SALAM ISRAK MIKRAJ 2024

ISRAK MIKRAJ 2024 PERISTIWA PENTING DALAM SEJARAH RASULULLAH SAW

ISRAK MIKRAJ 2024 PERISTIWA PENTING DALAM SEJARAH RASULULLAH SAW | Tarikh penting yang perlu kita ingati setiap tahun iaitu pada 27 Rejab kira-kira 18 bulan sebelum hijrah

Israk Mikraj disambut oleh orang islam di Malaysia bagi memperingati peristiwa yang telah berlaku kepada Rasulullah SAW pada tahun ke 11 Baginda menjadi Rasul.

Antara peristiwa penting dalam Israk dan Mikraj ialah di mana perintah kewajipan dalam melakukan solat fardu lima waktu sehari semalam ke atas orang islam.

SALAM ISRAK MIKRAJ 2024

KEISTIMEWAAN ISRAK MIKRAJ

Hari Israk Mikraj merupakan salah satu peristiwa dalam sejarah Rasulullah SAW yang wajib diimani oleh umat islam berdasarkan bukti yang ada di dalam al-quran dan sunnah.

Firman Allah swt

Maha suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam dari Masjidil Al-Haraam(di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa( di Palestin) yang kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda(kekuasaan dan kebesaran) kami.Sesungguhnya Allah jualah yang maha mendengar, lagi maha melihat.

( Surah Al-Isra)

Dua keajaiban itu adalah Israk dan Mikraj yang berlaku hanya dalam satu malam.

1.Israk– Perjalanan dari Masjidil haram ke Masjidil aqsa.

  • Rasulullah telah melalui israk dari Masjidil haram, mekah ke Masjidil Aqsa dan Palestine

2. Mikraj– Naik ke Hadhratul -Qudus menemui Allah

  • Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi merentas tujuh lapis langit hingga ke Sidratul Muntaha dan ke Mustawa.

perisitwa israk mikraj

Peristiwa Israk Mikraj menjadi titik tolak bermulanya pensyariatan solat fardhu. Ibadat solat lima waktu yang menjadi tonggak utama kewajipan seseorang muslim dan muslimah, tidak boleh dipandang ringan oleh setiap kita. Ia hendaklah dilaksanakan dan dihayati dengan teliti, agar dapat mengelakkan seseorang daripada melakukan perbuatan-perbuatan keji dan maksiat. Firman Allah SWT dalam surah Al-Ankabut ayat 45: Maksudnya: “Dan dirikanlah solat. Sesungguhnya, solat itu mencegah daripada (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan”.

Baginda Nabi SAW melalui peristiwa Israk Mikraj ini, dipertunjukkan pelbagai keadaan manusia untuk dijadikan iktibar, antaranya:

Pertama: Baginda SAW menyaksikan bagaimana seseorang hidup dengan penuh kemakmuran dan mendapat hasil yang melimpah ruah tanpa terhenti. Ia adalah gambaran mereka yang memberikan sedekah kepada yang berhajat.

Kedua: Diperlihatkan golongan yang memukul kepalanya sendiri hingga berdarah dan pecah, kemudiannya diulang kembali keadaannya untuk diperlakukan sebagaimana sebelumnya. Ia adalah gambaran sesiapa yang sengaja meninggalkan kewajipan solat.

Ketiga: Rasulullah SAW juga diperlihatkan gelagat orang yang dihidangkan daging yang lazat untuk dijadikan makanannya, tetapi memilih daging yang mentah lagi busuk untuk dimasukkan ke dalam mulutnya. Ia sebagai gambaran golongan yang melakukan perzinaan sedangkan telah mempunyai pasangan yang dihalalkan oleh Syara.

Jadikan kesemua gambaran peristiwa yang ditunjukkan ini menjadi pengajaran dan ibrah kepada kita semua supaya ianya dapat menguatkan keimanan kita kepada Allah swt.Terlalu banyak yang telah berlaku di zaman kita sekarang ni yang mengingatkan kita kepada peristiwa-peristiwa hitam yang berlaku di zaman Rasulullah.Jika kita terus hanyut dengan dunia sekarang, samalah kita dengan golongan-golongan perosak di zaman Nabi Muhammad SAW.

 

Salam Israk Mikraj 2024.Semoga kita menjadi lebih baik dari hari semalam.

Loading

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.