekak umi.

Di bawah ni pula Cakoi dengan aneka topping diatasnya.Semuanya sedap.Sangat crunchy dan semestinya umi repeat beberapa kali.

BUFFET BUKA PUASA JOHOR 2024 LEGOLAND HOTEL MALAYSIA

Yang budak-budak ni pulak kemain meriah dengan repeat banyak kali ice cream dengan topping yang bermacam-macam.Umi layankan jugaklah diorang.Dan si adik dengan durian tempura yang disediakan disini.

Di sebabkan umi ni boleh dikatakan hantu dessert, dan pilihan menu dessert dan kuih muih disini memang banyak, maka umi try jugaklah beberapa jenis yang ada disini.Ikutkan nak rasa semua sekali.Tapi apakan daya, perut tak boleh nak bawak bincang lagi dah.Nak berjalan pun rasa dah tak larat akibat kekenyangan.hahah

BUFFET BUKA PUASA JOHOR 2024 LEGOLAND HOTEL MALAYSIA

Dengan alunan musik yang dipersembahkan disini, mestilah kita ambil masa sedikit untuk melayan lagu-lagu yang dipersembahkan oleh musician kat sini.Barulah mood berbuka tu dengan menu-menu yang disediakan disini lebih meriah kan.

Hah, bila dah sebut tentang jenis menu makanan yang disediakan disini, umi terangkan sedikit tentang harga nak-nak untuk promosi early bird yang korang kena grab dan of course ianya lebih murah dan berbaloi kan.

untuk melihat banyak lagi gambar-gambar dari menu buka puasa Legoland boleh tengok kat page : kisahsidairydotcom

BUFFET BUKA PUASA LEGOLAND HOTEL MALAYSIA

EARLY BIRD PROMOTION

Dari 2 Feb hingga 15 March 2024
RM158 nett Adult
RM80 nett Child/Snr Citizen

NORMAL PRICE

RM188 nett Adult
RM95 nett Child/Snr Citizen

Annual pass enjoy 10% off

Untuk Tempahan
+607 597 8888
 info@legoland.my

Flavours of Nusantara

 

p/s : Oh ya kalau korang beli voucher buka puasa disini, korang akan boleh dapatkan  tiket Sea Life dengan harga RM30 sahaja.hah bestkan?

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *