Fernleaf susu untuk seisi keluarga

Fernleaf susu untuk seisi keluarga| Sebut pasal susu ni, dah banyak rasanya jenama susu yang ada di pasaran Malaysia. Ada susu yang mahal sehinggalah yang murah. Tapi tak semua jenama susu yang boleh digunakan satu sahaja untuk family.Fernleaf susu untuk seisi keluarga yang boleh korang dapatkan di mana-mana kedai atau pasaraya.

Maksudnya satu jenama untuk semua ahli keluarga. Dari anak yang kecil hinggalah yang besar boleh guna satu jenama je. Faham ke faham??

Fernleaf susu untuk seisi keluarga

 

Susu Fernleaf adalah satu jenama susu yang terbaik yang tersenarai di dalam susu formula terbaik untuk bayi. Susu ni hanya susu full cream dan tiada tambahan gula.

Susu Fernleaf Family terbaru dihasilkan daripada susu berkualiti tinggi dari New Zealand yang diformulasi dengan multi vitamin mengandungi nutrisi penting dan lima kali DHA berbanding produk sebelum ini.

DHA memainkan peranan penting dalam memastikan fungsi otak optimum dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa, sementara kandungan vitamin serta mineral menyokong keperluan harian tubuh, sekali gus memastikan tubuh sentiasa aktif dan sihat.

Lagi pulak dia dah ada disediakan di dalam kotak yang sedia untuk diminum. Ada perasa coklat dan full cream. Susu Fernleaf ni sangat lazat dan berkhasiat. Susu Fernleaf ni diperbuat dari 100% susu dari New Zealand.Ia tinggi dengan protein, kalsium, magnesium, Vitamin A, B2 dan B12.Susu yang dihasilkan sangat berkhasiat kerana lembu² yang menghasilkan susu fernleaf ini berasal dari New Zealand.

Susu Fernleaf, 100% Susu Terbaik dari New Zealand

New Zealand adalah satu Negara yang mempunyai iklim yang selesa, rumput yang subur dan ia merupakan faktor utama mengapa lembu² di New Zealand menghasilkan susu yang segar. Tak semua lembu yang diberikan rumput tau, tetapi lembu² di New Zealand ni memang diberikan rumput sebagai makanan mereka. Lembu di New Zealand ini di lepas bebas di ladang untuk memudahkan mereka makan rumput dan mrnghasilkan kualiti susu yang tinggi.

Sekarang ni dah mudah untuk pengambilan susu setiap hari. Tak perlu nak bancuh kerana Fernleaf UHT ada di dalam pek 1 liter  dan kotak 200ml. Pengambilan susu sangat bagus untuk kekuatan tulang.Sebab tu kat rumah aku ada je stock susu fernleaf UHT Full cream sebab Naura memang suka makan cornflakes campur susu ni. Kadang-kadang 1 kotak susu Fernleaf coklat apabila dia ke taska atau sedang menonton dan berjalan.

FERNLEAF UHT juga terdapat dalam pelbagai pilihan, perisa Coklat, Full Cream dan Low Fat. Ada dalam pek 1 liter atau 200ml x 4 kotak. Kalau anak² mereka lebih sukakan FERNLEAF Coklat.

Fernleaf susu memang sangat Mmmmmmmm dan 100Mmmmmm.. Tak hairanlah ia menjadi susu yang sangat digemari ramai.

Website :

https://www.fonterra.com

 Facebook

https://www.facebook.com/fernleafmalaysia/

Instagram :

https://www.instagram.com/fonterra.my/

Loading

1 Comment

  1. sedap susu fernleaf ni. lebih lagi perisa coklet. selali tak suka sangat perisa coklet tapi fernleaf uht ni berebut pulak dengan anak-anak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *