Sedap Rupanya WoodFire Burger Ni!!

Sedap Rupanya WoodFire Burger Ni!!

Sedap Rupanya WoodFire Burger Ni!! | Patutlah ramai feedback kata repeat berkali-kali makan woodfire burger ni.Jadi tak rugilah umi mencuba

Walaupun Woodfire burger ni dah bukak bertahun lamanya, tahun 2020 ni jugak umi dapat jugak merasa kenikmatan burger mereka.Padahal bukan jauh sangat nak dapatkan Woodfire Burger yang terletak di Taman Suria tu.

Tapi disebabkan takde hal nak kesana, maka tak dapatlah nak merasai burger mereka.Tup-tup umi perasan yang Woodfire burger ni dah ada di Pasir Gudang.Cuma umi tak pasti mereka buka kedai atau tidak.Kalau tengok page memang takde pun alamat kedai yang tertera.

Kalau untuk delivery tu memang adalah.Mereka akan buka slot delivery setiap hari.So, kalau korang nak makan untuk makan malam, make sure korang submit order petang la.

Hari tu dan ler kecek kat babah nak rasa sangat burger diorang ni.Sedap ke tidak tu yang nak mencuba.Kalau dah cuba tu, hah kira oklah kan.Selagi tak cuba selagi tulah asyik menari-menari burger tu depan mata.

Sebelum ni umi pernah la cuba makan burger yang pernah viral satu ketika dahulu sebelum munculnya woodfire burger ni iaitu Burger Bakar Abang Burn.Umi pernah ceritakan di Entry Burger Bakar Abang Burn.Lama dah entry tu.Tahun 2013 dah cerita pasal burger bakar tu.Tak taulah wujud lagi ke tidak burger tu

So, untuk 1st trial ni, umi order dua burger je dulu.Yelah kang order bebanyak tak sedap, rugi pulak kan.Jadi kita order yang biasa-biasa je.Nanti kalau rasa sedap barulah boleh order yang luar biasa 🙂

 

Untuk 2 burger tu umi order BBQ Burger Chicken patty dan juga Gourmet Burger Beef Patty.Untuk side dish umi order Curly fries.

Nampak tak ketebalan burger tu.Ok umi ceritakan satu-satu apa yang terkandung di dalam burger ni.

BBQ Burger Chicken Patty

Di dalam burger ni mengandungi Woodfire BBQ Source.Ada juga Sunny side up egg onion string, dill pickle, tomato dan lettuce.Termasuk jugaklah kan chicken patty dia tu.

Gourmet Burger Beef Patty

Di dalam Burfer Gourmet ni ada juga spicy salted egg yolk sauce, turkey  toast, dill pickle, tomato dan juga lettuce.Ada sekali la Beef patty.

Umi tambah dua curly fries ni sebab risau bebudak ni taknak makan burger.

Settle makan 5 beranak..So. apa 1st impression umi pada Woodfire Burger ni?

SEDAP KE BURGER DARI WOODFIRE BURGER NI?

Hah!! kalau tanya apakah umi akan repeat order lagi?? OF COURSE umi akan repeat order lagi.Barulah umi tau kenapa orang tergila-gilakan sangat burger dari woodfire burger ni.

EH..Ni bukan entry berbayar ye.Bayar pun pakai duit babah.hahaha..Ni kira review dari pengalaman membeli.Bukan disponsor.Lepas dah rasa kotlah woodfire nak sponsor burger umi alu-alu kan.kah..kah

Serius sedap burger ni.Antara gourmet burger dan juga bbq ni umi prefer bbqlah sedap.Sedap Rupanya WoodFire Burger Ni!!

Korang, area Pasir Gudang ataupun Tiram, yang nak merasai kenikmatan woodfire burger ni, tapi malas nak keluar, jangan risau, korang bayar jelah charge COD.

Lepas tu tunggu diorang hantar.Habis cerita.Sekarang ni kena banyak duduk dirumah dari duduk diluar.So kena sentiasa #kitajagakita dan perangi #wabakcovid19 ni ye.

Untuk maklumat lanjut korang boleh lihat website mereka di bawah ni.

INSTAGRAM | FACEBOOK

 

 

 

 

Loading

3 Comments

  1. Giler tak sedap, mahal tuu, kalau tak sedap, makan burger Ramly hehehehe…
    Kita tak pernah makan seketul, tapi pernah rasa suku, anak bawa balik tak habis makan, then nak pergi tak pergi juga, nak delivery anak kata nanti tak sedap..ermmm makanya tunggu aje laaaa orang bawa…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *