Wordless Wednesday #41 | Rumah Lama umi dahulu masa mula-mula mak abah bawak umi pindah dari rumah nenek.
Inilah rumah anak-anak Felda dahulu.Pahit jerih kehidupan mak ayah kita sewaktu Felda ditubuhkan.
Sempat bersama dengan arwah abah di dalam rumah ni 8 tahun sahaja sebelum dia meninggalkan kami.Tugas digalas oleh emak sepenuhnya membesar kami 4 beradik.Dan bayangkan sewaktu arwah meninggal, emak mengandungkan adik bongsu kami.
Mak tinggalkan kami untuk bekerja malam.Dan ada satu peristiwa yang umi rasakan sangat tragis bila mak balik kerja waktu malam, tengok tv terbakar.Cepat-cepat mak ambil tv tu dan lempar keluar.
Nak tau sebab apa?
Waktu tu blackout.Abang kami yang sulung, letakkan lilin tu dekat atas tv kami yang kecil.Masa tu kami semua tengah syok tidur.Nasib baiklah mak balik tepat pada waktunya.Kalau tak, tak taulah apa nasib kami.
kenangan yang takkan pernah kami lupakan… Banyak kenangan pahit di dalam rumah ni yang menjadi kenangan manis untuk kami kenang di sepanjang kehidupan kami sekeluarga.