ZUS COFFEE BARU KALI NI MENCUBA

First time dengar pasal Zus Coffee bila Pelakon Ben Amir menjadi Duta pada minum coffee ni.Memandangkan kat sini belum ada lagi Zus cofffee ni, jadi kita peram dulu niat nak mencuba tu.

 

Agak lama jugaklah nak merasa.Hari tu kebetulan umi ambil adik yang duduk di Bandar Dato On, on the way nak balik tu kami lalu jalan dalam.Jadi dapatlah singgah ke ZUS COFFEE ni.

Masa tu umi tak masuk sebab malas nak terjah kepanasan. jadi umi wakilkan adik umi jelah untuk beli coffee tu untuk umi.

 

Masa adik masuk tu menu macam tak banyak.Tapi di tapau jugaklah spaghetti tak silap umi.Takpelah, janji kopi umi ada.Kalau boleh hari-hari nak pekena coffee ni.Sejak-sejak dah ada penyakit Thyroid ni dah tak boleh selalu.Kalau salah minum kang, mulalah badan tu shaking je.Tu yang kena makan ubat sampai 6 biji tu.Kiranya Thyroid umi tinggilah kalau ikutkan.Next appointment tak taulah macam mana.Risau gak lah kan

Jadi kena kurangkan.Jadi dah alang-alang lalu tu kan, beli la satu untuk rasa.

zuss coffee

3 Jenis coffee.Eh silap, yang adik punya yang warna hijau tu tak silap umi green tea,Yang umi punya tu Espresso Frape dan adik sorang lagi tak silap umi latte.

Semua umi rasa.Boleh tahan..Sedap ni.Jadi bolehlah repeat lagi.Sejak budak berdua tu dah bekerja umi dah tak boleh ler nak berjalan lagi.Kalau tak call je bebudak ni, sampai je rumah.Ajak la nak gi mana, diorang on je.Janji kakak dia belanja.Haish!!

 

Kalau ikut hati nak order lagi satu je bawak balik.Kang malam tak boleh nak tidur pulak.Jadi kita lupakan niat nak membeli lagi.Cukuplah tu ye.

Harap diorang ni dapatlah bukak cawangan mereka di Pasir Gudang ni.Mesti ramai peminat kopi dia.Termasuklah umi kan..hahahaha

Haish..Risau kang selalu umi ke sana kang.hahaha..Takpelah mungkin nanti diorang bukak la tu,Yelah, sekarang pun kalau nak bukak, tengah pkp macam ni sales tak naik.Jadi merugikan je kan.

 

 

siti Rohaida

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

4 thoughts on “ZUS COFFEE BARU KALI NI MENCUBA

  • August 4, 2021 at 9:24 am
    Permalink

    Ben amir ke bancuh coffee tu kak?

  • August 4, 2021 at 10:31 am
    Permalink

    Lamanya aku tak minum segala kopi bancuh di cafe… last beli mcCafe latte lepas cucuk vaksin tu.. sekarang memang bantai arissto je kat rumah no sugar.. sampai dah lupa rasa coffee cafe oii hahahahaha..

  • August 4, 2021 at 10:29 pm
    Permalink

    haduii..dah lama tak mengopi kat luar kan sis..kita punya aristo dah masuk kotak..dah tak beli dah dia punya peket tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *