Work From Cafe Orked Coffee Taman Scientex

Work From Cafe Orked Coffee Taman Scientex | Yelah, asyik work from home je kan, dah alang-alang boleh Dine in tu kita buatlah work from cafe.

Disebabkan blog umi hari tu ada masalah sitemap tak boleh nak crawl, jadi kita kenalah cari apa masalahnya supaya blog tak terus merudum segala PV dan sebagainya.

Yelah, blog ni merupakan sumber pendapatan umi yang kedua.Dan sejak berhenti kerja ni blog adalah pendapatan umi yang pertama.Eceh!! walau pendapatan adsense bukan setiap bulan tapi boleh la menampung kehendak sekali sekala kan.Impian umi untuk dapatkan adsense setiap bulan.Semoga umi berjaya hendaknya.

Nak dapatkan adsense sebagai gaji bulanan tidak mustahil.Ramai je blogger yang boleh buat duit dari blog.Kat dunia ni takde yang mustahil selagi tak salah disisi agama dan undang-undang ye.

Jadi bila blog ada masalah kena cepat-cepat  betulkan supaya tidaklah makin teruk.Jadi, kenalah cari mereka yang faham macam mana nak selesaikan masalah tu.

Baca juga : Lunch Date di Richiamo Coffee

Umi mintak tolong Sislin untuk bantu umi cari jalan macam mana nak selesaikan masalah tu.So, kitorang carilah Cafe yang terdekat supaya bole berjumpa.Umi pun set untuk berjumpa di Orked Coffee di Taman Scientex.

Orked Coffee ni dah lama juga beroperasi dan alang-alang boleh dine in, kita pun On jelah mengopi kat sana.Kira dekat jelah dengan tempat kerja babah.Dah makin banyak kedai yang dibuka disekitar Politeknik tu tau.Pilih je nak makan apa, semua ada.

Orked Coffee ni memang sesuai la tempat untuk nak chill dengan kawan-kawan dan keluarga.Ataupun tempat untuk berjumpa atas urusan kerja pun sesuai.Tempat yang luas dan suasana yang best ni memang ramai orang suka kan?

Work From Cafe Orked Coffee Taman Scientex

Nak kerusi besar macam tu atau meja yang luas ataupun meja yang selesa untuk korang buat kerja semua boleh pilih.Nak duduk di luar pun boleh.Tapi umi prefer dalam la sebab beraircond.

Work From Cafe Orked Coffee Taman Scientex

Umi just ambil meja biasa je sebab mudah umi nak buat kerja.

Work From Cafe Orked Coffee Taman Scientex

Puan blog bersama SisLin.Kita mintak dia ajar wak, tapi dia yang blenaja kita makan.Alhamdulillah, semoga terus diberikan rezeki yang melimpah ruah.

Kegemaran umi Latte dan sphagetti..Hah di tambah pulak dengan ape ke nama dia ni

Sorang dua cheese tart ni.Memang seda uiii..Ni bebudak nampak confirm suruh umi beli lagi.Nantilah umi orderkan lagi.

Ni tak taulah jumpa nak makan-makan atau nak buat kerja.Tapi settle jugaklah masalah blog yang sitemap tu ke laut.

Kotlah korang berhampiran duduk sini, boleh la nanti terjah Orked Coffe ni.Boleh jugak terjah ig dan fb mereka di bawah ni ye

 INSTAGRAM | FACEBOOK

2 Comments

  1. wahhhh terror sis lin…dah boleh jadi counsel for blogger gitu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *