4Fingers Crispy Chicken di Komtar JBCC

4Fingers Crispy Chicken di Komtar JBCC | Dah sebulan jugak 4Fingers Crispy Chicken ni dibuka di Komtar JBCC.Baru hari tu aku dengan beberapa orang JDT Blogger datang makan di sini.

4Fingers Crispy Chicken di Komtar JBCC
4fingers crispy chicken

Actually, hari tu memang tak tau nak makan kat mana, sekali teringat yang Sislin kata anak dia pernah makan di cawangan KL.So, kami bersepakat untuk mencuba ayam goreng rangup ni.Bila tengok Page 4Fingers ni di facebook, memang nampak sedap kan.So ,marilah kita mencubanya.

APA YANG MENARIK TENTANG 4FINGERS CRISPY CHICKEN 

Kalau korang nak tahu, ayam yang digunakan adalah ayam yang bebas antibiotik dan hormon.Ia tidak mengandungi sama sekali  MSG dan artificial flouvarings tau.So, korang boleh makan ayam disini dengan selamatnya.Lagi satu ia akan disediakan apabila kita memesan ayam tersebut.So, ayam yang disediakan sangat fresh tau.Sos yang digunakan pula memang lain dari yang lain.So, sebab tu korang wajib cuba.

4Fingers Crispy Chicken ni adalah restoran makanan segera yang menyediakan menu berasaskan  ayam pedas dan rangup.Ia menjadi trademark 4fingers dari pertama kali restoran ini dibuka  di Singapura pada tahun 2009.Bayangkanlah dah lama bertapak di Singapura, baru ni je mereka buka cawangan mereka di Johor iaitu di Komtar JBCC.

BAGAIMANA NAK MENEMPAH AYAM GORENG CRISPY NI

4Fingers Crispy Chicken di Komtar JBCC
Kaunter hadapan untuk memesan makanan.Gigih tau kami² ni pi tengok menu yang best² untuk order.Mastermind untuk order adalah yang tengah-tengah tu sebab dia dah pernah makan di Outlet KL.So, kita berikan kepada yang pakar untuk memesan makanan.

Untuk menempah Ayam dan menu-menu lainnya,korang harus beratur di kaunter hadapan.Selesai memesan dan membayar, korang akan diberikan alarm di mana bila ayam tu siap disediakan di kitchen, alarm tu akan berbunyi menandakan korang kena ambil makanan yang siap disediakan di kaunter belakang.Maknanya kat kitchen mereka lah kan.So, korang dah boleh bawa ke meja untuk makan.Oh ya,Jangan lupa untuk mengambil dustbin kecil yang disediakan ye.Kena bagitahu jugak sebabnya mereka tak sediakan pinggan pun.So, segala tulang temulang, korang perlu masukkan ke dalam dustbin kecik tu.Jangan bersepah..Nampak tak senonoh nanti macam kitorang..hahahaha.

Model pada hari itu yang memegang alarm yang disediakan.Dah berbunyi sila ambil di kaunter belakang ye.Hah..Kalau korang perasan ada dustbin kecik belakang sislin tu,wajib amik jugak.SERIOUS KENA AMIK OK!!

SIGNATURE DISH 4FINGERS 

  • 4fingers Signature- wingettes or drummetes – Soy garlic or hot or mixed
  • Chicken drumsticks – Soy garlic/hot/mixed
  • Chicken Chop
  • Drumsticks Rice Box
  • Crispy Calamari
  • Chicken Katsu Salad
  • Kimslaw
APA YANG KAMI ORDER UNTUK HARI TU?
4Fingers Crispy Chicken di Komtar JBCC
Signature Crispy Wingettes & Drumettes
4Fingers Crispy Chicken di Komtar JBCC
Kimchi & Seawed Fries
Chicken Katsu Salad
4Fingers Crispy Chicken di Komtar JBCC
Crispy Calamari Ring
4Fingers Crispy Chicken di Komtar JBCC
Penuh meja dengan makanan yang sedap ni di Komtar JBCC

Dah menjadi kebiasaan kami sebagai blogger, sebelum makan mesti nak ambil gambar dulu.Walaupun bukan termasuk Food Review, kami dah terbiasa kamera makan dulu..hahaha…Memang sangat puas makan kat sini tau.Aku sampai tapau bawak balik.

Kepada orang-orang Johor, korang wajib terjah 4fingers Crispy Chicken ni tau.Memang muai dan affordable sangat untuk bawa family dan kawan-kawan.Untuk korang yang nak ke sana, boleh lihat details address di bawah ni ye

4Fingers Chicken Crispy Komtar JBCC

Lot Level 2, 205-207 Komtar JBCC, City Centre

8000 Johor Bahru

Operation hours

Isnin – Ahad

10 pagi -10 Malam

Telephone No :

+607 220 0172

Email

Feedback@4fingers.com

Website

http://www.4fingers.com.my

Loading

9 Comments

  1. Memang nampak sedap ni, nyumss! Kimchi pun ada ek, menarik 🙂

  2. Memang kena repeat datang makan lagi. Kena order combo besau 2 set hahahaha..
    Aku geram paha ayam dia tu ..ummphh!

  3. menggodanya ayam tu. memang nampak sedap la dari segi warnanya. tak pernah makan lagi ni.

  4. Kimchi seaweed fries tu fav hehe

  5. Author

    haah..menarik sangat menu yang dihidangkan tu…ayam dia memang best

  6. Author

    kan sis,besar peha dia kan…memang berbaloi

  7. Author

    sedap kan…

  8. Author

    nanti boleh pergi mar,memang sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *