Pengajaran Dari Cerita Ini-Kisah Katak Dan Siput

Assalamualaikum
Kadang-kadang kita tergolong dalam golongan yang tidak bersyukur dengan apa yang kita perolehi dalam hidup.Kekadang kesenangan orang lain di iri hati kan.Dan kerana itu sikap tamak mula menguasai diri kita.Bersyukurlah dengan apa yang kita ada..masing masing ada kelebihan dan kekurangan pada diri kita sendiri..Cerita kat bawah nie kekadang berlaku pada aku jugak…Tak lari daripada kisah nie..Moga aku cepat sedar akan kealpaan ini.insyallah..
baca cerita ni dan cuba fahamkan apa yang nak disampaikan
Kisah Katak Dan Siput
Ada seekor siput selalu memandang sinis terhadap katak. Suatu hari, katak yang kehilangan kesabaran akhirnya berkata kepada siput: “Tuan siput, apakah saya telah melakukan kesalahan, sehingga Anda begitu membenci saya?”
Siput menjawab: “Kalian kaum katak mempunyai empat kaki dan bisa melompat ke sana ke mari, Tapi saya mesti membawa cangkang yang berat ini, merangkak di tanah, jadi saya merasa sangat sedih.”
Katak menjawab: “Setiap kehidupan memiliki penderitaannya masing-masing, hanya saja kamu cuma melihat kegembiraan saya, tetapi kamu tidak melihat penderitaan kami (katak).”
Dan seketika, ada seekor elang besar yang terbang ke arah mereka, siput dengan cepat memasukan badannya ke dalam cangkang, sedangkan katak dimangsa oleh elang.
Nikmatilah kehidupanmu, tidak perlu dibandingkan dengan orang lain. keirian hati kita terhadap orang lain akan membawa lebih banyak penderitaan. Lebih baik pikirkanlah apa yang kita miliki. Hal tersebut akan membawakan lebih banyak rasa syukur dan kebahagiaan bagi kita sendiri.

Loading

17 Comments

  1. yela…stiap dri kita ade kkurangan dan klbihan kan…smuge kte sme2 bsyukur

  2. muhasabah

  3. cerita yg penuh pengajaran…

  4. Kita tidak akan pernah merasa puas dgn apa yang kita miliki…sehinggakan kelebihan pun disangka kekurangan

  5. Betul tu Aida..parkara basic yang selalu kita terlupa..kena selalu muhasabah diri kan..

  6. setuju sangat.. terimalah segala kekurangan dan kelebihan diri dengan seadanya.. pasti ada hikmahnya Allah menjadikan begitu kepada kita.. bersyukur kerana diberikan udara untuk bernafas dengan bebas dan anggota badan yang sempurna untuk melaksanakan aktiviti seharian..

  7. alamak, c katak bru nk mlompat kt cny…tbe2 da kne smbar helang.. kesian..lain kali nk pnjam cgkerang sput la… hehe..story yg best n pngjran yg b'mkne.. stiap bnda ad klbihan msg2.. 🙂

  8. setiap kejadian Allah tu takde yang sia2 even makhluk tu sebesar zarah sekalipun. di jadikan ada kurang & lebih untuk saling lengkap melengkapi

  9. sentiasa bersyukur dgn apa yg ada, itu kurniaan Allah swt.

    #muhasabah diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *