Kembara Blogger Johor Part 6 | Kampung Tualang Tiga Sedili dan Pusat Penternakkan Belangkas

Kampung Tualang Tiga Sedili dan Pusat Penternakkan Belangkas | Kembara blogger Johor masuk hari kedua.Selepas kami ke Desaru Fruit Farm,destinasi seterusnya adalah di Kampung Tualang 3,Tanjung Gemuk Sedili Johor.Serius,walaupun aku duduk Johor,tapi aku tak pernah tahu ada kampung ni tau.

1st time aku menjejakkan kaki ke teratak Villa Castalia ni,aku terpegun melihat kehijaun di sekitarnya.Kalau nak ke sana,memang korang rasa jauh.Tapi bila dah sampai sini,pasti korang takkan kecewa.

Signboard sebelum masuk ke Villa Castalia

Meh aku jamu mata korang dengan kehijauan yang berada disekitarnya.

Sesampainya kami disini,kami dijemput dengan pegawai-pegawai yang bertugas dan juga paluan gendang..

Selepaa itu kami dijemput untuk menjamu selera di bawah rumah ini..huiii..best tau..Betul-betul suasana kampung

Antara hidangan kami tengahari tu.
Hidangan kampung yang boleh buatkan korang bertambah nasi.Serius,sambal belacan dan ketam dia sedap… Lain sangat dengan sambal belacan yang aku selalu makan.
Lauk-lauk kami dimasak dengan menggunakan dapur lama.
Korang kenal apa ni..hah!! ni namanya Lelangit..Kalau orang zaman dulu-dulu memang ada je dalam rumah diorang.
Terus teringat kat nenek aku dulu.Orang-orang dulu memang suka guna ni tau.
Puan blog dan Puan hernee bersantai selepas makan banyak
Tempayan yang berisi air.Kalau korang tengok cerita-cerita lama,mereka akan membasuh kaki sebelum naik ke atas rumah.
Melihat mak-mak bermain congkak.Nasib baik masa membatasi kami,kalau tak nak jugak join main congkak.
Ruang berehat rumah lama.Aku suka tingkap rumah ni..Best..angin masuk sepoi-sepoi bahasa.
Lampu pam ni mengingatkan aku masa rumah kami takde lagi bekalan elektrik
Barangan lama
Tempat beradu.Dah macam bilik pengantin
Orang dulu-dulu memasak menggunakan kayu api
Cenderahati yang dibuat oleh penduduk kampung
Mak-mak kampung Tualang Tiga
Kami bergambar kenangan dengan PAHA yang menempatkan bunga telur
Sempat jugak melayan rakan-rakan blogger iaitu uyul,alja dan hernee naik basikal tua
Selepas itu kami dijamu pula dengan air kopi dan pulut panggang ikan buatan orang kampung
Sedap tau..
Korang lihat jelah pemandangan yang ada di sekitar kampung ni,rasa sejuk je mata memandangkan.
Last sekali kami bergambar kenangan dengan orang kampung dan staff MITA
Bukan senang nak jumpa kawasan yang betul-betul mempunyai suasana Kampung sebenar seperti di Kampung Tualang Tiga,Sedili ni.Harap ianya akan berterusan dalam memperkenalkan kepada zaman remaja kini dan mengambil inisiatif untuk mengekalkan budaya lama masyarakat melayu lama kita.

TERIMA KASIH KEPADA PENDUDUK KAMPUNG TUALANG TIGA KERANA MENYEDIAKAN MASAKKAN DAN LAYANAN YANG BAIK KEPADA KAMI.ADA MASA KITA BERJUMPA LAGI

Seterusnya tidak jauh dari kampung Tualang Tiga,tempat penternakkan Belangkas di Sedili.Kat sinilah mereka menternak belangkas dan Udang galah.
tempat penternakkan belangkas
tempat penternakkan belangkas
Belangkas yang masih kecil.Sungguh unik kan kejadian anugerah Allah swt.Memang aku tak percaya ni belangkas pada mulanya.
Selepas diterangkan segala proses penternakkan,barulah kami faham.
belangkas pun nak ikut Tourism Johor jugak
Pinjam gambar blogger osimosi ni hah..
Lupa pulak puan blog nak bergambar disini
Google Maps Pusat Penternakkan Belangkas Sedili Johor











Korang juga boleh baca entry terdahulu tentang Kembara Blogger Johor di bawah ini ye

 

Loading

6 Comments

  1. wahhh meriahnya.. makanan nampak best sangat tu

  2. tradisional tempat dia. pernah makan belangkas sekali je, leps tu kembang tekak terus takmo hahahaa

  3. SA suka kalau trip macam ni…boleh mengimbau kenangan dan nostalgia dulu2…kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *