Tips Penyusuan Bayi di Tempat Awam dengan Adrinis Baju Menyusu

Tips Penyusuan Bayi di Tempat Awam dengan Adrinis Baju Menyusu

Tips Penyusuan Bayi di Tempat Awam dengan Adrinis Baju Menyusu | Sebut je pasal menyusu di tempat awam, umi teringat cerita masa umi Breastfeeding dak Naura.

1st baby dan kurang ilmu tentang penyusuan di tempat awam ni, membuatkan umi kadang malas nak menyusukan Naura di tempat awam.Ambil jalan mudah dengan beri dia botol.

Kalau boleh diundurkan balik peristiwa tu, pasti umi akan mencari rakan-rakan yang sama-sama support Breastfeeding baby.Umi mampu breastfeeding dak Naura sehingga umur dia 8 bulan sahaja.

Sebenarnya nak menyusukan anak sehingga umur dia dua tahun, memang banyak ilmu breastfeeding yang kita kena tahu.Yang penting kita ada usaha dan niat ke arah tu.Barulah berjaya menyusukan anak sehingga umur mereka dua tahun.

Kita belajar dari pengalaman kan.Selepas pada tu, walaupun umi dah tak menyusukan Naura, umi tetap membaca perihal ibu-ibu yang menyusukan anak.Banyak tips yang umi baca dan umi kongsi pada adik atau kawan-kawan yang memerlukan sokongan.Dan salah satu darinya adalah TIPS MENYUSUKAN BAYI DI TEMPAT AWAM.Ramai para ibu yang malu-malu untuk menyusukan anak mereka di tempat awam.Walaupun terdapat banyak fasilitis yang diberikan kepada mereka, mereka tetap malu-malu.Sorry guys..buang perasaan malu untuk anak kita.Yang penting kita bukan bogel depan orang pun.Ada je tempat -tempat yang sesuai dan alatan yang memudahkan kita menyusukan anak.Jom baca beberapa tips yang boleh umi kongsikan hasil pembacaan umi di bawah ni.

TIPS MENYUSUKAN BAYI DI TEMPAT AWAM

GUNA NURSING COVER

Kalau umi dulu suka pakai shawl.Bila pakai shawl labuh, dapatlah tutup masa breastfeeding kan Naura.Tak pun beli atau buat Nursing cover dan siap simpan dalam beg bila kita nak kemana-mana.Jadi nak menyusukan anak, tinggal sarung jelah Nursing cover tu.Sekarang pun dah ada alat kendong bayi yang boleh cover juga bila ibu-ibu nak menyusu anak.

GUNA BILIK MENYUSU YANG DISEDIAKAN

Setahu umi, dah banyak shopping complex yang menyediakan bilik/tempat untuk menyusukan baby ni.Tak pun carilah surau yang berdekatan di dalam Mall atau tempat yang terlindung.

KERJASAMA DARI SUAMI

Apa yang penting adalah kerjasama.Mintaklah si suami untuk cover isteri yang sedang menyusukan anak tu.Jangan lari pulak.Kerjasama tu penting tau untuk merealisasikan impian menyusukan anak sehingga dua tahun.

PAKAI PAKAIAN SESUAI UNTUK PENYUSUAN.

Hah! di mana-mana online shopping, mall dan mana-mana kedai lah, semuanya dah menjual pakaian yang sesuai untuk penyusuan.Jadi takde istilah dan alasan tak boleh menyusukan anak.

 

Salah satu Jenama pakaian yang sesuai untuk Penyusuan bayi adalah dari Jenama Adrini’s.

Adrini’s memperkenalkan Inner yang PRAKTIKAL, MULTIFUNCTION, MUDAH, DAN SELESA untuk ibu semua. Dengan adanya Inner menyusu ini Ibu TAK perlu risau lagi ketika ingin menyusukan si comel tercinta. Buka zip dah ada pelapik di bahagian dalam baju tersebut. Ibu-ibu juga tidak perlu asingkan baju-baju biasa, masukkan dalam kotak dan simpan. Sebab? Inner menyusu Adrini’s ni, boleh pakai dengan apa jenis baju sekalipun.

Inner Menyusu, pasangkan dengan Baju Biasa

Tips Penyusuan Bayi di Tempat Awam dengan Adrinis Baju Menyusu
adrini’s inner menyusu

Sekiranya, Ibu pakai baju kurung biasa, tanpa zip dan butang, mesti stress kan bila anak merengak nak susu. Nak-nak time tu tengah makan lauk kenduri. Baju dah cantik-cantik takkan nak selak dari bawah macam tu je kan? Tapi kalau dengan adanya Inner ni, kalau nak selak dari bawah pun tak risau dah. Sebabnya ada lapik kat dalam. Plus Inner menyusu Adrini’s ni labuh. so tak risau nampak perut etc. ( cuma menarik perhatian sikit la kenapa baju tu kat dada pelik ) hehehehehhe

Inner Menyusu, pasangkan dengan Baju Nursing Friendly

Haaa kalau tak nak menarik perhatian, mesti ibu ibu akan mencari baju yang ada zip dan butang kan? yela, nak baju vouge-vouge ni, dari brand-brand terkenal, biasa baju depa ni, berzip or berbutang depan je. Pun tak risau dah kalau nak tarik zip tu. sebab kalau tarik je, ada inner menyusu kat dalam. Praktikal kan? Lepas tu, TAK perlu risau juga bila terlupa nak butangkan or zipkan balik. Betul tak? Betul tak? Haru kalau lupa zip, then takde pelapik tu. Naya je orang cop ibu menyusu ni takde adab.

Dengan Inner menyusu Adrini’s ni, baju berbutang? Baju berzip? or baju biasa pun BUKAN MUSUH Mommy lagi. Dengan Inner Adrini’s, ibu-ibu stress FREE. Worry FREE. Masalah terselak atau terlupa tutup? TIADA LAGI! Ibu pun confident bila nak susukan anak bila-bila dan dimana-mana juga.

 

APA ISTIMEWANYA INNER MENYUSU ADRINI’S?

  • Material yang TAK PANAS DAN #SELESA digunakan. Kami nak mommy rasa selesa walaupun pakai baju dua lapis.
  • Inner Adrini’s juga sangat #PRAKTIKAL and #MULTIFUNCTION. Bukan sahaja sesuai untuk di pakai dengan baju-baju berzip, inner Adrini’s juga boleh di pakai dengan baju-baju biasa.
  • Rasa SECURED bila anak nak menyusu. Sebab ada pelindung dah.
  • Boleh jadi baju tidur tau! Cuaca kat Malaysia ni kan panas. Pakai dengan cardigan je pun boleh.
  • Boleh pakai terus lepas bersalin dengan baju hospital. Nak susukan baby, kan senang. Boleh tengok checklist Hospital kami.

Terdapat pelbagai warna untuk dipadankan dengan blouse dan juga baju korang.

inner menyusu

 

Adrini’s bukan sahaja ada inner menyusu tau.Ibu-ibu yang nak cari baju yang sesuai untuk breastfeeding,maternity wear,dan berkaitan dengan breastfeeding, boleh juga cari di website mereka.Nak tahu details boleh lihat page dan website mereka seperti  di bawah

https://www.instagram.com/adrinisofficial

https://adrinis.com/estore/

https://www.facebook.com/adrinis2u/

 

Loading

1 Comment

  1. Eh Naura masih menyusu badan ke Eda ?
    Untung sekarang dah ada baju nursing macam ni, dan juga bilik penyusuan, kalau dulu, nak menyusu sorok-sorok aje…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *