Zikir Hari Khamis Subhanallahil 'adziimi Wa Bihamdihi

Zikir Hari Khamis Subhanallahil ‘adziimi Wa Bihamdihi

Zikir Hari Khamis Subhanallahil ‘adziimi Wa Bihamdihi | Maksudnya segala puji bagi Allah Yang Maha Besar dan segala puji baginya

Zikir ni sangat-sangat dianjurkan di dalam islam dan merupakan kewajipan untuk kita berzikir bagi mengingati Allah swt.Ambillah masa untuk kita berzikir kerana berzikir tu adalah ubat untuk rohani dan dapat menenangkan hati kita.

Jom kita amalkan zikir ini amat mudah untuk dibuat sebagaimana yang diamalkan oleh Imam AL-Ghazali dan ianya tiada had masa dan boleh dilakukan dimana-mana sahaja.

Zikir Hari Khamis Subhanallahil ‘adziimi Wa Bihamdihi

zikir hari khamis

سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ

Maksudnya : Maha Suci Allah yang Maha Besar dan segala puji-pujian bagiNya

Dibaca 1000 kali sehari 

Bacaan zikir Subhanallahil ‘adziimi wabihamdihi yang dibaca berulang kali setiap hari sepanjang hari khamis, insya Allah akan memberikan kita ketenangan, semua rencana berjalan dengan mudah dan Allah membantu kita menyelesaikan segala masalah.
 
Baca Juga : [ Zikir Hari Rabu ]
 
Zikir boleh diamalkan bila-bila sahaja atau hari apa sekalipun. Namun asbab disenaraikan zikir Subhanallahil ‘adziimi wabihamdihi sunat dilazimi dibaca pada hari khamis supaya kita dapat membahagikan ia mengikut masa yang kita sempat. Namun jika dalam satu hari kita mampu membaca semua zikir yang diharuskan itu, maka amalkanlah semampu kamu.
 
Baca juga : [  Zikir hari Ahad
 

FADHILAT DAN KEBAIKAN BERZIKIR

Ada banyak kebaikan dan fadhilat apabila kita berzikir memuji dan menyebut nama Allah walau di mana kita berada. Saya ringkaskan seperti di bawah:
 
1. Allah sentiasa mengingatinya
2. Menghalau syaitan
3. Menanam rasa syukur
4. Menambah cinta kepada Allah
5. Membersihkan hati
6. Membuang kebimbangan
7. Mendapat kebaikan di dunia
8. Mendapat ganjaran dari Allah
9. Mendapat kebaikan di akhirat 
 
Semoga kita istiqomah dalam membuat kebaikkan dan menyucikan hati kita.
 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *