Tips untuk Berfikiran Positif

Tips untuk Berfikiran Positif | Jadi manusia ni kadangkala kita tergolong dari golongan orang yang sentiasa positif dan adakalanya bersifat negatif.

Bagus atau tidak kedua-duanya terletak pada diri masing-masing.Bukan umi nak cakap yang diri umi ni sentiasa positif.To be honest, umi adalah antara mereka yang kadangkala berfikiran negatif.Kadang kala sifat negatif umi ni memakan diri umi sendiri.Tapi umi cuba tidak memandang perkara negatif itu sesuatu yang buruk.Umi cuba buat yang negatif itu menjadi positif dengan menjadikan ianya inspirasi untuk terus umi ubah kehidupan umi.

Bila ada SIFAT NEGATIF DALAM DIRI, mulalah kita rasa down, rasa diri ni tak berguna sangat.Mula menangisi kehidupan kita yang tak macam orang lain.

Orang yang bersifat Negatif ni sentiasa merasakan dirinya malang.Dan tak de sorang pun yang sudi membantu mereka bila di dalam kesusahan.

“kalau aku cakap dengan dia, dia nak ke tolong aku ke?”

 

See… belum cuba dah mengaku kalah. macam mana orang nak tolong kalau kita sendiri tak mulakan.

Umi ada terbaca di satu website ni bagaimana kita nak buat agar kita sentiasa berfikiran positif. Bagus untuk umi ikuti tips yang dia berikan ni.

Kadang-kadang masalah hadir bukan bermaksud kita boleh selesaikan serta merta. Dan tentunya perlukan  masa. Tetapi apa yang lebih penting adalah sikap, pemikiran dan tindakan yang positif untuk mengatasinya. Setuju?

Perkara utama yang perlu kita lakukan   sewaktu berdepan dengan masalah adalah pemikiran positif. Sebab minda yang positif menjana kepeibadian dan tindakan yang positif. Lalu bagaimana kita nak jadi orang yang berfikiran positif.. jom kita tengok beberapa tips yang dikongsikan kat bawah ni.

INGAT BAHAWA SEMUA MASALAH YANG DATANG, IANYA DARI ALLAH SWT

Kita kena ingat, segala yang terjadidi dunia ni, di dalam kehidupan kita sekarang ni semuanya disebabkan oleh qhada dan qadar Allah swt.Qhada dan Qhadar bermaksud segala yang terjadi dalam kehidupan sudah diaturkan oleh Allah swt dan mempunyai hikmahnya tersendiri.

Dengan itu, kita sebagai hambanya perlu sentiasa meminta pertolongan pada Allah agar diberikan petunjuk untuk masalah yang kita hadapi.

Solat dengan khusuk,amalkan amalan sunat.Dan doa bersungguh-sungguh mintak pada Allah swt walaupun sampai kita keluar air mata sekalipun.Mengadu dengan Allah swt supaya kita rasa lega.

Kerana Allah sudah bagi tahu dalam Al Quran surah Al Baqarah, ayat 286:

“Allah tidak akan membebani suatu ujian melainkan apa yang terdaya olehnya”

Kita kena percaya bahawa setiap masalah yang datang ada jalan penyelesaiannya.Cuma cepat atau lambat sahaja Allah swt tu berikan kat kita

JANGAN MENGADU PADA MANUSIA SETIAP MASALAH YANG DATANG.

Umi cuba.And yes setiap masalah yang datang, bukan cari makhluk, tetapi kita kena cari yang Mencipta kita iaitu Allah swt.Kalau sebelum ni umi suka mengadu dengan orang luar.Tapi ubah diri kita untuk mengadu kepada Allah..Jangan mengadu kepada SOCMD.

Sebab kita perlu tahu, masalah yang kita dapat tu bukan dari kawan-kawan atau orang sekeliling, tetapi masalah tu datang dari Allah.Allah yang beri kita masalah supaya dia nak hambanya merayu pada dia.Dia suka dengar rayuan hambanya.

Allah bagi kita masalah bukan sebab dia benci kita.Tapi sebab dia sayang dan peduli pasal kita lagi.

Umi akan ubah perkara ni dengan lebih baik..Insyallah.Umi berdoa moga Allah swt kuatkan hati umi dan kawan-kawan umi serta keluarga umi untuk dipermudahkan urusan.

Seharusnya kita pendosa yang ingin kesyurga.

Beb, mengadu dengan kawan, kita tak tahu samada kawan tu kita boleh percaya ke tidak. And umi pernah lalui.Tapi umi cuba #muhasabahdiri sebab umi pun pernah jadi macam tu.Allahuakbar.

Ada benda yang kita boleh kongsikan dan sesetengahnya tidak perlu.So, kita diberi akal untuk berfikir..SO THINK!

Penulis ada kata :-

Tidak semua manusia anda boleh mengadu masalah. Anda mengadulah pada insan-insan yang ‘rapat dan baik’ dalam hidup anda seperti keluarga anda.

Sebab yang rapat itu boleh dipercayai, yang baik itu boleh bimbing anda nanti. Sekiranya, dia tidak mempunyai dua ciri tadi, saya nasihatkan jangan cerita masalah anda kepada sesiapa.

 

BILA MASALAH DATANG, CUBA TANYA BALIK SOALAN YANG BETUL DAN POSITIF UNTUK DIRI KITA SENDIRI

Kajian menyatakan kelebihan otak manusia adalah ia akan berusaha untuk mencari jawapan apa pun walau sesusah mana pertanyaan tersebut. Faham ke? Maksud mudahnya otak kita akan memberi respon dalam setiap pertanyaan kita. Daripada anda bertanyakan soalan “mengapa” pada diri anda, lebih baik anda tanya soalan “bagaimana”. 

Contoh soalan yang penulis berikan adalah

Jangan tanya soalan seperti ini “mengapa aku gagal dalam subjek bahasa Inggeris” sebaliknya gantikan dengan “bagaimana aku boleh mendapat A dalam subjek bahasa Inggeris? ”

Jangan tanya “mengapa berat badan aku naik, nanti gemuk tak cantik? ” sebaliknya gantikan dengan “bagaimana aku boleh turunkan berat badan aku supaya jadi lebih kurus dan cantik ? ” kan lebih sedap bunyi dia.

Maksudnya kita tukarkan soalan tu menjadi soalan yang membina..Bukan soalan yang buat kita lebih down..

BUANG SEGALA JENIS PENYAKIT HATI DALAM DIRI

kan umi bagitahu kat atas tadi kan. Orang yang negatif ni insecure sikit.Sebab utama manusia sukar untuk berfikiran positif adalah disebabkan penyakit yang tidak kelihatan mata kasar kita.Ia terletak di dalam hati dan dinamakan PENYAKIT HATI.

Mestilah korang tahu kan apa penyakit hati tu.Umi tak terangkan kat sini pun korang dah tahu.Penyakit ni kalau tak dirawat, memang akan menjadi parah okey!!

So, bagaimana nak merawat penyakit hati ni?

Haruslah dengan bersihkan hati tu.Sental bersih-bersih dan simpan balik ke tempat asal..hahahaha.. saja nak gurau.

Bersihkan minda kita untuk memudahkan kita berfikiran positif.Tak mudah melatah bila sesuatu masalah tu terkena kat kita.Jangan merungut dan dengki dengan orang.Insyallah..hidup akan bahagia.

LATIH DIRI SUPAYA SUKA MEMBERI KEPADA ORANG LAIN

Latih diri untuk memberi bukan bermaksud dari segi keluarkan duit sahaja. Bahkan, kita  boleh berucap dengan kata-kata yang baik, melakukan perbuatan yang baik dan menulis perkara yang baik serta banyak lagi. Walaupun di sini kita  tak beri wang kepada orang lain, tetapi kita  sudah memberi kebaikan kepada orang lain. Nampak tak?

Perkara yang paling mudah sekali adalah dengan senyum. Cukuplah kalau kita senyum kepada orang lain dan orang lain rasa selesa dan seronok berkawan dengan kita Umi pasti korang mesti pernah baca atau dengar kenyataan “What you give, you get back”.

Lebih banyak anda beri, lebih banyak yang akan kita  terima. Banyak beri positif, dapat banyak positif. Jadi, selepas ini cuba kita  latih diri kita supaya suka memberi positif kepada orang lain. In Shaa Allah, hidup kita, hari-hari kitaakan sentiasa penuh dengan positif.

 

So, marilah kita sama-sama positifkan diri kita ke arah yang lebih baik.Sekarang masa cepat je berlalu.Kalau kita asyik nak fikir negatif je, kita akan ketinggalan.Dan jadilah kita dikalangan orang -orang yang RUGI..

 

Entry ini umi buat rujukan untuk masa akan datang.Supaya umi dapat memberi sesuatu yang lebih baik untuk diri umi dan kepada yang membaca..

thanks membaca entry yang panjang ni ye

 

Tips dari https://jomfikirpositif.wordpress.com

 

 

Loading

1 Comment

  1. Duluu..aku negetif juga…tapi bila dah bergaul dengan orang yang positif dan tambah aku banyak membaca buku-buku motivasi (hingga harini), sikap dan fikiran aku terus bertukar secara automatik..
    Lebih tenang dan cepat berfikir positif dari kita berteka-teki dengan negetif..
    Dan paling utama nak tenang….sebelum tidur maafkan semua orang …insyaAllah…akan rasa perubahan itu untuk diri sendiri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *