Makna Rezeki Yang Perlu Kita Tahu | Rezeki datang dalam pelbagai bentuk.Bukan datang dari Wang Ringgit sahaja.
Rezeki itu bukan bermakna kita akan dapat apa yang kita nak.Tapi bila kita terima apa yang Allah beri pada kita.
Umi pasti di kalangan kita belajar tentang sirah mengenai Siti Mariam AS berkahwin tetapi dapat anak.Itu di namakan rezeki.
Lihat pula Sirah Sayyidatina Aishah(ra).Beliau berkahwin namun tak dapat anak.Dan itu pula rezeki beliau.
Allah hantar Nabi Musa (as) ke rumah Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke syurga.Tapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih neraka.
Â
Makna Rezeki Yang Perlu Kita Tahu
Allah swt beri dan tak beri rezeki yang diminta mesti ada sebab musababnya.Kita sebagai hambanya, kena sentiasa berfikiran positif.Kena sentiasa berdoa supaya Allah swt tu berikan rezeki yang baik² untuk kita.
Pelajarilah sesuatu dari kisah-kisah seperti itu. Sungguh. Rezeki masing-masing tak sama. Semua ada jalan ceritanya yang tersendiri! Semuanya untuk menceritakan kehebatan Allah dalam mengatur segala-galanya dengan indah.
Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak, ini bermakna ada tanggungjawab yang dipikul juga. Mudah dapat pahala. Tapi mudah juga dapat dosa.
Yang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas tanggungjawab dan risiko nak menjawab depan Allah nanti.
Jadi, sebelum kita terus mengeluh tentang itu ini, perlu difahami dulu konsep rezeki. Ada, tak semestinya untung. Tak ada, tak semestinya rugi.
Kalau dapat apa kita nak, tak semestinya kita boleh terus bergembira. Kalau tak dapat apa kita nak, tak semestinya kita tak boleh bahagia.
Takdir Allah ini misteri sifatnya. Rahsia Allah dalam perbuatan-Nya. Entah-entah airmata redha yang kamu titiskan dalam mengharung kecewa itulah yang menghanyutkanmu ke syurga.
Jadi…
“Rezeki itu bukan bermakna kita dapat apa kita nak. Tapi bila kita terima apa yang Tuhan beri.”
Ya! Yang penting, kita percaya.. kalau sudah itu takdirmu, itulah yang sebaik-baiknya.
Kita hanya akan bahagia kalau kamu terima.
Percaya dan terima.
Wallahu’alam
Â
Umi Share perkongsian ini untuk diri umi sendiri.Untuk kuatkan hati umi dan terus percaya bahawa rezeki adalah Miliknya.Dialah yang menentukan samada apa yang diberikan kepada kita tu, adalah yang terbaik.
Â
Benar sekali..
Rezeki tu dah tertulis Allah sediakan..
Samaada cepat dengan lambat aje nak dapatnya kan..
rezeki tu Allah beri adil pada sekalian hambaNya kan…syukuri apa yang ada, redha dengan yang tiada…