YSF Concept Store Jimat Dengan Raya Sales

YSF Concept Store Jimat Dengan Raya Sales

YSF Concept Store Jimat Dengan Raya Sales | Pening Head nak complete kan baju raya tahun ni.Bukan tahun ni je, setiap tahun rasanya.Biasalah, kewangan tak mengizinkan.Kena berjimat kan.

Biasalah kan, mak² ni selalunya dia settlekan dulu persiapan raya anak-anak.Dah hujung-hujung, barulah dia settlekan diri sendiri pulak.Actually, Baju kurung umi dah settle dah.Umi beli Online je.Cukuplah dua helai rasanya.Sebab baju kurung ni jarang untuk umi pakai.

Selebihnya umi akan cari blouse.Jadi senanglah nanti nak pakai untuk kerja sekali kan.Dan selalunya kalau umi beli blouse, beg dan seluar sekalipun, jaranglah umi beli online.Mesti nak ke kedai  untuk tengok sendiri .Yelah, nak juga rasa kualiti kain dan kesesuaian kita memakai. Selalunya bila umi beli blouse untuk raya, umi akan pakai untuk ke tempat kerja jugak.hehehe.

Aeon Jusco Tebrau memang tempat favourite umi untuk cari blouse, handbag atau kasut.Benda boleh beli depan mata, kenapa nak beli online…hahahaha…. Gurau je.

Terus minggu lepas umi ajak babah untuk cari KELENGKAPAN HARI RAYA umi dan babah pulak.Dah-dah ler untuk anak.Dapat sorang sehelai pun dah rasa bersyukur sangat.

Biasalah, kalau cari keperluan umi, memang tak cukup satu kedai.Dari satu kedai ke satu kedai umi cari.Pusing balik tengok mana yang berkenan.Siapa yang macam umi sila angkat tangan. Tu yang ramai lelaki yang dok bersidai tepi kedai tunggu bini shopping…Kah².

Sambil mata melilau tengok sales sana sini, terpandang pulak satu kedai yang tulis SALES Besau² ni. Umi pun ajak ler babah masuk tengok-tengok baju kat YSF Concept Store.

YSF Concept Store Jimat Dengan Raya Sales

Memang betullah YSF Concept Store berpatutan, Tapi…… lagi berpatutan okeh dengan YSF raya sales Serendah RM20.

Bermulalah pencarian umi dengan baju dan hand bag.Semua nak test…Babah layankan jelah bini dia bergambar

Dalam otak tengah kira budget tu..

Seriuslah bila tengok harga murah gitu, semua benda nak try.Dalam tu pun dah berjam-jam.Test sana, test sini.Nasib baik babah nak melayan bini dia.Habis kalau dah semua blouse yang banyak umi berkenan, mau taknya.Bukan takat blouse, seluar, hand bag, jeans dan banyak lagilah sales, Mau umi tak meroyan duduk dalam tu.

 

Ni pun umi nak repeat lagi ke sana, sebab hari tu dah berkenan dengan bag dia yang comel tu, tapi disebabkan teringat-ingat dengan beg tu, haruslah pi repeat lagi ke YSF Concept Store.

YSF Concept Store Jimat Dengan Raya Sales

Korang tengok la, legging dan jeans ladies  kat bawah ni.RM80 korang boleh dapat dua helai.Blouse mereka pun ada yang harga RM39 dan ke atas.

Belum masuk Tshirt lelaki yang harga RM50 boleh dapat 2 dan 3 helai.Short pants 3 helai boleh dapat RM100.Huiihhh…Jimat berbaloi shopping kat YFS Concept Store ni.Seluar Jeans lelaki boleh dapat dengan harga RM30.Lawa-lawa pulak tu kain dia.Mau umi tak meroyan? Rasa nak belikan untuk adik beradik kat kampong tu.Bawak duit RM200 pun dah boleh bawak balik 2-3 beg okeh!!

Benda boleh jimat, kenapa nak membazir kan.Of courselah bila berbelanja di sini, umi dapat jimatkan sikit duit Umi untuk Raya nanti.Sebab dari Budget umi RM300, umi dapat jimatkan dalam RM100 untuk membeli keperluan seperti seluar, baju dan juga hand bag.Lepas tu umi dapat semula RM50 Free Voucher sebab umi Shopping Rm200 ke atas kan.Yeehaaaa…

Haruslah terus grab lagi satu Blouse yang menjadi idaman.Jimat lagi ko!!!  Rupanya Sales kat YSF Concept Store ni dah lama weh.Dari start puasa lagi kan.aduiii..Rugi betul tak beli awal..Kalau tak mesti banyak lagi pilihan.Tapi jangan risau, korang yang nak shopping kat YSF Concept Store ni, banyak lagi pilihan dan warna-warna menarik.So, cepat-cepat ke sini tau.

 

 

 

 

 

Benda boleh jimat, kenapa nak bazir………………

Loading

3 Comments

  1. macam geng2 padini dengan brands outlet kan dia ni…rega pun lebih kurang..berpatutan gitu

  2. Daku macam nak pi rembat color kuning tu jerr heheheh memang berkenan dari haritu …

  3. Lama tak jalan sana. Haish rindu nak jalan jb slalu. Hehe. Murah2 ni. Kalau sempat nanti nak tengoklah. Suami pon tak beli lagi seluar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *