ZIKIR YA BARIQ UNTUK MEMUDAHKAN SEGALA URUSAN

ZIKIR YA BARIQ UNTUK MEMUDAHKAN SEGALA URUSAN | Inilah antara zikir yang diajar oleh Ustazah Asma’ Harun dalam ceramah beliau dahulu.

Bacaan Zikir ini dilakukan pada setiap pagi selepas waktu subuh atau sebelum subuh atau pada bila-bila masa sahaja seawal pagi.Selain dari zikir pembuka rezeki yang lain, zikir ini juga perlu kita amalkan.

Mengikut ustazah Asma Harun, ada satu zikir yang apabila di amalkan selepas subuh, selepas berdoa.. insya Allah akan memakbulkan apa yang kita doakan tersebut. Apakah zikir tersebut? Iaitu ALLAHUMMA YAA BAARIK. Kerana Allah yang Maha Perancang, Pengatur kehidupan kita. Kita serahkan seluruh urusan kita sepanjang 24 jam itu di tangan Allah.Itu adalah kelebihan apabila kita mengamalkan zikir ini setiap hari.
 
Ramai yang mengamalkan zikir ini yang dibaca setiap pagi selepas subuh sebanyak 40 kali.Insyallah bila kita amalkannya, semua urusan kita sepanjang hari itu semuanya terancang,Jadi apa yang baik kita cuba amalkan dan menjadi amalan yang baik yang perlu kita lakukan setiap hari.
 

MAKSUD YA BARIQ

Ya Bariq adalah salah satu daripada 99 nama ALlah yang bermaksud “YANG MAHA MERANCANG”.Ya Bariq Yang maha merancang dan mengatur kejadian alam, merancang kehidupan manusia dan perjalanan seluruh makhluk di dunia ini.Sesungguhnya perancangan dan pengaturanNya sangat hebat dan cukup sempurna.

YA ALLAH YA BARIQ ALLAH YANG MAHA MERANCANG

Ya Allah Ya Bariq Yang Maha merancang, Engkaulah yang merancang dan mengatur kejadian alam ini.Engkau tuhan kami yang merancang kehidupan manusia dan perjalanan seluruh makhluk didunia ini.Sesungguhnya perancangan  dan pengaturan dariNya sangat hebat dan cukup sempurna.

zikir ya bariq

 

CARA BACAAN ZIKIR YA BARIQ

Allahumma Ya Bariq, ya bariq, ya bariq hingga 40 kali dan tutup dengan doa “Ya Allah aku serahkan hidupku, anak-anakku, suamiku dan seluruh kehidupanku untuk diaturkan olehMu Ya Allah, untuk diuruskan olehMu Ya Allah.

 

Semoga bermanfaat untuk semua.Jom sama-sama kita amalkan zikir ini untuk kehidupan yang lebih baik.Mula-mula memang susah sebab kadang-kadang tu kita lupa nak buat, tapi bila dah terbiasa, ia akan jadi biasa.Tak buat rasa macam tak lengkap rasanya perkara yang kita buat setiap hari tu.Insyallah.

 

siti Rohaida

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog