Wordless Wednesday #72 Tauhu Sumbat

Wordless Wednesday #72 Tauhu Sumbat.Siapakah peminat tahu sumbat kat sini angkat tangan.

Ini antara yang dicari juga semasa bulan puasa.Kalau dulu wajib cari lopes, roti jala, paru berlado dan ada lain lagi menu yang perlu dicari semasa bulan puasa.

Bukan tak boleh buat sendiri, tapi kalau setakat 2 orang je makan, umi lebih rela beli dari membuat.Kalau kita buat, of courselah kan dalam kuantiti yang banyak.Makan pun seketul dua,Jadi kalau dah banyak takde siapa nak makan, tak ke membazir tu.

Baiklah beli sajo.Dalam masa yang sama boleh la support peniaga kan.Janji apa yang disajikan tu sedap dan berbaloi dengan harga.

Wordless Wednesday #72 Tauhu Sumbat

Tahu sumbat ni bukan terletak pada tahunya tetapi terletak pada sambal kacangnya.Kalau sedap sambal kacangnya maka sedaptlah tahunya..hahahah tak gitu.

Nasib baik ada bazar kecil kat kawasan taman ni.Tak perlu la nak ke bazar-bazar besar sebab ramai orang dan tak sanggup rasanya nak meredah.

Seingat umi baru pertama kali singgah di bazar di pekan merlimau.Itu pun sebab nak tambah sikit-sikit menu yang makcik umi masak.

 

2 Comments

  1. Puasa ni belum jumpa lagi aku tauhu sumbat.. geram plakk nengokk hahahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published.