WORDLESS WEDNESDAY #77 | KOLEKSI KELADI UMI

WORDLESS WEDNESDAY #77 | KOLEKSI KELADI UMI.Lama kan tak bercerita tentang mini garden kat rumah umi tu.Sesekali kita simpanlah sini buat kenangan ye dak.

Actually umi ni bukanlah tangan sejuk.Tapi bila tengok pokok-pokok hijau ni nampak sejuk je mata memandang.

Tau tak  menanam pokok bunga ni pun bukan hanya hobi, malah ia juga boleh buat kita rasakan satu ketenangan bila didepan mereka.

Terkini koleksi Keladi umi yang dah beranak pinak tu buatkan umi lebih semangat la sikit nak membelainya.Kalau pokok mati, alahai sedihnya tu bukan main.Nak-nak bila kita beli pokok yang mahal.Sebab tu umi takde lagi koleksi hybrid ni.

Sebab apa, sebab umi paling takut dia mati.Haduiii..Korang tau-taulah harga pokok hybrid tu berapa kan? Kalau sejenis yang betul-betul minat dan pandai jaga pokok takpelah jugak.

Di bawah ni antara koleksi Pokok Keladi umi yang ada di mini garden umi tu.Entah bila ek nak beli rak cantik.Kita main letak jelah pasu atas pasu.Janji nampak kemas kan?

Tak banyak tapi boleh la membuat umi gembira menatap mereka.eceh! lagi baik menatap pokok dari menatap perangai manusia yang nampak je baik, tapi belakang penuh dengan nista!

I hate that!!

Hah kan dah terkeluar perkataan yang tak sepatutnya.Oklah enjoy your view.Harap beranak pinak lah hendaknya supaya boleh berkongsi kegembiraan dengan ibunda tersayang.

p/s : kesian ibunda sedang bersedih.Sedih kehilangan cucu disebabkan egonya seorang bapa.

Loading

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.