Surat Terbuka Untuk Wanita

Surat Terbuka Untuk Wanita | Kedudukan wanita disisi islam sangat agung.Islam meletakkan beberapa hukum untuk memelihara wanita.

Salam jumaat korang.Di hari jumaat yang mulia ni, umi nak share hasil pembacaan umi di blog tarbiah sentap yang ditulis oleh Adnin Roslan tentang Wanita.

Wanita walaupun nampak lemah, tetapi dia tetap ada satu sifat yang berani untuk keluarganya.Berani melindungi anak-anak dan suami.Berani mempertahankan apa jua rintangan yang datang untuk diri dan keluarganya.

Sungguh special insan yang bernama wanita kan.Surat terbuka buat wanita ni, betul-betul buat umi sentap.Semoga Allah swt sentiasa bukakan hati umi untuk menjadi wanita yang lebih baik dan seorang isteri yang lebih baik disisi Islam.Cuba untuk menutup pintu kekhilafan yang lama dan membuka pintu ke jalan Allah swt.Moga Allah permudahkan urusan umi nanti.Jom umi kongsikan surat terbuka untuk wanita yang ditulis oleh beliau.

 

WANITA DISISI ISLAM

Kedudukan wanita di sisi islam, sangat agung. Ya, sangat agung. Kerana agungnya wanita, Islam meletakkan beberapa hukum untuk memelihara wanita itu sendiri! Seperti aurat misalnya. Bayangkan, hari kita rasa nak pakai seksi-seksi, bajet lawa dan sweet, post kat FB, instagram bagai, buat muka gedik, kembung pipi, dengan make up yang gerun, dan sebagainya.

Kemudian, apabila di tegur, ada yang melenting, benci, bengang, tak boleh terima, meroyan, dendam, buruk sangka pada orang yang menegur dan sebagainya.

Tahukah korang, hukum aurat yang Allah perintahkan, adalah untuk memelihara golongan perempuan! Kerana Allah sayang korang! Kerana Allah cinta korang! Tapi, apakah yang kita fikir? Apakah yang kita fikir?! Apakah kita menghargai kasih-sayang Allah, atau kita rasa benci dengan Allah, kita menganggap ianya seperti mengongkong kebebasan korang?

Hari ni, ada orang perempuan fikir yang islam ni banyak menzalimi dan mendikriminasikan wanita. Mungkin kerana mereka bandingkan diri mereka dengan orang kafir barat yang kelihatan bebas dan seronok. Namun, apa guna bebas dan seronok tapi masuk neraka? Korang ingat, orang kafir yang “kelihatan seperti bahagia dengan kebebasan” tu, tenang ke hidup mereka?

Tahukah korang? Di celah-celah kebebasan yang KONON-KONONNYA menyeronokkan, hakikatnya mereka semua hidup dalam keadaan tertekan, stress, hidup dalam ketakutan dan menyeksakan? Tahukah korang, apakah HASIL kita MENOLAK KASIH-SAYANG ALLAH dengan memandang hina perintah menutup aurat, lantas membuka aurat dengan bangganya? Tahukah korang, apa hasilnya?

Di India, kes perempuan di rogol sebanyak  1,64,630.

Di Amerika, kes perempuan di rogol sebanyak  11,877,218.

Di Russia, kes perempuan di rogol sebanyak 2,952,370.

Di Jerman, kes perempuan di rogol sebanyak 6,507,394.

Di United Kingdom, kes perempuan di rogol sebanyak 6,523,706.

Di France, kes perempuan di rogol sebanyak  3,771,850.

Di Jepun, kes perempuan di rogol sebanyak 2,853,739.

Di South Africa, kes perempuan di rogol sebanyak 2,683,849.

Di Italy, kes perempuan di rogol sebanyak 2,231,550.

Dan di Canada, kes perempuan di rogol sebanyak 2,516,918.

Inilah KEBEBASAN yang mereka dambakan, yang mana pada akhirnya, ia membuahkan kepada penyeksaan. Takkan itu yang kita mahu?

Tetapi, kerana kasih-sayang Allah pada kalian wahai wanita, Allah wajibkan kalian menutup aurat, memakai pakaian yang menepati syariat islam, dengan sempurna! Semata-mata untuk selamatkan korang dari “kebebasan yang membawa kepada kehancuran”. Bayangkan, kena rogol, lepas tu mengandung, orang pandang serong, semua benci kita, kita down dan rasa putus harapan, kemudian ada yang tak tahan lantas bunuh diri. Semuanya kerana kita tak menghargai kasih-sayang Allah.

Kerana, di sisi Allah, wanita itu sangat mulia. Lahirnya para nabi, adalah dengan hasil dirikan seorang ibu. Lahirnya pejuang-pejuang islam, adalah hasil didikan ibunya. 4 Khalifah, Abu Bakar, Umar, Uthman, dan Ali, andai kita soroti sirah tentang proses pengislaman mereka, nescaya kita akan terkejut, bahawa, keempat-empat mereka masuk islam berpunca dari dakwah dan pujukan WANITA, samada dari ibunya, adik beradiknya atau isteri!

Mungkin, kisah yang terkenal dan semua tahu, Umar Alkhattab, masuk islam, asbab adik wanitanya!

Namun, entah kenapa, ramai wanita akhirnya memilih untuk menjadi hina, berbanding menjadi mulia. Bahkan, ada yang mencari kemuliaan itu dengan selain islam, sedangkan, MULIANYA WANITA KERANA ISLAM.

Saya ulang:

“Ramai wanita akhirnya memilih untuk menjadi hina, berbanding menjadi mulia. Bahkan, ada yang mencari kemuliaan itu dengan selain islam, sedangkan, MULIANYA WANITA KERANA ISLAM…”

 

NAK BERUBAH JADI SOLEHAH

Saya kira, sangat ramai perempuan yang nak berubah. Sangat ramai perempuan yang nak jadi solehah, yang mahu menuju kea rah kebaikan dan kembali pada islam. Sangat ramai. Cuma, kadang-kadang, sebahagian dari korang seakan-akan TAK NAMPAK apakah jalan yang terbaik untuk jadi wanita solehah.

Macamana nak jadi solehah? Nak mula dari mana? Solehah tu di nilai dari sudut apa? Boleh tak ini, boleh tak itu, dan macam-macam persoalan timbul, yang mana akhirnya, semangat korang untuk berubah tu jadi down, dan akhirnya terus malas.

Maka, fokus tulisan saya pada kali ini hakikatnya tentang isu ini. Saya akan huraikan dengan mudah, agar sama-sama kembali semangat, Nampak JALAN dan langkah-langkah yang sepatutnya di lakukan, bagi perempuan-perempuan yang nak berubah. Moga bermanfaat!

 

PEREMPUAN YANG MENUTUP AURAT

Secara kasarnya, saya klasifikasikan perempuan yang menutup aurat dengan sempurna ni kepada 4 golongan(mungkin ada banyak golongan, tapi saya fokuskan kepada 4 golongan ni):

1)Pakai tudung labuh, tapi takde sifat malu.

2)Pakai tudung labuh tapi ada sifat malu.

3)Pakai tudung labuh dan purdah tapi takde sifat malu.

4)pakai tudung labuh dan purdah tapi ada sifat malu.

Yang terbaik adalah yang nombor keempat, semestinya.

 

ISU MALUNYA SEORANG WANITA

1)SIFAT malu adalah satu kewajipan bagi seorang beriman, lebih-lebih  lagi wanita. Lagi tinggi sifat malu seseorang, lagi tinggilah darjatnya di sisi allah. Lagi rendah sifat malu yg ada pada seseorang, lagi rendahlah darjatnya di sisi Allah.


2)Wanita yang menghiasi diri dengan sifat malu ni, macamana? Maka saya boleh nyatakan beberapa nilaian ZAHIR agar sama-sama korang boleh muhasabah semula, adakah ia wujud dalam diri korang:
a)Seorang wanita yang ada sifat MALU itu takkan bercakap dengan lelaki bukan mahramnya melainkan perkara yg betul-betul mustahak sahaja, serta mnjaga adab-adabnya.
b)Seorang wanita itu akan malu untuk MENINGGIKAN SUARANYA atau melunakkan suaranya di hadapan lelaki. Hari ni, kat sekolah misalnya, dalam kelas, ada certain kelas yang perempuan lagi bising dari laki, gelak-gelak, gedik-gedik, dan bersembang sesame mereka dengan kuat, tanpa ada rasa sedikitpun rasa malu. Apakah ini? Sama-samalah muhasabah.
c)Seorang wanita itu akan malu untuk BERCERITA tentang lelaki, samada artis korea/jepun/barat/melayu dan lain-lain, pelakon dan yang sama waktu dengannya, atau tentang kawan lakinya , crush, dan yg sama waktu dengannya. Perempuan solehah akan rasa MALU  nak buat macam tu!
d)Seorang wanita akan JUAL MAHAL dan tak mudah terpikat dengan godaan cinta, dan tidak ada masa untuk fikir tentang cinta cinta ni, melainkan ketika betul-betul sudah bersedia untuk kahwin dan menggunakan jalan yang betul utk berkahwin.

Nak kahwin ni, ada adab yang islam ajar. Sunnahnya adalah dengan menggunakan ORANG TENGAH. Seperti mana khadijah yang ingin melamar baginda dengan menggunkan orang tengah iaitu Maisarah, seperti tu juga kita seeloknya kalau nak lamar seseorang, guna orang tengah! Itulah lambang MALU!

e)Seorang wanita tu akan MALU untuk SELFIE dan menayangkan gambar-gambarnya samada berpurdah atau tak di alam maya, kerana dia sedar akan berlaku pelbagai fitnah. Melainkan kalau dia dah pastikan bahawa tiada lelaki follow/friend, serta mereka privatekan gambar-gambar mereka untuk tontonan umum wanita sahaja. Better tak payah letak langsung. Ia lebih dekat dengan taqwa!
f)Seorang wanita akan rasa malu untuk meminati artis-artis(obsess), melihat drama-dram korea jepun hindustan, runningman, cerita barat dan yang sama waktu dengannya, kerana dia SEDAR, perkara itu akan merosakkan hatinya.

ISU PURDAH?


Ada hari ni, perempuan yang nak berubah, mereka terus nampak NAK UBAH PERKARA BESAR. Yang mana, akhirnya, dia sendiri akan rasa BEBAN akan perkara itu, dan lama-kelamaan menjadi benci akan perkara itu, lantaran membenci tuntutan agama, hanya semata-mata mereka belum cukup persediaan. Saya bagi contoh mudah, isu PURDAH.
Ada yang bila dia nak berubah, apa yang dia fikir kat kepala otak dia, ialah perkara pertama sekali ialah KENA PAKAI PURDAH! Pakai purdah di kira baik dan solehah! Kerana itu, saya kemukakan 4 golongan wanita yang menutup aurat sebentar tadi. Kerana saya nak nyatakan bahawa, MALU ADALAH TANDA KEMULIAAN bagi seorang wanita! Saya ulang:
“Malu adalah tanda kemuliaan seorang wanita!”

Bukan nak kata salah pakai purdah. Bahkan, yang terbaik ialah memakai purdah serta menghiasi diri dengan sifat MALU! Cuma, saya nak kemukakan beberapa perkara tentang isu purdah ni, agar kita sama-sama JELAS, kemudian MUHASABAHLAH kembali diri kita. Saya kemukakan TIGA kompenan ASAS dalam membincangkan isu ini:
1)Tutup aurat sempurna (menutup dada, bahu, pakai longgar, pakai stongan, tak pakai baju yg warnaya tertarik) adalah satu KEWAJIPAN.2)menghias diri dgn sifat MALU adalah satu KEWAJIPAN.3)Berpurdah adalah perkara SUNAT.
Setelah kita FAHAM dan JELAS akan 3 kompenan ASAS ni, maka, sekali lagi saya nak utarakan beberapa perkara:
a)Bila kita dah faham konteks di atas, kita kena pandai LETAK KEUTAMAAN. Saya bagi contoh:
-Kalau kita berpurdah, tapi sifat malu seorang wanita(seperti yg saya garis di atas) masih kita tak jaga, maka apakah nilai purdah? kerana, purdah adalah perkara sunat, tapi MALU adalah satu kewajipan!
-Kalau kita tak berpurdah tetapi kita jaga sifat MALU, kita lebih mulia berbanding dengan orang yang berpurdah.

-kalau kita berpurdah, dan pada masa yg sama kita menjaga sifat MALU, maka itulah yg sebenarnya islam mahu! dan itulah yg terbaik!
b)SAYA NYATAKAN isu KEUTAMAAN adalah kerana, antara cara syaitan ingin menghancurkan manusia ialah dengan dia mengkaburkan kita semua tentang keutamaan. Yang mana akhirnya, kita akan terabur. Benda yang sunat kita utamakan lebih dari yg wajib, benda yang tak penting kita buat dan fokus, tapi benda penting kita abai.
Seolah-olah, kita ni semangat gila bapak bab-bab qiamullail, solat dhuha dan solat-solat sunat yang lain. Tapi, solat yang FARDHU kita tinggalkan. Apakah?
DALAM ISU ini pula, menghiasi diri dengan sifat MALU adalah lebih UTAMA dari berpurdah. Kerana, takut-takut, akhirnya, tanpa sifat MALU, purdah itu sendiri akan mnjadi fitnah kepada kita!

Saya pernah lawat sebuah sekolah, wanita di sekolah itu semuanya berpurdah, tetapi mereka seolah-olah tidak menunjukkan sifat malu yg sepatutnya di pamerkan oleh orang yang berpurdah.
Mereka kebanyakannya gedik, tak jaga pandangan, couple, dan sebagainya. Mungkin dia berpurdah kerana peraturan sekolah dan tak ikhlas.. Hati-hatilah.
******
Dari sudut DAKWAH pula, saya ingin nyatakan beberapa pendapat:

1)Dakwah itu wajib. Menjaga ukhwah itu wajib. Berpurdah itu sunat. Maka, andai kita berpurdah itu menyebabkan dakwah dan ukhwah semakin maju dan erat, maka berpurdahlah. Tapi kalau berlaku sebaliknya (means kita di kutuk shingga kita tak mampu nak tahan dan akhirnya dakwah kita tinggalkan), atau semua orang LARI dari dakwah kita lantaran kejahilan mereka, maka, tak perlu berpurdah. Kerana kita kena utama yg WAJIB.

2) Tak ramai org tertarik dengan purdah kita. Tapi ramai orang tertarik dengan AKHLAK kita. Jagalah akhlak, jagalah sifat malu. Andai anda seorang yag berpurdah dan menjaga akhlak, anda adalah org yg amat hebat!

3) RAMAI orang yang berpurdah, tak tahan berpurdah, kerana NIAT dia berpurdah itu salah. Seorang ulama berkata:

الفتور بعد المجاهدة من فساد اﻹبتداء

“Putus asa selepas bersungguh-sungguh adalah kerana permulaan yang silap….”

MUNGKIN dia nakkan pujian, mungkin dia terpaksa, mungkin dia nak tutup aib dia,  mungkin sebab dia tak nak kena kutuk, mungkin sebab dia nak di pandang baik.

MAKA, di sebabkan NIAT yang salah, sebab tu kita mudah lemah semangat. Kena kutuk sikit, dah down. Kena ejek sikit, dah tertekan.

CHECK SEMULA NIAT!

PESANAN KHUSUS

Akhir sekali, saya nak pesan kepada wanita-wanita yang nak berubah dgn beberapa pesanan:

1)berubahlah secara beransur-ansur. Itulah sunnah dalam perubahan.

2)Kalau kamu rasa nak berubah dan nak jadi wanita solehah, tak semestinya caranya ialah pakai purdah. Kalau kamu TERUS pakai purdah, kamu sendiri akan tertekan dengan pelbagai tohmahan walaupun benda yg kamu buat itu betul.

UTAMAKANLAH untuk ubah sikap kurang malu kepada pemalu, kurang akhlak kepada berakhlak, kerana itu adalah perkara WAJIB. Sedang purdah itu sunat. Jaga keutamaan. Andai tidak, kita telah berada di dalam tipu daya iblis dan syaitan.

3)kalau kamu smua IKHLAS nak berubah, dan mahu mengikut SUNNAH dalam perubahan, maka ubahlah secara beransur-ansur. Maka saya nasihatkan, MULAKAN DENGAN ubab akhlak kamu, tinggikan sifat MALU kamu(seperi yg saya nyatakan di atas). Kerana itu semua adalah PENGUAT DIRI KITA untuk ISTIQOMAH dalam perubahan.

4)Akhir sekali, kalau kamu betul-betul dah yakin dan kuat, maka tawakkal pada allah, berpurdahlah. Moga allah bagi kalian syurga! Kepada yang sudah berpurdah, saya tak kata salah dan perlu tanggalkan purdah. Saya cuma merayu agar kalian TAMBAHKAN sifat malu seperti yang saya nyatakan di atas tadi. Kerana itulah neraca kemuliaan harga diri kalian.

*****

PENUTUP

Jadilah wanita yang tidak baik pada luarannya sahaja, tetapi baik juga dalamannya.

Saya akhiri dgn sebuah kata-kata untuk semua:

“Apabila DALAMAN kita kuat, nescaya kita akan istiqomah dan kuat untuk memperbaiki LUARAN….”

Teruskanlah menutup aurat, kerana PAKAIAN adalah PERISAI diri kita dari melakukan maksiat. Bila kita tutup aurat, Allah akan campak rasa malu untuk kita buat dosa.

sentap ke tidak? insyallah, ada masa lagi untuk kita berubah.Nak berubah jangan ada sifat tangguh.Sebab sifat tangguh tulah, buatkan kita tak boleh nak berubah.wallahualam


(Visited 7 times, 1 visits today)

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.