Nagging

Dunia Blog Kisah Si Dairy semakin Ceria

Assalamualaikum
Walaupun aku dah lama berblog,tapi sejak tahun 2013 nie baru aku serius dalam berblog.
Sebenarnya aku mula berblog nie pada tahun 2011 lagi..Masa tu officemate lama tunjukkan blog anak saudaranya..Kemudian aku ngan officemate nie kononnya nak ikut juga berblogging..Tapi masa tu tak serius mana la..Start dari blog kisahkesahkehidupan.blogpsot.com.akuwanitamelayu.blogspot.com..dan last sekali kisahsidairy..Insyallah inilah yang terakhir..mungkin idea nak bertukar domain jer..Insyallah..
kalau dulu orang nak singgah blog nie pun payah..apatah lagi nak beri komen pada blog nie..Tapi dengan usaha yang berterusan,alhamdulillah..blog nie dah dikenali jugak lah oleh blogger-blogger diluar sana..
ada jugak yang masukkan blog nie dalam bloglist mereka..Syukur…Komen juga makin lama makin ramai dan yang penting ramai yang sudi menyinggah di blog yang kerdil ini..
Tentang mata pencarian dalam berblog aku xkisah sangat.kekadang aku takdelah terniat nak cari pendapatan melalui blog..Tapi bila aku banyak membaca tentang tips-tips dan tutorial dari blogger otai tu,seakan mahu mencuba jugak walaupun dalam keadaan merangkak-rangkak..bukan merangkak macam baby ye..
Insyallah kalau penuh ilmu didada,why not aku mencuba mencari pendapatan sampingan dari blog nie kan..
Tapi kelemahan aku bila kekontangan idea untuk mencari entry yang mesra SEO tu memang la payah..At last, aku taip apa sahaja yang terlintas dalam benak fikiran aku nie..Takpelah,mungkin cara aku..belum sampai ke tahap seperti mereka..menerima kunjugan lebih dari 500 sehari berbanding dengan aku hanya 100 kebawah..Tapi takpe…alhmdulillah..dari takde..
Tentang segmen pulak..Dah 2-3 kali jugak segmen yang kononnya aku nak buat tu,mesti tak jadi..Tak taulah…bila tengok ramai sangat yang buat segmen dalam masa yang sama,Terus down dan delete je entry tu..Tpi insyallah One Fine day..mana tau…buat yang grand skit..haha..ada ke yg nak sponsor..
Oh No!!
Cukuplah takat nie bebelan aku..rasa dah cukup 360 patah perkataan kot..hehehe..
Part 2 akan menyusul kot…

About Author

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

(20) Comments

  1. izan mama mia says:

    makin lama ber blog makin ramai kawan kan

  2. Saya nak tunggu sambungan part 2 hihi

  3. ye sis, kenangan masa memula berblogging. Tapi, segala usaha penat lelah sekarang berbaloi kan ;). Dapat tambah kawan dan teroka lebih luas lagi alam maya ni.

    Moga sis sukses yang penting ukhwah sesama kita berkekalan hendaknya insyaAllah 🙂

  4. @mama3heroo
    takpe..usaha sikit lagi..

  5. @Kenit Cinonet
    betul tu kenit..dan insyallah..

  6. silenceblogz says:

    jgn tukar2 lagi tau… nak tau kenapa? banyak kerugian kalau tukar nama link blog…
    setiap blog mempunyai value dan nama dia walaupun tak pernah udate… tau tak setiap blog ada ranking dia berdasarkan backlink2 yang dia buat semasa anda komen? secara tak langsung anda dah tinggalkan backlink ke blog anda… bila tukar2 nama blog ini bermakna anda menempah untuk rank ZERO/kosong… alangkah ruginya… pagerank berdasarkan jumlah backlink… dan sedikit sebanyak memberi kesan kepada search engine…

    lepas ni jgn tukar2 lagi dah okk…. kalau nak tukar pun bertukarlah kepada DOT COM.. tak mahal pon.. cuma RM35 je setahun… dan segala yg ada dalam blog ini tak akan hilang pon kalau bertukar ke DOT COM…

  7. teringat masa awal2 berblog dulu, suka taip entry tapi lgsung tak pikir pasal readers, orang cakap blogger syiok sendiri..heheheh

  8. ala… aku punya reader tak sampai 50 sehari pun… rilek je la… yang penting kepuasan menulis…

  9. yang penting kepuasan kita menulis, berkongsi blog di facebook, twitter..kalo buat contest knapa delete?, makin orang suka kalo ada contest lagi2x kalo hadiahnya menarik..

  10. Salam #21 Ramadhan..

    (^_~) hehe blog akak pon same jgk mcm blog awk ni. semuanya perlukan masa.. xpelah pelan2 ye.. biarlah ada dr langsung xde ye tak ?

    pasal idea tu . akak pon selalu jgk kematian idea. kalau dtg sekali. bersimbah2 je. bile kering. terus kemarau miahahhaa…

  11. >> maaf ye kalau akak ade terlepas nak komen. bukan akak tak suke. tp tak cukup masa. tuyg kekdang jarang2 singgah.. kalao ade masa, memang akak akn dtg selalu (^_~)

    Terima ksih ye, coz selalu dtg teratak Chenta akak tu

  12. income dr blog nie sekadar tuk tambah duet poket jer..yg penting dpt story2 kt blog..dpt tambah kwn..

  13. Wah dah lama aida berblog ya..tak pa yang penting tak give up kan..

  14. teruskan semoga sukses selalu kak

  15. datang klik nuff….

  16. blogging ni best! kte pn xberapa nk jana pendapatan dari blog..just letak klu ada rezeki masuk alhmdlh

  17. Nurfaezah Abdullah says:

    kalo kita rajin bw ke blog kawan2 tanpa memaksa mereka singgah blog kita, dorang akan singgah blog kita juga ngan their own will ^^

  18. akak rajin,xmustahil akan pergi lebih jauh….jgn jadi mcm eca k,da suam2 kuku da..SEO pun kelaut~

  19. […] berblog, umi masih belajar untuk memperbaiki kelemahan yang ada pada penulisan umi.Bermula hanya suka-suka berblog, sampailah sekarang ni dah boleh menjana income melalui paid review, adsense dan sebagainya, tetapi […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *