Wordless Wednesday #60 | Japanese Oyster

Wordless Wednesday #60 | Japanese Oyster | Kali kedua makan Oyster tapi yang ni lebih rare dan besar.

Kali pertama umi makan rasanya di Renaissance Hotel Johor Bahru tak silap umi.Sebelum tu umi memang tak makan jenis raw seafood ni.Mungkin sebab tak dimasak lagi dan bau hanyir dia tu yang tak boleh diterima dek tekak.

Tapi masa umi mengnap di Fraser Hotel Puteri Harbour hari tu, umi join sekali Hi Tea buffet dia.Bila nampak oyster tu besar sangat lagilah umi hanya pandang sahaja.

Seorang Staff kat situ, umi lupa dah siapa nama dia, suruh umi dan sunah cuba jugak.Dalam hati ni rasa tak yakin, tapi disebabkan kata-kata dia tu, buat umi rasa nak mencuba.Dah ler besau yakmat, umi terfikir macam manalah nak telan sebesar-besar oyster tu.

Ambil jugalah seketul.Orang kata nak makan oyster raw ni kena perah dengan lemon dan letak tobasco sos tu bebanyak.

Buruk rupa makan oyster tu..hahah..Nasib baik sislin sempat snap gambar umi tengah makan..Tq Sis..Tapi masa makan tu, orang dok kata makan terus.Tapi umi terpaksa gigit ler putuskan sebab terlalu besar kot oyster tu.Dengan jayanya umi dapat makan oyster tu dengan selamat.Ya Rabbi sedap weh!! memang rugi ler tak mencubanya.

Sedap tu sebab oyster ni FRESH lagi tau.Serius rasa hanyir tu takdelah rasa sangat.Sedap berlemak ditambah dengan sos dan juga perahan lemon tu.

Haishh..Rugi kalau korang tak merasa makan oyster kat Swatches Fraser ni.Nanti umi cerita tentang buffet yang mereka sediakan tu ye.

Oh ya..Sepanjang berpuasa ni, Fraser juga ada menyediakan Buffet Ramadhan tau.Boleh la cuba makan disana.Mana tau kan ada Oyster

Click here for food gallery: https://www.facebook.com/FraserPlacePuteriHarbour/posts/1355590324819116

Book here:
? : (6) 013-778 6821 / https://wa.link/vsrtes

 

Baca entry Wordless Wednesday #60 | Japanese Oyster ni balik rasa nak makan lagi la pulak..EH!! pose kan

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *