GROLIER TIME- TALKING ENGLISH

GROLIER TIME- TALKING ENGLISH | Hari tu umi ada ceritakan dengan entry ini tentang GROLIER FUN THINKER kan.

 

So hari ni, umi ada masa sedikit untuk terangkan satu persatu tentang isi yang ada pada GROLIER FUN THINKER ni. And of course entry ni akan bersambung-sambung mengikut set yang diberikan kepada umi.

grolier fun thinker - talking english

TALKING ENGLISH

Talking English ni Terdapat 20 buah buku Talking English yang telah disusun atur oleh Grolier dengan tajuk-tajuk bagi membina perbendaharaan kata, bercakap dan sebutan.

Buku-buku ini didatangkan sekali dengan Pen pembaca yang menyediakan sokongan audio yang banyak dibaca dan lantang yang membantu meningkatkan keyakinan bahasa anak.

And buku ni memberi tumpuan kepada membina kemahiran bahasa dalam 

  • Perbendaharaan kata
  • corak tatabahasa
  • pemahaman bacaan
  • Bercakap dan sebutan
  • Menulis

Dan tajuk-tajuk buku yang terdapat dalam set Talking English ni adalah:-

  1. What’s your name
  2. I Like Food
  3. In the Garden
  4. My School
  5. What time is it
  6. Hide and Seek
  7. How are you
  8. Back to school
  9. Field trip
  10. Its nice to meet you
  11. What do you enjoy
  12. One,two,three
  13. Where are you from
  14. What would you like
  15. Can i help you
  16. What would you like
  17. Can i help you?

dan ada lagi 3 yang umi tak ingat tajuknya..

So, apa yang best tentang Talking English ni dan macam mana penerimaan Naura dengan buku ni.

Alhamdulillah..setakat ni umi memang berpuas hati dengan buku dan juga pen ni.Ke mana-mana pun umi akan bawa buku ni walaupun Naura hanya tengok buku ni tak lebih dari 5 minit.

Besar harapan umi untuk dia belajar dan kuasai bahasa inggeris di usia yang muda.Biarlah walau umi tak pandai pun, tak jadi cikgu sekolah pun, tapi umi nak anak umi pandai.Siapa yang taknak anak dia pandai kan.Cuma di awal permulaan ni, kita nak ajar anak, kena banyak BERSABAR..

Apa yang lebih penting adalah dengan adanya PEN MAGIC ni.Magik la sangat.Tapi itulah yang membantu Naura memahami ayat yang diberikan.

Pen yang comel ni, yang bercakap dan Naura boleh follow.Bila Pen ni dihidupkan, dan menghala ke tulisan yang ada di buku tu, maka ia akan berbunyi mengikut perkataan yang ada di buku tu.

Bukan sahaja boleh membaca, boleh je nak letakkan SD card dengan lagu kanak-kanak.So kat mana-mana boleh bawak pen ni.

Sedikit gambaran di dalam buku ini.

Dah dekat setahun guna buku ni.Kalau dulu-dulu masa dapat buku ni, umi yang terlebih excited nak mengajar sampai umi dah bosan nak ajar dia.

Tapi sekarang ni, dah tak risau.Bila umi sebut pasal buku Talking English ni, dia akan terus ambil dekat rak buku dan membaca.Umi selalu pesan kat dia, Jangan dengar je, pastikan ikut apa yang pen tu baca.Lama-lama dia dah pandai. Umi biar je dia dengan cara dia nak belajar sebab umi taknak paksa.Walaupun dia pegang buku dan pen tu tak sampai 5 minit, atau sambil main pun umi tak kisah.Janji adalah input sedikit yang dia dapat.

Hah..itu je yang umi dapat share tentang Talking English ni, next umi akan cerita pulak bab lain.

 

Kalau korang nak dapatkan Set Grolier ni, boleh la ke website dan isikan maklumat korang untuk mereka hubungi atau korang boleh ke Page Mereka Grolier Malaysia untuk mengetahui roadshow yang akan mereka buat berhampiran dengan korang.

Moga dia istiqomah dalam belajar.Tahun depan dah mula sekolah.Risau pulak si pelat tu nak sekolah..hehehe…

 

http://grolier-asia.com/

 

Loading

3 Comments

  1. terbaek 🙂

  2. Author

    thanks ejulz

  3. Bagus pembelajaran macam ni, budak jadi minat dan tak jemu…
    Kadang kalau asyik mengajar secara manual aje, budak pun naik rimas dan jemu kan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *