ZIKIR HARI JUMAAT DAN DOANYA

ZIKIR HARI JUMAAT DAN DOANYA.Perbanyakkan zikir untuk kita mendapat ganjaran daripada Allah swt.Lagi banyak kita zikir lagi banyak pahala yang dijanjikan oleh Allah swt.

Buat kita dapat, tak buat kita tak dapat.Zikir hari jumaat adalah zikir yang lebih mengingatkan kita kepada yang maha pencipta.

ZIKRULLAH adalah satu ibadat yang istimewa kerana ia terbuka dan mudah diamalkan meskipun seseorang itu berada dalam apa-apa keadaan pun.

Menurut Imam al-Nawawi, para ulama bersepakat bahawa hukumnya harus berzikir seperti bertasbih, bertahmid, bertakbir, berselawat, berdoa dan seumpamanya secara dalam hati dan lisan bagi mereka yang berhadas, berjunub, haid dan nifas.

Maka, umat Islam perlu ambil peluang ini untuk tidak meninggalkan amalan ini, apatah lagi ia adalah arahan Allah Ta’ala dan Rasulullah SAW yang mempunyai banyak fadilat (kelebihan).

Zikir bukan sahaja dilakukan selepas solat, tetapi boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.Sibuk dengan aktiviti harian tak bermakna tiada ruang untuk kita berzikir.Paling mudah nak dilakukan, namun kebaikkannya terlalu besar untuk disia-siakan.Amalan zikir hari jumaat ini perlu dilakukan sentiasa supaya kita akan terbiasa dengannya.Banyak kelebihan zikir hari jumaat ini dan sebagai umat islam kita tidak harus melepaskan peluang untuk menggandakan amalan kita.

ZIKIR HARI JUMAAT

YA ALLAH, YA ALLAH, YA ALLAH, YA ALLAH, YA ALLAH, YA ALLAH – 1000 KALI

 

Allah akan berikan kita ketenangan hati bagi orang-orang yang membacanya dan merasa kelazatan Zikrullah

Terdapat banyak ayat dalam al-Quran dan hadis yang memerintahkan umat Islam agar memperbanyakkan zikir kepada Allah dan menjelaskan kelebihan menyertai majlis zikir.

 

Baca juga : 10 AMALAN RUGI TAK BUAT PADA HARI JUMAAT

Contohnya firman Allah dalam surah al-Ahzab, ayat 41 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah akan Allah dengan ingatan yang banyak.”

Firman Allah dalam surah surah al-Ra`d, ayat 28 yang bermaksud: “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.”

Manakala, contoh hadis sahih riwayat Imam al-Bukhari, daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah memiliki malaikat yang berkeliling di jalan mencari orang yang berzikir. Apabila mereka bertemu kelompok orang yang berzikir kepada Allah, mereka pun saling memanggil: Kemarilah kepada apa yang kamu hajatkan. Maka para malaikat menaungi mereka dengan membentangkan sayap-sayap mereka sehingga ke langit dunia.”

Dalam hadis sahih yang lain riwayat Imam al-Bukhari daripada Abu Musa al-Ash’ari RA, Nabi bersabda: “Perumpamaan orang yang berzikir dan orang yang tidak berzikir ialah seperti orang yang hidup dan orang yang mati.”

 

 

Jom kita amalkan zikir hari jumaat.Dan jom Al-kahfi

Loading

2 Comments

  1. Minta izin share ye

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *