Kembara Blogger Johor Part 4 | Hotel Amari dan Dapur Warisan

Kembara Blogger Johor Part 4 | Hotel Amari dan Dapur Warisan – Hai korang☺☺ Sambung lagi kesinambungan cerita Kembara Blogger Johor Part 3.Jenuh jugak nak menghabiskan cerita ni.

So.. lepas pada kami ke Legoland dan Hello Kitty,hah..korang boleh refer entry part 3 di bawah ni ye.Kami bergerak untuk ke Hotel Penginapan kami iaitu Hotel Amari yang terletak di tengah Bandaraya Johor Bahru.Hotel Amari is The Most Popular Hotel in Johor Bahru tau.Memang recommended sangat -sangat kat korang yang ingin bercuti di Johor ni.Bila korang menginap di Hotel yang terletak di tengah-tengah Bandaraya Johor ni,senanglah untuk korang kemana-mana.At least nak cari Uber ,grab car dan teksi pun senang.

Ok..meh aku ceritakan sedikit tentang Hotel Amari ni.Hotel Amari ni adalah Hotel yang bertaraf 5 bintang.

Setibanya kami di sana,Miss Bobby selaku Director ,PR & Communicatons di Hotel Amari menjemput kami dan kami diberikan sedikit maklumat tentang Hotel ini dan apa yang ada di Hotel ini.Miss Bobby sangat-sangatlah peramah.Tak lupa juga assistant kepada Ms Bobby iaitu Ms Ara yang begitu baik layanan mereka kepada kami dari saat kami datang dan kami balik.Sangat berpuas hati.

Puan blog di depan Amari Hotel

Sempat kami berwefie

Di Hotel Amari,terdapat satu bahagian untuk kaki Gym tau.Kalau korang lepak lama sikit bolehlah buat aktiviti kat sini.Memang besar dan selesa sangat-sangat.

Keluar dari Gym,korang akan nampak Kolam renang di luarnya.Masa kami datang ,Kolam renang ni ditutup untuk pengunjung.Memang cantik  pemandangan kalau tengok dari bilik hotel

 Selepas itu kami dibawa Breeze  SPA yang ada di dalam Hotel Amari

Sangat selesa SPA yang ada diHotel Amari ni.Kalau korang yang stay kat sini,wajib tau masuk SPA ni.

Di Amari Hotel ini,korang juga boleh adakan Meeting dan sebarang Occasion dan event.Memang sesuai.

Hah..Beralih kepada bilik yang kami menginap pada malam tu.Oh ya,Hotel Amari ini mempunyai 242 bilik.

 Dua buah katil yang selesa ..Sangat-sangat selesa OK!! Fully recommended

Di hadapan katil diletakkan Tv dan juga meja sudut untuk mereka yang nak stay buat kerja.

Tengok gambar kat bawah ni.

Disebelah katil di Tepi tirai tu ada terdapat sebuah kerusi untuk korang releks…Macam nak stay lagi semalam je kat Hotel ni.

Ok..sekarang ni aku nak tunjuk pulak bahagian bilik air.Eh..of course..bilik air merupakan satu tempat yang kita nak selesa untuk pembuangan..kah….Serius…Kalau korang pergi mana-mana Hotel kan,mesti korang akan tengok bahagian bilik air jugak kan..See…aku dah cakap kan..memang selesa..Ni based on my true story tau.Hah..ada lagi aku nak bagitahu tentang Hotel Amari ni..Jadi korang kena baca sampai habis.

Dan part yang paling penting adalah bahagian Dining..Yes… sebab tu Hotel AMARI ni bertaraf 5 bintang.Kerana apa,kerana keselesaan dan juga layanan yang diberikan.

Masuk ke Food Gallery AMAYA ni memang best tau.Semua jenis makanan ada untuk breakfast kami.Dari makanan barat sehinggalah makanan melayu dan desert..Semua ada tau

 Disediakan juga Untuk mereka yang mengambil VEGE
 Makanan ringan untuk breakfast
 Buah-buahan
Dessert yang disediakan pada waktu pagi.
Seriously semua makanan dari makanan western,melayu sampailah ke Desert semuanya sedap-sedap belaka.Sampaikan Miss Bobby tapaukan untuk kitorang…sweet tau.

Hotel Amari Johor Bahru juga menyediakan Weekend High Tea Buffet pada hari sabtu,ahad dan public holiday.Ia termasuk masakkan yang pelbagai variety iaitu Thai,Malay,Chinese dan International delights.

Selain itu mereka juga menyediakan Afternoon Tea dan weekend buffet dinner 

Korang boleh menempah melalui

Tel : +60(7)2668888

Email: fnbcoordinator.johorbahru@amari-com

 

 

 

 

Rasa tak puas bermalam di sana.Insyallah

aku akan repeat datang ke sini lagi bawak my family.Satunya yang aku suka tentang Hotel ini,Bila korang masuk ke di setiap Level,haruman yang menenangkan menjadi santapan hidung korang tau.Masa ni memang korang rasa tenang je duduk dalam Hotel ni..Sampai sekarang aku tak boleh nak Move on bila cerita pasal Hotel Amari ni.

Untuk korang yang mencari Hotel di Johor Bahru boleh lihat details di bawah ni ye

Lokasi Maps untuk senang korang cari

[googlemaps https://www.google.com/maps/embed?pb=!1m18!1m12!1m3!1d3988.517214317187!2d103.759431950073!3d1.4632859989275995!2m3!1f0!2f0!3f0!3m2!1i1024!2i768!4f13.1!3m3!1m2!1s0x31da12c4889826b7%3A0x6029532250e70c4a!2sAmari+Johor+Bahru!5e0!3m2!1sen!2smy!4v1508832237577&w=500&h=350]

Lokasi Maps Hotel AMARI JOHOR BAHRU

 

Untuk keterangan lanjut boleh layari website mereka

www.amari.com

Alamat

Amari Johor Bahru

No.82C,Jalan Trus 

8000 Johor Bahru

T:+60(7)2668888

F:+60(7)2668899

E:johorbahru@amari.com

 

Pada malam itu,kami sempat di bawa makan malam di Dapur Warisan Johor Bahru.Dapur warisan ni terletak berdekatan dengan Dataran Bandaraya.Sangat terkenal dengan Masakkan Melayu yang paling digemari oleh pelancong ke Johor ni.

Yang paling syok dinikmati di sini adalah Daging Salai masak lemak cili api dan tak lupa juga Asam Pedas Johor.Bukan sahaja kami menikmati makan malam yang sedap,tetapi juga kami dipersembahkan dengan Tarian Zapin yang terkenal di Johor Bahru.

Jika korang ingin merasa kenikmatan makanan yang disediakan di Dapur Warisan boleh la kesini.

Menu kami pada malam tu.Sangat sedap ok sambil menyaksikan tarian zapin.

Tarian Zapin dari Kebudayaan Johor

Geng makan aku pada malam tu.

Teruja tau melihat banner ni..eh..

Kami bergambar kenangan dengan Orang besar di Tourism Johor iaitu En.Shukri.

                                  [googlemaps https://www.google.com/maps/embed?pb=!1m18!1m12!1m3!1d3988.517678751478!2d103.73912245007297!3d1.4630247989278014!2m3!1f0!2f0!3f0!3m2!1i1024!2i768!4f13.1!3m3!1m2!1s0x31da12bca6400001%3A0x37c18dacd774a0c8!2sDapor+Warisan!5e0!3m2!1sen!2smy!4v1508832918129&w=400&h=350]

Dapor Warisan

Sri Gelam,80100 Johor Bahru

Dibuka pada 12 PM sehingga 12 AM

FB: Dapur Warisan

IG : @Daporwarisan

Balik dari makan malam,kami sempat singgah di bazar karat Johor Bahru yang merupakan tempat pelancong suka berkunjung.Sempatlah kan ambil angin malam sebelum balik ke Hotel.Nak kesini korang boleh berjalan kaki je..Hah..bila dah ada di sini,senanglah korang ke.Komtar JBCC,City Square dan shopping mall yang berdekatan dengan Hotel..

Ok..habis cerita tentang ni.Nanti aku cerita pulak next destination kami pada keesokkan harinya.Korang boleh terjah lagi entry lepas di bawah ni ye.

 

ï¿«Thanks for Reading kisahsidairy.comï¿©

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com


Loading

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *