Apakah Maksud Pinktober

Apakah Maksud Pinktober Yang Perlu Korang Tahu

Apakah Maksud Pinktober Yang perlu korang tahu | Mesti ramai yang suka dengan perkataan pink kan.Bukan sahaja perkataan malah warna pink tu sahaja dah melambangkan kelembutan kepada warna itu.Umi jelaskan apa itu Pinktober

 

Apakah Maksud Pinktober Yang Perlu Korang Tahu?

Pinktober adalah singkatan kepada Pink Oktober.Ia merupakan salah satu kempen kesedaran mengenai kanser payudara(Breast Cancer.)Bulan reben merah jambu @ pink ini telah dipilih sebagai simbol kepada kesedaran tentang barah payudara.

Pelbagai kempen telah diadakan sebelum ini oleh pelbagai badan amal untuk memberi kesedaran kepada orang ramai dan mengumpul dana untuk tujuan kajian tentang penyebab, pencegahan, diagnosis, perubatan dan penawar kepada barah payudara.

Apakah Maksud Pinktober Yang Perlu Korang Tahu

Kempen ini dijalankan bertujuan untuk memberikan  informasi dan sokongan kepada mereka yang dijangkiti barah payudara.

Kita yang tak terkena kanser payudara ni perlulah memberi sokongan kepada mereka yang terlibat.Bukan itu sahaja kita sendiri kena ada ilmu tentang bagaimana terjadinya kanser payudara ni.

Bulan kesedaran barah payudara juga adalah kempen tahunan yang bertujuan untuk mendidik orang ramai tentang kepentingan pemeriksaan awal, ujian dan banyak lagi.

Kempen ini bermula pada 1 oktober sehingga 31 oktober pada setiap tahun.Jadi perlu untuk kita tahu tentang barah payudara ni dan punca-puncanya.

PUNCA-PUNCA BARAH PAYUDARA

Kanser payudara bermula apabila sel di dalam payudara mula tumbuh tanpa kawalan.Sel ini biasanya akan membentuk tumor dan ia hanya boleh dilihat melalui xray atau berasa seperti benjolan.

Tumor yang tumbuh boleh mendatangkan barah dan membiak ke dalam tisu payudara dan merebak ke kawasan lain.

Adalah penting untuk kita memantau dan melakukan pemeriksaan awal supaya pencegahan dan tindakan pantas dapat dilakukan sebelum barah menjadi lebih teruk.

 

CARA-CARA PEMERIKSAAN PAYUDARA DARI KANSER PAYUDARA

Terdapat 6 langkah untuk melakukan pemeriksaan payudara sendiri.Sepanjang ujian ini dilakukan, kita perlu berada di hadapan cermin.

Apakah Maksud Pinktober

1️⃣ Hadap di depan cermin dan angkat kedua-dua belah tangan dan letakkan di belakang kepala. Perhatikan jika terdapat ketulan pada payudara didalam cermin.⁣

2️⃣ Letakkan pula kedua-dua belah tangan dipinggang. Dan perhatikan sekali lagi seperti LANGKAH 1.⁣

3️⃣ Mulakan dengan payudara kanan/kiri dan menghadap cermin – Angkat sebelah tangan dan letakkan di belakang kepala. Kemudian dengan menggunakan 3 jari tengah (untuk tekanan yang lebih solid), tekan dari atas hingga kebawah payudara. Rasakan jika ada apa-apa benjolan.⁣

Tekan dari atas hingga bawah untuk keseluruhan payudara. Jika tiada rasa benjolan, teruskan dengan payudara kiri/kanan pula.⁣

4️⃣ Seperti LANGKAH 3 – Tekan pula payudara secara melingkar atau bulatan. Lakukan lingkaran keseluruhan payudara. Rasakan jika terdapat apa-apa benjolan.⁣

5️⃣ Seperti LANGKAH 3 – Tekan pula payudara dari atas dan bawah hingga ke puting dan rasai dan tengok sekiranya keluar cecair ataupun darah dari puting.⁣

6️⃣ Selesai periksa menghadap cermin, lakukan pula sambil baring. Ulang LANGKAH 3, 4 dan 5 tadi.⁣

Selepas kita dah lakukan 6 step pemeriksaan payudara tadi  jika terdapat benjolan.Tapi tak perlu kita panik terhadap ketulan yang kita jumpa kerana kebanyakkan wanita mempunyai ketulan atau kawasan yang berketul dalam payudara mereka sepanjang masa, dan ketulan pada payudara sebenarnya adalah benigna(bukan kanser). Ada beberapa penyebab kepada ketulan payudara bukan kanser termasuklah perubahan hormon atau kecederaan.

Apakah Maksud Pinktober Yang Perlu Korang Tahu

KENALPASTI SAMADA KANSER PAYUDARA ATAU TAK?⁣



1️⃣ BENJOLAN⁣

Apabila lakukan pemeriksaan sendiri (PSP), tekan perlahan-lahan payudara dan perhatikan jika terdapat benjolan.⁣

Kadang-kadang benjolan ini terjadi dibawah ketiak, di tulang selangka, berdekatan kalenjar limfa, dan juga boleh berada di sekitar puting payudara.⁣

Jika benjolan itu menjadi keras atau lembut yang tidak bergerak (berada dikedudukan sama walaupun ditekan), segeralah berjumpa dengan doktor.⁣

Kalau ianya bergerak, mungkin ianya adalah ketulan susu sahaja. Tapi kalau rasa tak yakin, jumpa saja mereka yang pakar.⁣

2️⃣ KULIT TERTARIK (SKIN DIMPLING)

Diawal kanser bakal terjadi, penebalan tisu-tisu disekitar payudara akan terjadi. Contohnya, kulit payudara menjadi merah dan berlekuk. Juga ianya boleh merubah menjadi seperti kulit buah oren.⁣

3️⃣ PERUBAHAN WARNA ATAU TEKSTUR PADA KULIT⁣

Rasa gatal pada payudara juga merupakan tanda awal untuk berlaku kanser payudara dan ianya lagi teruk daripada dermatitis.⁣

Rasa gatal kerap dan keluarnya cecair dari puting dan tisu payudara menjadi keras.⁣

Tanda lain adalah payudara bengkak disertai dengan kulit yang merah, panas, gatal yang terasa lembut apabila disentuh.⁣

Juga berubah saiz, lembut dan sakit bila bergesel dengan bra.⁣

4️⃣ PERUBAHAN PADA PUTING PAYUDARA⁣

Mungkin kita akan sedar yang puting masuk ke dalam, rata atau simetri. Puting payudara yang tiba-tiba berubah saiz tanpa sebab juga salah satu tanda ya.⁣

Puting boleh menjadi terlebih sensitif apabila disentuh. Ini kerana ketumbuhan pada payudara berkembang dibawah tisu puting.⁣

5️⃣ KELUAR DARAH ATAU CECAIR DARI PUTING PAYUDARA⁣

Kanser lebih cenderung untuk berlaku di saluran susu (sekitar puting).⁣

Ia akan sebabkan keluar cecair secara tiba-tiba seperti susu, darah atau cecair yang memberi kesan ‘bersisik’ pada puting walaupun tidak ditekan atau dipicit.⁣

Jika terjadi ketika ibu-ibu yang tidak menyusukan badan, ianya adalah TIDAK normal ya. ⁣

Leher dan bahu terasa kaku bukan seperti kebiasaannya.⁣

Ini kerana kanser merebak ke tulang belakang, belakang badan atau bahu yang menyebabkan kesakitan.⁣⁣

Jom kita terus berikan sokongan kepada pesakit-pesakit cancer ini supaya mereka lebih menjadi positif dalam menghadapi penyakit mereka.

Kalau korang bermurah hati untuk buat donation boleh terus ke website mereka di 

Loading

2 Comments

  1. Uyul bulan lepas breast sakit sangat. Orang kata sebab hormon preggy mami, then pergi klinik, doktor check ada lumps. Nak pergi ultrasound, cuak. Dah laaa both nenek ada sejarah kanser.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *