10 Koleksi Resepi Masakan Thai Simple dan Sedap | Nak sampai ke 30 hari sampai buntu tak tau nak masak apa kan? Kadang-kadang lauk yang sama je dalam satu minggu.
Umi kongsikan 10 koleksi resepi masakan thai simple dan sedap supaya lepas ni kalau takde idea lagi nak memasak, boleh rujuk entry ni.Koleksi resepi masakan thai ni umi ambil dari Page berbuka Puasa Apa Hari ni.
Antara masakan yang umi pernah masak diambil dari grp ni.Memang banyaklah resepi yang dikongsikan oleh ahli-ahli di dalamnya.
Tak dinafikan masakan thai sangatlah menepati citarasa orang melayu kita.Dan yang paling umi suka adalah Tomyam Pokteh dan juga kerabu sotong.memang mudahlah nak buat.
Sebelum tu umi buat list untuk korang 10 menu yang umi tulis dibawah,korang hanya perlu klik mana-mana resepi yang korang nak dan terus kepada resepi penuh menu tersebut ye.
Jom kita mulakan dengan menu-menu ini
10 KOLEKSI RESEPI MASAKAN THAI SIMPLE DAN SEDAP
- Phad Phed Ayam
- Sup Ayam Thai
- kerabu Seafood Ala Thai
- Ayam Serai Thai
- Mee Celup Ala Thai
- Tomyam Poktek Thailand
- kari ayam hijau
- Kengsom Thai
- Hormhok
- Thai Nam Jim Sauce
Jom lihat menu penuh untuk 10 koleksi resepi masakan thai simple dan sedap ni untuk korang prepare menu berbuka puasa nanti ye.Banyak lagi menu-menu yang korang boleh follow Just tekan Resepi di Menu tab di atas
#1 RESEPI PHAD PHED AYAM
Bahan-bahan
Ayam 1/2 ekor potong kecik2..
Blend halus;
Bawang besar 1-2 biji
Bawang putih 6 ulas
Serai 3 batang
Lengkuas 1 cm
Halia 1 inchi
Cilipadi kampung 15 biji (lebih kalau nak pedas)
Cili kering 6-7 btg (potong2 tak payah rendam)
Kunyit hidup 1 inci
Belacan 1 cm
Bahan lain;
Daun limau purut 5 helai
Asam keping 1
Garam, gula
Kacang panjang
Cara membuatnya
Tumis bahan blend smpai pecah minyak, masuk asam keping, daun limau purut… masukkan ayam gaul rata, tutup kuali sekejap untuk bagi ayam masak.. perasakan, biarkan hingga ayam masak, sebelum tutup api masukkan kacang panjang..
Cdt ahmad shinoda
#2 RESEPI SUP AYAM THAI
Bahan-bahan:
1/4 Ayam dipotong kecil
1 batang serai (dititik)
1 inci lengkuas (dititik)
1 batang saleri (dipotong serong)
Sedikit lobak merah (dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
1 batang akar daun ketumbar (basuh bersih)
3-4 biji cili padi (dipotong)
Rempah tumis (bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, kayu manis)
1/2 bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang merah (kisar)
1 ulas bawang putih (kisar)
1 inci halia (kisar)
Sedikit sos ikan
1 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu besar serbuk jintan manis
1/2 sudu besar serbuk jintan putih
Air secukupnya
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Daun ketumbar dan daun bawang (dihiris)
Bawang goreng
Limau nipis
Cara-cara:
- Panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang dikisar sehingga naik bau.Masukkan sekali serai, rempah tumis, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih sehingga agak pecah minyak sedikit.
- Kemudian masukkan air secukupnya untuk kuah.Masukkan ayam dan biarkan mendidih sehingga ayam masak
- Masukkan garam, serbuk perasa dan sos ikan sehingga menepati rasa tersendiri.Kemudian masukkan cili padi, bawang besar dan tomato. Siap, boleh padamkan api.
Hidangkan dengan taburkan daun ketumbar serta daun bawang, bawang goreng dan perahkan limau nipis.
Cdt ahmad shukri amiruddin
#3 RESEPI KERABU SEAFOOD ALA THAI
BAHAN-BAHAN
- 1kg kerang -Masak sampai kerang terbuka, terus keluarkan.Tapi san rendam dalam air ais.Separuh dikupas isi dan separuh dibuang sebelah kulitnya
- 1/2 kg udang – kupas kulit
- 1/2 kg sotong – buang kulit, dihiris kecil.Rebus seketika kemudian tos dan rendam dalam air ais.
Toskan semua bahan hingga hilang air.Bahan-bahan ini jangan masak terlalu lama untuk mengelakkan seafood keras.
- Suku cawan air belacan
- Suku cawan air perahan limau nipis
- suku cawan sos ikan
- suku cawan cuka
- suku cawan air asam jawa
- garam
- 10 biji cili padi-ikut kepedasan korang ye
- 10 ulas bawang putih
- 10 ulas bawang merah
- Tomato
Cara membuatnya
Tumbuk kasar bawang putih, bawang merah dan tomato.Campurkan kesemua bahan dan seafood.Rasa cukup masam masin dan manis, siap untuk dihidangkan.
#4 RESEPI AYAM SERAI THAI
Bahan Bahan :
- 6 kepak ayam, buang hujung sayap
- 1tsp serbuk kunyit
- sedikit garam
Gaulkan semua bahan di atas, goreng hingga masak tapi jangan terlalu garing
Bahan Sambal ;
2 batang serai di ketuk
5 helai daun limau purut, buang tengahnya gunting halus
1 sudu makan sos seafood
1 sudu makan sos ikan
1 kiub pati ayam
Gula secukupnya
1 biji limau kasturi, ambil.jusnya
Kisar :
5 cili besar
6 cili padi
3 bawang putih
4 bawang merah
CARA PENYEDIAAN :
- Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.Masukkan serai dan daun limau purut.
- Kacau rata dan masukkan kiub ayam.Masukkan sos ikan, sos seafood gula dan perahan air limau kasturi
- Kacau rata dan masukkan ayam yang digoreng tadi,
- Tambahkan 1/2 cawan air dan masak lagi hingga pecah minyak.
- Tutup api dan sedia untuk dihidangkan
#5 RESEPI MEE CELUP ALA THAI
Bahan – bahannya sup,
* 2 kilo tulang + daging + perut
* rempah sup bunjut dan pekakas (kak rat beli yang siap pakej untuk daging tu 2 supit)
* akar ketumbar
* bawang putih goreng (beli sesiap nak goreng pon boley)
* lada hitam satu sudu besar
* halia 2 inci
* lengkuas seinci
* 4 sudu sos ikan
* 4 sudu kicap – kak rat letak kicap adabi lemak manis
* Serbuk lada sulah thai
Bahan- bahan lain,
* Mee/bihun/kueteaw
* Serbuk lada
* Daun sup, daun bawang
* kacang goreng
* Bawang goreng
* Lobak masin
* Limau nipis
* Sawi/taugeh/kangkung
* Lada besar hijau nak buat jeruk
Cara – caranya,
1. Rebus tulang, daging dan perut hingga empuk dalam periuk 32 cm, isi air separuh.
2. Lepaa tu masukkan pekakas sup bunjut tulang adabi.
3. Tumbuk akar ketumbar dan lada hitam. Masukkan dalam periuk bersama bawang putih.
4. Masukkan halia, lengkuas, kicap, sos ikan. Perasakan dengan garam dan gula. Pastu letak lada sulah.
5. Lastly, boh taugeh. Baru bau die terangkat. Lain cikep rasanya kalau boh taugeh taw.
6. Biarkan sup mereneh dan meresap dalam daging. Perasakan semula jika tak cukup rasa ya. Tambah ajinomoto jika suka.
Bahan – bahan tambahan,
1. Jeruk lada (kak rat buat sendiri boh cuka dan sedikit garam sahaja)
2. Air lada (kak rat boh cuka + sos ikan + garam dan gula pastu blend)
#6 RESEPI TOMYAM POKTEK THAILAND
Bahan-bahan :
20 ekor udang
2 ekor ketam
5 ekor sotong
80ml santan/susu cair
3 biji bawang besar (Di hiris)
3 biji bawang putih (Di ketuk)
1/2 inci halia (Di ketuk)
1/2 inci lengkuas (Di ketuk)
3 batang serai (Di titik)
4 helai daun limau purut
2 keping asam keping
1 biji limau nipis
10 biji cili padi
4 sudu paste tomyam
4 sudu tomato puri
5 batang jagung muda
2 batang cili kering
1 1/2 batang Lobak merah
2 biji Tomato
3 ulas Kobis bunga
Sedikit Daun ketumbar (Di tabur)
Sedikit Garam
Sedikit Gula
Cara-cara :
1) Didihkan air di atas periuk dan masukkan paste tomyam & tomato puri.
2) Gaul sebati dan terus masukkan bawang, halia, asam keping, lengkuas, cili padi, cili kering & serai. Masukkan garam & gula untuk menambah rasa.
3) Masukkan ketam, udang & sotong kedalam masakkan. Kemudian daun limau purut, tomato, lobak merah, bunga kobis & jagung muda.
4) Letakkan santan/susu cair untuk melemakkan kuah. Jangan masak terlalu lama kerana takut ianya pecah minyak.
5) Tuang tomyam di dalam mangkuk. taburkan daun ketumbar yg telah dihiris serta perah sedikit limau nipis untuk menyedapkan rasa.
Note : Tujuan menyiapkan kuah terlebih dahulu untuk mengelakkan bahan-bahan basah overcooked.
Cdt resepi orang kampung.
#7 RESEPI KARI AYAM HIJAU
Bahan-bahan
1 batang serai, hiris halus
4 biji cili hijau (boleh tambah cili padi jika suka pedas)
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1/2 inci halia
1 pokok daun ketumbar, bersama akarnya dicuci bersih
1 genggam daun selasih
1/2 camca teh serbuk jintan manis
1 camca teh serbuk ketumbar
1/2 camca teh serbuk lada sulah
3 camca besar sos ikan
1 inci belacan, dibakar
2 camca besar jus limau nipis
1 camca besar gula melaka
4 camca besar santan
Sedikit air
Bahan-bahan kari hijau Thai
1/2 ekor ayam, potong ikut suka, cuci dan toskan
3/4 cawan tepung pipit
1 biji tomato, dibelah 6
1/4 biji traffic light capsicum (merah, hijau dan kuning) didadu besar
2 batang serai, diketuk
4 helai daun limau purut
10 biji cili padi, diketuk
Pes kari hijau secukupnya (lihat resepi di bawah)
300 ml pati santan
Air secukupnya
1 kiub pati ayam (optional)
Jus limau nipis secukup rasa
Sos ikan secukup rasa
Sedikit gula
1 genggam daun selasih
Cara mambuatnya
Untuk pes rempah kari hijau Thai :
Kisar halus semua bahan2 untuk rempah kari hijau Thai.
Panaskan minyak dalam kuali tumis bahan2 rempah yang dikisar tadi hingga garing dan terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
Bila rempah garing dan terbit minyak, boleh matikan api. Biar sejuk dan boleh simpan dalam botol untuk kegunaan kemudian..
Untuk kari hijau Thai :
Panaskan 4 camca besar minyak dalam periuk, tumis serai hingga harum, masukkan pes rempah secukupnya.
Masukkan ayam dan terung pipit. Gaul rata2 dan masak hingga ayam kecut. Tuang air secukupnya (hingga ayam tenggelam), kacau dan biar mendidih hingga terung pipit dan ayam empuk.
Masukkan traffic light capsium, cili padi yang diketuk dan pati santan. Kacau rata, perasakan dengan sos ikan secukupnya dan sedikit gula.
Masukkan jus limau nipis sedikit dahulu, kacau dan rasa jika suka lebih rasa masam, baru ditambah lagi.
Biar mendidih dengan api sederhana dan dikacau selalu. Akhir sekali masukkan daun selasih, kacau dan matikan api. Hidangkan bersama nasi putih..
Selamat mencuba…
Cdt resepi masak ayamm
#8 RESEPI SIAKAP KENGSOM
Bahan-Bahannya
- Ikan Siakap
- 1 biji bawang besar *
- 3 biji bawang kecil*
- 2 biji bawang putih*
- 5- batang cili padi (ikut nak pedas macam mana*
- Belacan*
- 2-3 hiris nenas (umi suka yang masak)
- Kangkung
- perahan limau nipis
- Perasa gula dan garam
Cara membuatnya
Blend semua bahan yang bertanda * . Kemudian masukkan ikan ke dalam periuk.Masukkan air dan masukkan kesemua bahan yang di blend tu.Agak-agak dah nak masak tu, masukkan nenas dan juga kangkung.Perasakan dengan garam dan gula serta masukkan perahan limau.Ikut tahap mana korang nak masam.
Dan biarkan mendidih dan boleh tutup api.Siappp..
#9 RESEPI HORMHOK
BAHAN-BAHAN:
200gm isi ikan tenggiri
1 sudu makan pes kari merah (seperti diatas)
150gm santan
2 sudu teh sos ikan
1 sudu teh gula
1 biji telur
3-5 helai daun limau purut dihiris nipis
50gm kubis bulat | dihiris halus
10-15 helai daun selasih Thai (sweet basil)
1 biji cili merah (untuk hiasan)
Daun pisang untuk bentukan mangkuk
CARA MEMASAK:
Masukkan isi ikan tenggiri, telur, pes kari merah, sos ikan, gula dan santan dalam bekas.
Kacau rata dan sebati.Seterusnya masukkan hirisan kubis, daun selasih dan sedikit daun limau purut di tapak mangkuk daun pisang.
Masukkan isi ikan yang telah digaul sebati sehingga ¾ mangkuk.
Kukus selama 10-15 minit.
Sebelum hidang letak sedikit baki santan diatas permukaan Hormhok dan hias dengan sedikit limau purut dan cili merah di atasnya.
Sajian malaysia by mak siti
#10 RESEPI THAI NAM JIM SAUCE
Bahan-Bahan
1 atau 3/4 cwn lompang Fish Sauce/nam pla
1 cwn lompang Palm sugar (saya guna brown sugar (lebihkan dr dlm gambar)
1 cwn lompang Lime juice/jus limau nipis
1 cwn lompang air
Chicken stock sket
Cili Api
Bawang Putih
Daun ketumbar (potong)
Tumbuk kasar semua bahan kering & masukkan bahan basah , kacau sebati
Atau Masuk semua dlm blender & kisar 2 saat stop & kisar 2 saat lg & stop buat bbrp kali tp jgn sampai hancur sgt
Pastu korang rasa la masam manis masin bg balance … Buka jer tudung blender tu fuhhh terus kecur .. 😝
Kalo ikut btul2 dlm gambar mmg dah ok rasa ikut selera aii ler ☺️☺️😍 sedap mkn dgn seafood bakar/stim…cicah ayam/daging pun sedap.
kredit : Afieza Ariffin
Itu antara 10 koleksi resepi makanan thai yang umi listkan dalam blog ni.Ada kerajinan lagi umi share.Koleksi resepi ni bukanlah dari umi ye.Umi kumpulkan untuk memudahkan pencarian resepi.