Buffet Ramadhan Johor 2019- Pulai Spring Resort

Buffet Ramadhan Johor 2019- Pulai Spring Resort | Nikmati kemeriahan berbuka puasa tahun ini di Pulai Spring Resort yang menawarkan hidangan bufet Ramadhan bertemakan “BUFET ALA BAZAR 28 HARI” yang akan menghidangkan masakan tempatan da antarabangsa bermula 7 Mei sehingga 3 Jun 2019.

Selaras dengan tema ‘BUFET ALA BAZAR 28 HARI” terdapat lebih kurang 10 gerai atau action stalls dan lebih daripada 150 juadah berbuka puasa yang dihidangkan secara bufet di dalam dan luar restoran Gleneagles Terrace bagi memudahkan pengunjung untuk memlilih makanan kegemaran mereka.

 

Hidangan ‘BUFET ALA BAZAR 28 HARI’ yang disediakan setiap hari sepanjang bulan Ramadhan bermula dari 7 Mei hingga 3 Jun 2019 terdiri daripada hidangan-hidangan yang menyelerakan termasuklah pembuka selera salad, jeruk, daging, makanan laut, berbeku. pencuci mulut, hidangan-hidangan yang pedas dan panas serta minuman sejuk dan panas.Konsep masakan dari negara Barat dan Timur Tengah juga akan diketengahkan oleh Junior Sous Chef Tom Chef serta pasukan jurumasaknya pada Ramadhan tahun ini.

Buffet Ramadhan Johor 2019- Pulai Spring Resort

Antara hidangan-hidangan yang akan diketengahkan oleh chef termasuklah Gulai Kari Kambing 28 Hari yang dihidangkan bersama nai, raita dan papadom, Kuah kacang dhal and sos pudina, Ayam masak merah orang kahwin, Daging Salai Masak lemak cili api, Ikan Stim ala Nyonya, Kupang Masak Lada Hitam, Chili Prawn, Lemak Nangka daun Selasih, Sambal Ikan bilis terung pipit serta hidangan tradisonal Sup Tulang Merah atau Sup Gear Box yang dihidangkan bersama Roti Perancis.

Buffet Ramadhan Johor 2019- Pulai Spring Resort

Buffet Ramadhan Johor 2019- Pulai Spring Resort

Buffet Ramadhan Johor 2019- Pulai Spring Resort

Buffet Ramadhan Johor 2019- Pulai Spring Resort

Buffet Ramadhan Johor 2019- Pulai Spring Resort

Buffet Ramadhan Johor 2019- Pulai Spring Resort

 

Hidangan lain yang ada di sini termasuk juga Asam Pedas Johor,Masak lemak cili api mengikut pilihan ikan.Mee Kolok Sarawak,Fried Baby Crab with salted egg, Murtabak dan kacang pool yang akan di masak secara live .

Terdapat juga hidangan Berbeku(BBQ) yang merangkumi Kambing golek, Ayam Tandoori, Caru Sumbat, Sosej Teriyaki, Beef Slices yang dihidangkan dengan beberapa sos pilihan.Selain itu menu wajib adalah Sate ayam dan daging, beserta nasi himpit dan kuah kacang.Di samping itu terdapat gerai yang menyediakan Oden-Oden yang mempunyai pekbagai jenis daging dan sayuran cucuk yang dihidangkan bersama pelbagai jenis sup.

BUFET ALA BAZAR 28 HARI ini turut menyediakan aneka pilihan pencuci mulut antaranya ABC, cendol. ais krim Malaysia, potongan buah-buahan, aneka jenis puding, kek dan Coconut Shake.Umi dah beberapa kali repeat coconut shake tu.

Antara lain pencuci mulut adalah Serawa Durian,Pengat pisang dan coconut sticky rice serta minuman istimwwa Teh Ais Dhaka,Katira, Teh Tarik dan NEscafe Ais

 

HARGA BUFET RAMADHAN PULAI SPRING RESORT JOHOR 2019

 

EARLY BIRD PROMOTION

Pembelian antara 1st April  hingga 30 April 2019

RM 84 nett/adult

RM 42 Nett/child

Normal Price

RM 99 nett/adult

RM 49 Nett/child

For Reservation

call  at +607 521 2121 or WhatsApp: +6017 745 5776 atau email kepada enquiry@pulaisprings.com

 

**Pulai Spring Resort menyediakan Surau untuk Maghrib serta parking percuma**

.

.

.

.

.

.

 

 

 

 

 

Loading

3 Comments

  1. Semua sedap-sedap…
    Puasa nanti memang nak bawa anak-anak ke sini laaaa…

  2. Author

    kan… kita pun dah booking untuk early bird…hhehehhe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *