HOMESCHOOLING

Grolier Fun Thinker program pembelajaran di rumah

Grolier Fun Thinker program pembelajaran di rumah | Pernah dengar pasal Grolier Programme tak korang?

Actually, Grolier Program ni memang dah lama bertapak di Malaysia. Sebelum diperkenalkan di Malaysia, Ia dah terkenal di luar negara dan mendapat sambutan tau.Sebelum tu meh umi cerita sedikit pasal Grolier ni untuk memudahkan korang faham apa itu Grolier.

APA ITU GROLIER PROGRAM?

Grolier ni adalah salah satu program pembelajaran di rumah di mana ia memberikan keseronokkan pada anak-anak sambil memberikan mereka pengetahuan dan pembelajaran.

Program Grolier sudah mula ditubuhkan semenjak tahun 1895 di Boston. Tidak lama selepas itu, Grolier membuka 70 cawangn di serata USA, Europe, dan Asia. Sekarang ini Grolier adalah salah sebuah pengeluar terbesar buku kanak-kanak.

Di Asia, Grolier sudah mula menapak sejak 50 tahun dahulu. Grolier membawa misi penting iaitu ‘In-Home Learning Expert’. Grolier juga menyediakan produk yang berkualiti untuk membantu ibubapa mengajar dan memotivasi anak-anak di rumah. Mengembangkan cawangan di Asia seperti Malaysia, Singapura, Thailand, Filippina, Indonesia dan India.

Di Malaysia, Grolier mula beroperasi pada tahun 1962 dan sejak itu sudah menawarkan pembelajaran moden dan berkualiti untuk semua rakyat Malaysia. Pejabat Grolier di Malaysia adalah di Kuala Lumpur.

BAGAIMANA UMI TERJEBAK DENGAN GROLIER NI?

Actually, Umi dah gunakan Grolier ni since 2018 lagi.Cuma umi belum berkesempatan nak ceritakan di blog.Bila dah nampak kemajuan dalam diri Naura tentang ni, barulah umi boleh ceritakan pengalaman yang boleh umi share pada korang.

Umi tak ingat tarikh dan waktu bila umi dapatkan Grolier ni, tapi masa tu umi ke Mydin Taman Rinting untuk shopping.Sebelum pintu masuk ke Mydin ni, Grolier Malaysia mengadakan Roadshow tentang Grolier dan umi terjebak sama sebab nampak macam seronok pulak pembelajaran dengan Grolier ni.Then masa tu, ada staff Grolier yang memberikan satu aktiviti kepada Naura.Masa tu dia bagi aktiviti Fun learning Logico Primo tu untuk Naura buat.Dan masa tu umi nampak dia berminat sangat nak buat.

Sambil tu umi dan babah dengar penerangan lebih lanjut tentang Grolier ni.Masa tu memang umi berminat sangat sebab banyak gila aktiviti yang umi rasa anak-anak suka.Tapi memang terkejut dengan harga untuk set Grolier ni weh… Untuk set Grolier ni pun dah mencecah ke angka 2xxx.

Lepas tu umi bagi babah fikir dulu.Tanya dulu boleh ke tak beli Grolier ni.And babah decide untuk beli sebab babah kata benda lain babah boleh beli,tapi takkan education untuk anak ni babah tak boleh.So far, Grolier memang menawarkan untuk pembayaran bulanan.Bila kami dah kira-kira budget, babah bersetuju untuk beli set Grolier ni.

And yes, memang ada kata-kata bawang yang bercakap, membazir belikan anak sampai beribu-ribu gitu.Tapi pada umi, walau kami terpaksa berhutang, demi anak kami yang seorang tu, why not.And of course benda ni boleh share dekat cousins dia yang lain bila mereka datang rumah.Kalau dengar cakap orang, kita takkan kemana kan.Janji nawaitu kita demi anak tu, insyallah…Ada je rezeki lain yang datang.

So, lepas register dalam 2 minggu gitu, lori Grolier sampai ke rumah.Bila nampak banyak sangat buku dan set² lain yang ada tu, umi rasa berbaloi sangat tau.Terus terang umi cakap, Buku ni memang sangat berguna bukan untuk setahun je, tetapi sampai besar dan boleh diturunkan oleh adik-adik atau anak-anak saudara Naura yang akan datang.

Grolier Fun Thinker program

Set ni di datangkan dengan rak mini library tau.Umi siap dah susunkan untuk Naura ambil nanti.

Set Grolier ini  mengandungi

  • Talking English
  • Fun Thinkers
  • Fun learning Logico Primo
  • Read and Spell
  • Junior picture  dictionary
  • Mini Encyclopedia

Nanti next entry umi ceritakan lebih lanjut tentang satu-satu set di atas ye.

Antara set di atas ni, Naura paling suka buat Fun Thinkers ni.Dan Talking English tu memang umi akan bawa bila berjalan atau dia ada masa terluang.

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *