Hotel Tour vs Product Review JDT Blogger di Impiana Hotel Senai |Bertemakan ‘Pinktober“ kami dijemput oleh pihak Impiana Hotel untuk tour hotel mereka pada 10 Oktober lepas.
So, umi dengan beberapa orang blogger lain seperti Sis Lin, Ajan, Juju, Nona dan Suzie datang bagi memeriahkan lagi hotel tour kitorang pada hari tu.
Selain dari tu, ada juga beberapa produk yang diperkenalkan kepada kami yang akan umi ceritakan nanti ye.Korang bacalah Hotel Tour vs Product Review JDT Blogger di Impiana Hotel Senai sehingga habis ye.
Impiana Hotel Senai ni terletak betul-betul tepi jalan besar menghala ke bandaraya Johor bahru.Hote ni dah ditubuhkan lama dah.Cuma selepas PKP ni, mereka menawarkan pelbagai kemudahan kepada pelanggan yang menginap di sini.
Jadi korang yang datang ke Johor, tak tau nak cari hotel best di Johor ni, boleh la masukkan hotel Impiana di dalam wishlist korang.Lengkap pakej dari breakfast, makan tengahari, Hi Tea dan dinner.
Masa umi dan rakan blogger yang lain datang, kebetulan ada majlis perkahwinan yang diadakan di Maharani Ballroom.Nampak meriah pulak dengan dewan yang besar dan dihiasi dengan bunga-bungaan tu.Nak sambut pengantin la katakan.
Di impiana Hotel ni, bukan hanya satu je tau bilik besar selain Maharani Ballroom ni.Terdapat 2 bilik lagi yang sesuai untuk korang yang nak buat seminar, kursus dan mesyuarat kat sini iaitu di bilik Mersing dan Endau.Boleh tengok gambar di bawah ni.
Di atas ni bilik Endau.Selalunya di gunakan untuk kursus atau seminar yang tidak melibatkan ramai peserta.Berbanding dengan Bilik Mersing yang boleh memuatkan ramai orang.
Ini dia bilik Mersing.Boleh lagi dibuka biliknya untuk tetamu atau peserta yang ramai.
Itu baru umi tunjukkan bilik seminar.Jom umi tunjukkan pula bilik penginapan yang ada disini.
BILIK DELUXE ROOM DAN EXECUTIVE ROOM YANG SELESA
Terdapat dua jenis bilik iaitu Deluxe room dan juga Executive room yang bagi umi sangat-sangat selesa.Mana tau kan lepas ni nak staycation dalam Johor ni je, boleh la try menginap di sini pulak.Hotel ni mempunyai 172 bilik termasuk bilik executive tu.
Ini adalah Deluxe room ye.Sangat luas dan selesa.Kemudahan lain di dalam bilik ni bagi umi semua lengkap.Ada iron, meja dan sebagainya.
Itu baru bilik deluxe ye.Belum lagi umi tunjukkan bilik executive yang paling umi suka.
Untuk pasangan pengantin, hah!! boleh la menginap di bilik executive ni sebab istimewanya bilik ni, ada tv yang boleh korang lihat dari tempat tidur dan juga ruang rehat.Tengok gambar di bawah ni.

See..Nampak tak tv tu yang boleh dilihat di dua tempat yang berbeza.Lengkap juga dengan iron, iron board, baju dan peralatan lain.
Selain dari tu, umi nak ceritakan pulak apa lagi yang best bila korang datang menginap di sini.Hotel ini juga dilengkapi dengan ruangan Gym, swimming pool untuk kanak-kanak dan dewasa yang ada di tingkat 2 bangunan hotel ini.Ada juga port korang berehat sambil menikmati minuman di tepi pool hotel ni tau.
Pandangan dari tingkat 7 yang.Korang boleh lihat pool kat situ macam mana kan.
Banyak lagi gambar yang umi kongsikan di IG. Korang terjah IG umi di @sitirohaida_yusof tu ye.
Selepas kami dibawa untuk melihat bilik-bilik yang ada disini, tibalah masanya kami diperkenalkan dengan 3 jenis produk iaitu produk Inchaway, Produk Dr Secret dan juga Vschool Trend.
PRODUK INCHAWAY
Umi ceritakan serba sedikit tentang produk ni ye.Inchaway Balance Sacha inchi & Macadamia Oil ni sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai kolestrol yang tinggi.Ia diperbuat oleh bahan-bahan organik yang sudah semestinya selamat digunakan.
Sempatlah umi join #10dayhealthychallenge dari mereka.
Maklumat lanjut tentang ni korang boleh terjah website mereka
INSTAGRAM | FACEBOOKÂ
PRODUK DR SECRET

Selepas itu kami diperkenalkan pula dengan produk Dr Secret ni.Umi memang betul-betul teruja dengan salah satu produk dari DR Secret ni iaitu Miraglo.Miraglo ni jenis kain yang dinamakan Exfoliating cloth.Boleh beri muka korang V-shape dan yang best boleh keluarkan death skin kat muka korang tau..Sempatlah umi buat facial muka dengan menggunakan produk dari Dr Secret ni.
Serius baru pertama kali menggunakan produk ni, kulit rasa sangatlah lembut.Memang ketara perubahan kulit kita sebelum dan selepas menggunakannya.
Kami diberikan penerangan tentang produk ni oleh Mis Angelyn.Korang yang ada budget lebih tu, bolehlah gunakan produk-produk dari Dr Secret ni.Untuk maklumat lanjut boleh refer kat bawah ni
INSTAGRAM | FACEBOOKÂ
VSCHOOL TRENDÂ – STUDY ANYTIME, ANYWHERE
Last but not least, produk ni memang sesuai sangat untuk anak-anak korang dari darjah satu sampailah SPM.
Sekarang ni ramai ibubapa yang menghantar anak ke Tuisyen kan.Sebab apa, sebab nak anak dia pandai.Tapi disebabkan musim covid ni ramai ibubapa yang stopkan anak mereka tuisyen sebab taknak anak terdedah pada wabak bahaya ni.
Dengan Vschool Trend, anak kita boleh STUDY ANYTIME, ANYWHERE!
Hah, itulah misi dan visi Vschool Trend bagi membantu ibubapa dalam memberikan pembelajaran yang terbaik melalui online sahaja.
Umi cukup teruja bila dengar penerangan dari mereka.Yang bestnya kita sendiri boleh tahu tau kalau anak kita belajar ke tidak kat rumah.Sebab kita pun boleh log in as a parents untuk mengikuti perkembangan anak-anak kita semasa mereka study.
Yang penting murah sangat untuk banyak subjek di dalam vschool trend ni.Umi tak ingat actual harga tapi untuk per year, korang hanya perlu bayar RM388 sahaja untuk semua subjek.Lebih berjuta latihan yang boleh anak-anak korang buat..
Bila korang masuk je dalam website ni, korang boleh lah lihat subjek yang ada mengikut umur anak korang.Lagi best sebab dia ada audio.Dan bila anak-anak korang buat latihan, kalau ada salah ke betul ke, korang akan dengar audio tau.
Kalau korang nak mencuba, boleh je login guna 1 day trial.Tengok sendiri betapa bestnya guna Vschool trend ni.
Tak payah dah susah-susah hantar anak tuisyen kat luar.Kat rumah pun boleh buat tau.
Untuk maklumat lanjut boleh refer details di bawah
Kalau korang nak umi recommend kan pun boleh..Boleh email or whatssap umi ye .Â
Habis cerita pasal 3 produk tersebut dan selepas itu kami makan tengahari di Kafe mereka di The Tiffin yang terletak di sebelah lobby Impiana hotel Senai ni.
Dah lapar sangat sampai umi tak sempatlah nak ambil gambar makanan.
Kalau korang nak tahu Eat All you Can Buffet di sini tersangatlah murah.Tengok harga di bawah ni ye.
EAT ALL YOU CAN BUFFET IMPIANA HOTEL SENAI
Isnin – jumaat 12.00pm to 2.30pm
RM25 nett Dewasa | RM15nett kanak-kanak
Sabtu & Ahad termasuk Public Holiday 12.00pm to 4pm
RM30nett dewasa | RM15nett kanak-kanak
Korang booking dulu ye sebelum datang makan
Whattsap : Impiana Tiffin
Call : +60 16-713 4590
Untuk maklumat lanjut tentang Impiana Hotel Senai ni boleh refer details di bawah
WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAMÂ
Menariknya hotel senai johor ni.. Inshaa Allah one day ke sana akan booked hotel ni 🙂
tq for reviewing this kak ida 🙂
Alhamdulilah semuanya dipermudahkan kann..
Seronok plak sesekali event all in macam ni..cuma tu lerr, sampai ke sudah takde gambar group hahahahaha
tak dapek den nak join..
hah..nanti boleh kita hi tea bersama:)
kan sis
next time beb..
Syok la bilik die cantik sgt siap tv pusing ni. Kalau sumayyah mesti excited buffet pon murah je
Bestnyaaa… hotel ni… hehee