ZIKIR YA BAARI’ UNTUK MEMUDAHKAN SEGALA URUSAN | Inilah antara zikir yang diajar oleh Ustazah Asma’ Harun dalam ceramah beliau dahulu.
Bacaan Zikir ini dilakukan pada setiap pagi selepas waktu subuh atau sebelum subuh atau pada bila-bila masa sahaja seawal pagi.Selain dari zikir pembuka rezeki yang lain, zikir ini juga perlu kita amalkan.
MAKSUD YA BAARI’
Ya Baari’ adalah salah satu daripada 99 nama ALlah yang bermaksud “YANG MAHA MERANCANG”.Ya Baari’ Yang maha merancang dan mengatur kejadian alam, merancang kehidupan manusia dan perjalanan seluruh makhluk di dunia ini.Sesungguhnya perancangan dan pengaturanNya sangat hebat dan cukup sempurna.
YA ALLAH YA BAARI’ ALLAH YANG MAHA MERANCANG
Ya Allah Ya Baari’ Yang Maha merancang, Engkaulah yang merancang dan mengatur kejadian alam ini.Engkau tuhan kami yang merancang kehidupan manusia dan perjalanan seluruh makhluk didunia ini.Sesungguhnya perancangan dan pengaturan dariNya sangat hebat dan cukup sempurna.
CARA BACAAN ZIKIR YA BAARI’
Allahumma Ya Baari’, ya baari’, ya bariq hingga 40 kali dan tutup dengan doa “Ya Allah aku serahkan hidupku, anak-anakku, suamiku dan seluruh kehidupanku untuk diaturkan olehMu Ya Allah, untuk diuruskan olehMu Ya Allah.
Semoga bermanfaat untuk semua.Jom sama-sama kita amalkan zikir ini untuk kehidupan yang lebih baik.Mula-mula memang susah sebab kadang-kadang tu kita lupa nak buat, tapi bila dah terbiasa, ia akan jadi biasa.Tak buat rasa macam tak lengkap rasanya perkara yang kita buat setiap hari tu.Insyallah.
Ejaan yang betul ialah Ya Baari’
bukan ya bariq atau ya barik
Ya Baari’ maksud Yang Maha Mengatur..
Ya Bariq tu baru maksud yang sujud bertingung
terima kasih kerana perbetulkan ejaan