Menu Siakap 3 rasa simple dan sedap |Alhamdulillah..Dapat rezeki ikan siakap besar bak hang tempohari dari kakak ipar kesayangan hamba tu.
Actually bukanlah Ikan siakap yang dah siap dimasak terus masuk mulut je.Ikan Siakap ni, kebetulan kawan abang pergi mancing.Dapat pulak banyak Ikan siakap ni hah.Dia sekor, dan lagi sekor dia bagi kat umi.
Jadilah lauk kami hari minggu hari tu.Besar betul ikan siakap tu. Kalau kat pasar pun mau cecah RM20 ke atas.Bayangkalan dalam kuali pun terpaksa kena belah dua.Kalau tak belah, maunya nak muat dalam kuali tu.
Ikutkan muat je ikan tu, tapi takkan nak rendam minyak sebanyak tidak.Last² umi potong dua.Dan plan umi masa tu adalah nak masak Ikan siakap 3 rasa.Disebabkan hari tu macam tak puas pulak kan makan kat kedai, so ada rezeki ni terus masak siakap 3 rasa.
Dan kebiasaannya nak memasak Menu Siakap 3 rasa simple dan sedap ni mudah je.Janji semua bahan yang nak digunakan tu ada di dapur.Cuma Nanas jelah pun kalau takde kat dapur.Ape ade hal, kedai dekat..hahah ..Naik motor kejap je dah sampai.
Kalau nak tau menu rasanya korang google je resepi Siakap 3 rasa simple dan sedap ni, confirm keluar banyak resepi ikut citarasa masing-masing.Kalau nak lagi resepi menu simple dan sedap ni. hah..korang ikut umi jelah..kof..kofff
Hah..tengok gambar apa yang perlu disediakan!!
Korang sediakan jelahÂ
Ikan siakap( PENTING– kalau tak , maka tak jadilah siakap 3 rasa)
Nanas ( sebelah je potong dadu)
Bawang merah(potong dadu)
2 batang serai
Daun limau purut
2 biji tomato (potong dadu)
2 ulas bawang putih -tumbuk
1/4 halia-tumbuk
Minyak untuk menumis
sos tomato
Cili blender ( umi buat yang dah siap blend dengan bawang merah\putih\halia tu)
Sedikit gula / garam
Cara nak masak je pun senang
Siang ikan siakap tu dan lumurkan dengan tepung.Supaya hanyir ikan dan lendir tu hilang.
Lepas tu perapkan sekejap dengan bawang putih dan halia yang dah di tumbuk tu.Masukkan sedikit garam dan juga tepung jagung.Dalam 15 minit perap pun ok dah..Panaskan minyak then, gorang ikan tu.Sampai korang rasa dah masak angkat dan toskan.
Â
Ni baru setengah ekor yang di goreng..Belum yang kepala tu kan..Ni umi tos dulu di atas tisu ni..
Di kuali lain, panaskan minyak dan tumis chili blender tu ye.Agak² dah naik bau, baru masukkan sos cili dan sos tomato.Lepas tu masukkan daun limau purut dan yang lain-lain.Perasakan dengan garam dan gula, kacau-kacau ..SIAP!!
Â
Terus taburkan di atas ikan…So jadilah Ikan siakap simple dan sedap…itu sahaja perkongsian resepi dari Chef Umi…kah²..Seperti biasa, Naura tak usik sikit pun ikan tu…Hampa harapan umi bila dia mintak telur je…Punyalah penat umi bersilat kat dapur..Itu je yang dia mintak..Haishhh…
Â