Wordless Wednesday 65 | Kenangan Tangan Kakak Retak

Wordless Wednesday 65 | Kenangan Tangan Retak kakak umi semadikan di blog kesayangan umi ni hah.Mana tau kan satu hari nanti kakak terjumpa blog ni.

Dan ini juga merupakan appointment kakak yang terakhir di Hospital.Alhamdulillah nampak tulang dia dah elok.Harap lepas ni janganlah terlalu lasak.Umi ada ceritakan kisah kakak di entry ini

Dibawah tu nampak tulang kakak yang terserpih sikit tu tak.Yang dalam bulatan tu.Dan yang atas tu tulang dah semakin elok.Biasa kan budak-budak sekejap je tulang elok.Kalau nak dibandingkan orang tua, memang lambat la.Masa umi patah kaki dulu hampir 5 bulan baru pulih sepenuhnya.

Lepas ni tak perlulah lagi nak ke Hospital.

 

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.