yard & co coffee

MAKAN PETANG DI YARD & CO COFFEE PENGERANG

MAKAN PETANG DI YARD & CO COFFEE PENGERANG | Cafe yang menjadi port OOTD ni terletak di Pengerang Johor dan sangat-sangat popular di sana dan menjadi ramai tumpuan tak kira bangsa.

Hah, itulah cerita untuk entry kali ni.Walaupun cerita ni dah basi, tapi umi macam biasalah baru nak up.Sedang merajinkan diri update entry.Jadi apa salahnya kan kita cerita serba sedikit tentang port makan-makan di Pengerang Johor.

Memang dah lama umi nak kesini, memandangkan adik umi yang si Fatin dan Along ada sekali, jadi kami berpakat untuk terjah cafe ni.Tempat pun cantik.Memang sesuailah dengan mereka yang suka berootd dan suka coffee.Tapi nak bagitau awal-awal, bila dah namanya cafe yang dikenali, of courselah harga pun boleh tahan.Jadi umi dah bagitau awal la kan sebab taknak korang terkejut pulak.

Sesekali kan nak reward yourself dengan apa yang korang suka why not.Tak salah pun sebab bukan selalu.Jadi korang taulah macam nak treat yourself dengan apa yang korang nak buat.

Bukan sahaja port untuk OOTD malah korang dapatlah lihat pemandangan tepi laut yang mendamaikan.Nak-nak bila korang datang kat sini pada belah petang.Tapi tulah, confirm ramai orang.Tapi kalau dah nak kan, tak kiralah ramai atau tidak, mesti sanggup je menunggu.

yard & co coffee

Masa umi datang tu, memang tengah buat renovation pada belah hadapan, dan sekarang ni mungkin dah siap dan lebih luas.Tapi umi suka bahagian dalam cafe ni.Memang vibe sangat.

Oh ya, dah singgah pengerang tu kalau korang peminat Kopitiam, boleh la singgah di Kedai Kopi Kita.Kedai ni pun mesti korang suka 

Dalam Cafe ni banyak bahagian tempat duduk yang korang boleh pilih, itupun kalau ada kosong la.Tapi setiap sudut tu memang cantik.

Carrot cake dan Coffee Mujito sangat refreshing ye minum panas-panas ni.

Tak ingat pulak umi apa nama spaghetti ni.Punyalah kalut sebab ramai orang masa tu, sampai gambar blur pun ko tak perasan.Tapi takpelah korang nampak udang pun oklah kan.

YARD & CO COFFEE

Eh tak ingatlah apa menu lagi yang umi order.Tapi cream brule dia tu sedap uii.Rugi kalau datang sini tak order.

Melepak la kami beberapa jam, eh tak sampai pun 2 jam sebab ramai yang masih menunggu meja.Jadi lepas habis lepak dan tengok-tengok orang, kitorang pun balik la.

yard & co coffee

Sempatlah melayankan si orang jauh ni untuk berootd.Umi takde bergambar sebab masa tu handphone tak bawak.Itu pun gambar dari phone adik.Careless sangat umi nko hari tu sampai lupa bawak phone.

Ha, korang yang dah sampai ke Pengerang tu, singgahlah ke sini.Memang best vibe dia weh.Tetiba macam nak pergi lagi.Tunggulah nanti kalau babah nak belanja pulak.hahha

 

YARD & CO COFFEE PENGERANG

Lot 4785, Jalan Siakap, Kampung Sungai Rengit, 81600 Pengerang, Johor

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *