ZIKIR AHAD YA HAYYU YA QAYYUM

ZIKIR HARI AHAD

ZIKIR AHAD YA HAYYU YA QAYYUM | Bacalah Ya Hayyu Ya Qayyum atau Ya Hayyul Qayyum, ia akan membantu anda dalam banyak perkara

Dua asma Allah SWT yang teramat agung ini sememangnya terdapat di dalam ayat Kursi. Untuk itu barangsiapa membaca dua asma Allah SWT (Ya Hayyu Ya Qoyyum – Wahai Yang Maha Hidup dan Yang Maha Berdiri Sendiri) sebanyak 1000 kali setiap kali selesai solat Isya’.

Antara khasiat di dalam Ayat  Ya Hayyu Ya Qayyum

ZIKIR AHAD YA HAYYU YA QAYYUM

  • Banyak wang
  • Didengar dan ditaati segala perkataannya.
  • Diberi kekayaan
  • Mendapat kasih sayang daripada perempuan dan lelaki,
  • Mendapat kebahagiaan, kemuliaan dan kewibawaan
  • Dijauhkan dari bala dan bencana alam
  • Dijauhkan dari penipuan, muslihat musuh dann lain-lain yang sebangsa dengannya.

Berkata Imam Ghazali lagi, barangsiapa ketika mengalami kesusahan dan menghadapi berbagai masalah maka hendaklah memperbanyak membaca; “Ya Hayyu Ya Qoyyum Birohmatika Astaghisu” – Maksudnya “Wahai Zat Yang Maha Hidup dan Yang Maha Berdiri Sendiri, dengan segala rahmat Engkaulah aku memohon bantuan”

Baca juga : zikir hari rabu

Antara lain juga disebut Imam Al Ghazali mengatakan:Siapa yang menginginkan keuntungan mempunyai Kewibawaan,dimuliakan, terlindung dari bahaya dan tipu daya musuh,diindahkan tutur katanya dan luas rezekinya.

Sebaik-baiknya membaca doa dan seterusnya berzikir Ya Hayyu Ya Qayyum sebanyak 1000 kali. Yang Hidup dan Yang Mematikan yang hidup. Yang Hidup, tidak ada sekutu bagi-Mu. Allah yang Maha Hidup, aku meminta dengan Hayat-Mu bersaksikan semua yang hidup dan dengan Hayat-Mu yang memberi nyawa kepada semua yang hidup dan dengan Hayat-Mu yang mematikan semua yang hidup.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan keluarga serta para sahabatnya dan perlindungan kepada mereka semua. Segala puji bagi Allah Pencipta Alam Semesta.

Ya Hayyu Ya Qayyum (11 kali)

Kabulkanlah permintaanku, lepaskan kami dari kebimbangan sebagaimana Engkau membebaskan orang-orang mukmin. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan keluarga serta para sahabatnya dan perlindungan kepada mereka semua. Segala puji bagi Allah Pencipta Alam Semesta.

sumber sini

Semoga kita sentiasa dilindungi dari segala perbuatan yang tidak baik.Jom  zikir ahad YA HAYYU YA QAYYUM

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.