Pageviews Dah Cecah 7 Juta dan cara naikkan PV Blog

Pageviews Dah Cecah 7 Juta dan cara naikkan PV Blog

Pageviews Dah Cecah 7 Juta dan cara naikkan PV Blog | Takde apa yang nak dibanggakan sangat dengan angka 7 juta tu.Umi blogger biasa yang hanya menulis ikut suka.Berkongsi apa yang umi rasa nak kongsi.Alhamdulillah syukur.

Walaupun dah lebih 10 tahun berblog, umi masih belajar untuk memperbaiki kelemahan yang ada pada penulisan umi.Bermula hanya suka-suka berblog, sampailah sekarang ni dah boleh menjana income melalui paid review, adsense dan sebagainya, tetapi umi masih tidak lagi capai apa yang umi inginkan dalam berblog.

Seriusly kalau sentuh bab penulisan, masih banyak yang umi kena perbaiki.Bukan sekadar menulis tetapi berkongsi apa jua perkara yang boleh mendatangkan manfaat untuk sesiapa yang membaca.

7 juta hanya angka yang tak boleh menilai berapa bagusnya blog umi.Alhamdulillah, sedikit demi sedikit umi cuba untuk terus memperbaiki apa yang kurang dalam dunia blogging ni.Sebab tu umi abadikan entry Pageviews Dah Cecah 7 Juta dan cara naikkan PV Blog 

Syukur dapat rakan-rakan yang positf yang sentiasa berikan umi semangat untuk terus berblog.

Semalam lagi bila tengok angka ke 6,9999,99 ni pun umi dah excited gila dah.Tunggu jugak ianya genap 7 juta untuk umi screenshot dan mengabadikannya di dalam blog.

Kalau ikutkan ini adalah blog yang 3 yang umi buat.Blog sebelum tu ada satu blog yang 1st time umi berblog cuma umi lupa dah namanya dan kedua akuwanita.Tapi blog tu dah berkubur lama dah.Selepas tu barulah blog ni.

Kenapa pilih kisahsidairy sebagai nama blog.Kalau dulu kita guna buku diari kan untuk menulis isi hati.So, bila dah munculnya blog ni, umi sambung kisah di dalam diary online ni pula.

Hah..begitulah kisahnya..

Happy Bila Pageview Dah Cecah 7 Juta

Alhamdulillah dah pun memasuki angka 7 juta walaupun hakikatnya dah lebih dari 7 juta kalau nak ikutkan dari blog lama tu.Takpe..Kita bukak buku baru dengan kisahsidairy.com ni sahaja.Itupun selepas umi tukar kepada wordpress.

Masih lagi menggali ilmu dengan rakan-rakan biters.Alhmdulillah, group yang banyak sharing knowledge pasal blog dan juga adsense.Adsense pun semakin lama semakin naik.Syukur sangat.Lepas ni nak aim la sebulan sekali.Jadi bolehlah cepat untuk umi jadi suri rumah sepenuh masa.

Umi ada juga ikut tips dan cara untuk naikkan pv perkongsian dari blogger-blogger yang hebat tu.

Apa kata umi kongsikan dengan korang cara bagaimana nak naikkan PV supaya dapat cecah apa yang korang nak.Jom kita cuba cara ni?

Umi kongsi dari apa yang umi baca dari perkongsian seorang blogger iaitu blogger Si Nurul yang dikongsikan di blog beliau.

7 TIPS NAIKKAN PV BLOG 

 

Tips ni kalau korang ikut insyallah boleh menaikkan lagi pv blog korang dan bukan itu sahaja, boleh juga menaikkan lagi income adsense korang.Bukan senang nak senang ye.Semua tu memerlukan kesabaran dan effort korang untuk ke arah itu.

1.CARI KEKUATAN PADA BLOG KITA SENDIRI

Sebelum tu kita kena tahu tentang kekuatan blog kita.Kita kena lihat apa yang menarik untuk orang baca blog kita.Korang kena taulah niche apa yang korang bawa untuk blog korang.

Kalau ikut blog umi ni, umi banyak berkongsi tentang hal-hal kekeluargaan seperti tips parenting, tentang anak-anak, tentang resepi mudah yang biasa kita buat di rumah dan juga info yang bermanfaat untuk semua contohnya tentang percutian dan macam-macam lagi.

Tapi kekuatan utama blog kita kena tahu.

2.TAHU TENTANG ILMU SEO

 
Sekarang ni semuanya dihujung jari, kalau kita ada budget lebih boleh je belajar dari mereka yang betul-betul pakar.Kalau takde tu, korang google jelah ilmu tentang SEO.Kita kena tahu tentang pengertian, konsep dasar dan manfaatnya pada blog.
 
Dengan adanya ilmu SEO entry kita mudah berada di carian google.Kena belajar tentang keywords  yang selalu dicari oleh pembaca.
 
Yang penting kita kena cari ilmu tentang SEO ni.Ramai je blogger yang pandai tentang SEO contohnya Blogger Hasrul Hassan, Sishawa dan ramai lagi.
 

3. BINA HUBUNGAN DENGAN BLOGGER LAIN.

 
Betul kata Nurul tu, kita kena bina hubungan dengan blogger lain kerana blogger jugalah yang membantu menaikkan pv kita.Tak caya? bila korang rajin blogwalking, of course mereka akan memasukkan korang dalam bloglist blog diorang.Dan sedikit sebanyak readers yang membaca blog blogger lain yang ada link korang dalam tu, mesti akan klik apabila korang mempunyai entry yang bermanfaat untuk mereka baca.
 
Tinggalkan jejak di blog mereka dengan memberikan komen, bukan sekadar singgah untuk skodeng.Bukan hanya di blog, korang perlulah juga jaga hubungan di social media yang lain contohnya di ig, fb mereka.Jangan lupa untuk like page mereka ye.Selalu support each other walaupun dia bukan buat status tentang blog sahaja.
 
Takde masa nak like dan komen? Mereka juga takde masa nak like dan komen blog korang.Jangan anggap diri tu superstar sangat bila korang taknak terjah mereka.
 

4.MENULIS ENTRY SEBANYAK YANG MUNGKIN

 
Untuk korang yang baru belajar nak berblog, di sarankan untuk menulis entry sebanyak yang mungkin.Tak kiralah cerita apa pun asalkan ianya bermanfaat.
 
Umi pun berkongsi tentang benda yang remeh kekadang.Tak kisahlah kan, janji kita cuba.Tak cuba tak tau.
 
Kalau takde masa, takde sape yang boleh tolong kalau bukan kita sendiri.

 

5.LETAKKAN DIRI KITA SEBAGAI PEMBACA

Sebab kita tak bolehlah nak syok sendiri juga.Kena letakkan diri kita sebagai seorang pembaca.Apa yang  kita suka bila kita baca blog orang lain.

Umi paling suka kalau pergi blog orang baca cerita pasal travel, deco dan juga tentang anak-anak ni.

6.TULIS ENTRY DENGAN KONSISTEN TETAPI PADAT.

Hah!! macam mana nak konsisten tu kan? Umi pun kadang-kadang tak konsisten juga menulis di blog.Tetapi sekarang ni umi dah buat schedule apa yang nak ditulis di blog pada hari ini dan juga esok.

Bila timbul idea nak tulis pasal cerita apa, terus catitkan di nota.Cuba untuk konsisten menulis entry setiap hari sekurang-kurangnya 2 entry sehari.Kalau banyak sangat idea tambah la ikut korang.

Gunakan segala jenis keyword yang ada dan yang paling penting entry sekurang-kurangnya 700 hingga 1000 patah perkataan.

Sebab apa? google tak suka ayat yang pendek-pendek.Sebab google ni suka membaca dan mencari keyword-keyword didalam blog.

hahaha..memandai je umi ko..Tak caya sila google.

7.TENTUKAN TARGET PV KITA SETIAP HARI.

Umi baru je follow tips ni.Katakan kita nak pv kita berapa sehari.Kalau 1000 sehari, maka kenalah rajin untuk share di social media yang lain.

Contohnya kan, kalau korang ada resepi masakkan, jangan lupa untuk share di group-group memasak yang korang join tu.Barulah pv mencanak naik..

Yang tips last ni kekadang umi main langgar je.Best dapat pv yang cecah 10k sehari.Wah..hebatkan??

Itulah antara tips menaikkan pv blog yang umi sedang cuba buat.

Kotlah korang nak buat jugakkan..Why not.Sharing is caring.

Loading

6 Comments

  1. wah…7juta dah.. tahniah sisturrr… i olss masih merangkak

  2. tahniah Umi.
    kak pip pun masih merangkak lagi tulis blog.
    banyak benda kena belajar.

  3. Terima kasih ❤️
    Tahniah dah capai 7Juta.. Lamanya tak blogwalking.. Hari nie baru ada kesempatan nak jalan2..

    Semoga d’murahkan rezeki selalu, d’berikan kesihatan yg baik dan menulis info yg b’manfaat.. Keep it up.

  4. tahniah sis, sekarang baru tahu cara nak naikkan pv, sebelum ni sendu jer blog saya tu, thanks for the tips yer, semoga sis terus maju dalam yeah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *