Hari Ibu kami Di Hujung Minggu

Assalamualaikum
Tak sangka pulak adik beradik berkumpul hujung minggu yang lepas.Plan memang nak balik minggu ni sebab dah seminggu tak tengok nur awfiyah.Rindu ni tak boleh nak ditahan-tahan lagi nampaknya.
Memang takde plan pape pun nak sambut hari ibu..Bukan nak sambut ape pun..Saja suka -suka memandangkan anak-anak buah ramai kat rumah..Bila mereka berkumpul ni,memang seronok buat aktiviti makan-makan.
Ala…takdelah makan besar-besar mana pun,sekadar goreng hotdog,nugget dan fries je.Kek sebijik..Dah mencukupi pun..Walau tak banyak mana,tapi tetap meriah dengan gelagat anak-anak buah ni.
Beginilah gelagat kami kalau dah disuruh bergambar..Anak-anak buah pun semakin membesar.Jadi lagi seronok.Walaupun sesekali balik tu,rumah bagai tongkak pecah,itu dah menjadi kebiasaan.
Masa tulah mulut nenek,tak berhenti-henti  berleter.Mana yang menangis,mana yang mengusik,mana yang bergaduh…Tapi nanti bila semua dah besar panjang,.semua kemeriahan tu dah takde masa mereka kecil-kecil macam ni kan.
Sebab tu aku seronok bila berkumpul macam ni..
Anak dara sorang tu pun bukan main bila ajak bergambar.Sikit hari lagi adik dia pulak..Pandai dah sekarang ni berselfie dengan adik.ishh..bukan main anak dara sorang ni.

Loading

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *