Assalamualaikum
Kembara Blogger Johor Part 5 | Desaru Fruit Farm Kota Tinggi Johor | Hai korang☺☺ serius hari pertama kami memang terasa penat dah.Tapi dalam pada penat tu,kami seronok sangat dapat melihat sendiri tempat-tempat yang kami lawati.
Selepas bersarapan di Hotel Amari,kami bergerak ke Kota Tinggi.Destinasi kami pada hari kedua adalah Desaru Fruit Farm Kota Tinggi. Korang yang gemarkan alam persekitaran Hijau dan juga suka dengan buah-buahan tempatan,boleh datang ke sini.Ini adalah salah satu tempat menarik yang perlu dilawati di Johor Bahru.
DESARU FRUIT FARM AGRO TOURISM
Source:google
DESARU FRUIT FARM
Desaru Fruit farm terletak di daerah Kota Tinggi dan telah beroperasi selama lebih dari 10 tahun.Telah diiktiraf oleh Lembaga Tourism Malaysia dan telah diiktiraf atas usaha Desaru Fruit Farm yang mengamalkan agro budaya dan pemuliharaan.Desaru Fruit farm berkeluasan 100 ekar dan sangat luas.
Desaru Fruit Farm Pernah memenangi MAHA 2006-Winner Of The best Agro Tourism Site dan Johor Tourism Awards 2009.
Terdapat lebih daripada 100 spesies pokok buah-buahan dan tumbuhan,dan beberpa haiwan di Petting zoo.Di sini juga terdapat ruang aktiviti paintball dan go kart.
Di Desaru Fruit farm mempunyai 2 jenis buah-buahan yang perlu korang tahu.
1.BUAH-BUAHAN BERMUSIM
Buah-buahan bermusim adalah seperti Durian,rambutan,pulasan dan Mangga.Buah-buahan bermusim ini hanya boleh didapati sekitar bulan Jun sehingga Ogos sahaja.
2.BUAH-BUAHAN TIDAK BERMUSIM
Buah-buahan tidak bermusim ini memang mudah untuk di dapati disini dan boleh dimakan bila-bila masa sahaja.Buah-buahan tidak bermusim ini adalah Kedondong,Amra,kedondong,jambu batu,Nenas,limau kasturi,durian belanda,sukun,pisang seribu dan longan Brazil
Ladang ini menawarkan beberapa pakej termasuk program pendidikan untuk anak-anak sekolah dan semua lapisan kehidupan. Semua pakej datang dengan lawatan ladang berpandu menyeluruh ke ladang yang termasuk makan tengah hari, dan buah-buahan dan acommodation di resort pantai terpilih di desaru
Tanaman herbal yang di tanam disini seperti Pokok Stivia dan juga macam-macam lagi.
LORONG JAMBU AIR
IKAN KOI YANG MENGHIASI TANAMAN HERBA DISINI.
korang juga berpeluang untuk memberi makan kepada ikan-ikan ni..
Dapat merasai bagi makan si arnab ni..Serius takut tau..Takut kena gigit dengan arnab ni
- Coconut Seafood Tomyam
- Passion Fruit Chicken
- Passsion fruit asam pedas ikan pari
- Kacang buncis
- Sayur lemak pisang
- Lemak udang Nenas Madu
- Shredded papaya with seafood
Kalau korang berhajat nak bercuti kat Johor.Nak merasai kenikmatan buah-buahan segar bermusim dan tidak bermusim,Fully recomended kat sini tau.At least boleh terapi sikit mata tu dari tengok bangunan-bangunan tinggi kat bandar tu.
DESARU FRUIT FARM TRADING
DFF TOUR & TRAVEL SDN BHD
Hentian Penawar No.1
Sungai Cemaran,Desaru
81900 Kota Tinggi
Johor
Website : www.desaruff.com
Email : alice@desaruff.com
Tel : +607-8225886
food pun nampak sedap, ok jugak aktiviti macam ni..masuk dusun kan
Terliur plak tgok banyak buah- buahan tempatan tu ha…kalau dapat petik terus ngap kan best
Seronoknya..
terasa kesegaran buah2 kat desa fruit farm..nyumssss
Wah seronoknya..
Menarik ni…macam kat oversea. Sape2 yang kampung xde dusun, bolehla ke sini nak rasa pengalaman tu.
wahhh..bestnya kat sini..macam-macam buah ada. seronok!
assalamualaikum eda…wah !! mcm2 ada kat sini…memang best la…
** Mama Maszull