Wood Wall Hanging Massage Penghias Meja Kerja

Wood Wall Hanging Massage Penghias Meja Kerja di rumah.Yelah kan, walau duduk di rumah pun nak kena ada jugak notice board ni untuk sebarang reminder di rumah.

Nak-nak bila kita ada kerja yang perlu diselesaikan di rumah.Tak bermakna dah berhenti kerja, sebarang kerja blogger atau bisnes umi lupakan kan? At least duduk rumah pun boleh menjana pendapatan menerusi blog dan juga bisnes sampingan umi bersama Mommyhappy.

Pulak tu sekarang ni berderet segala appointment hospital Mak mertua dan juga umi tiap-tiap bulan.Jadi taknak terlepas kena jugak buat note walau dekat handphone pun umi dah buat reminder.

 

Yelah, kalau kat phone tu kekadang dah tengok, bila but kerja lain lupalah pulak kan? Jadi kita buatlah reminder tu dekat depan pc.Lagipun umi suka letak vision board dekat depan pc.Kalau dulu dekat office sekarang ni kat rumah pun perlu ada.

Wood Wall Hanging Massage Penghias Meja Kerja

Wood Wall Hanging Massage

Mula-mula tu umi cari di Tesco, memandangkan harga pun boleh tahan, jadi umi cuba cari kat Shopee kotlah ada murah-murahkan.Rupanya memang ada harga lebih murah yang umi dah survey ada di Shopee.Jadi untuk merealisasikan SOHO umi dirumah, umi beli lah kan.Harga pun tak mahal jugak.Harga untuk 40×60 cm tu hanya RM24.90 tak silap umi.Ok sangat harga dari yan g umi survey diluar.

Boleh la letak any reminder jika ada job dari PR yang nak kena settlekan cepat.

Jadi satu wishlist umi dah tercapai.Umi nak tukar meja tu sebab meja tu pun dah berusia 9 tahun.Jadi umi ingat nak tukar meja study Ikea.Cuma sekarang ni takde stock je.Umi beli online je sebab murah je cas pengeposannya.Umi dah beli 2 meja belajar untuk kakak dan adik.Tak sempatlah umi nak ambil gambar meja budak berdua tu.Setiap hari memang busy meja tu.Bersepah sajalah bebudak ni.

Wood Wall Hanging Massage Penghias Meja Kerja

Settle kerja sekolah semua pakat tinggal.Nak tunggu umi kemas memang kena tunggu umi setlle kerja luar lah jawabnya.PDPR bebudak ni umi memang tak buat sekaligus.Umi akan buat dua sesi iaitu pagi dan malam.Kang kalau straight je buat kerja sekolah mau tulisan elok jadi tak elok.

Jadi kena beri masa untuk diorang berehat dulu.halah..berehat je kemain berjam.Belajarnya setengah jam pun tak sampai.

Berbalik kepada bulletin board yang umi baru dapatkan dari Shopee tu, adalah lagi wishlist untuk merealisasikan impian untuk buat SOHO di rumah.Tau ke tak SOHO tu ape

APA ITU SOHO

Soho tu adalah singkatan bagi small office home office.SOHO ni selalunya dihasilkan oleh mereka yang bekerja di rumah seperti penulis, pereka bentuk web dan lain-lain lagi yang memerlukan hanya tempat yang kecil untuk melakukan tugas-tugasan mereka.

Jadi nak buat SOHO untuk diri umi sendiri.Yelah, kat situlah umi akan habiskan masa bila tak bekerja ni kan.SOHO ni kenalah lebih cantik untuk mendatangkan mood menulis.Ye dak?

Eh kalau tempat berserabut mana datangnya idea weh! Nak menulis memerlukan kedamian.Kalau dah berserabut, tak timbul idea tu.Jadi bila tempat kerja yang bersih dan cantik, maka idea nak menulis tu banyaklah datang..Cewah!!

Tapi entry tetap tak dapat buat satu hari satu entry.Insyallah akan datang mana tau kan? Sekarang ni sibuklah settlekan PDPR anak-anak yang tak habis-habis tu.Kerjanya sikit je, tapi nak buat tu memang makan masa tau.

Umi dah survey idea nak buat SOHO di pinterest.Banyak benau kan idea SOHO ni.Insyallah sikit demi sedikit.Study room bebudak ni pun dah settle.Ni turn umi pulak la kan?

Wood Wall Hanging Massage Penghias Meja Kerja

Masih lagi berserabut.Takpelah kan, kita buat sikit-sikit.lama-lama cantik lah tu.Tunggu meja tu stock kat Ikea ada.Masa PKP hari tu kemain banyak lagi stock dia.Sekarang ni out of stock ajelah.

SOHO ni memang ada di sudut dalam bilik utama.Jadi takdelah besar mana tempat tu.Dapat menempatkan laptop dan tepi tu rak untuk letak buku dan printer oklah tu.

Kalau korang nak satu macam umi ni bolehlah cari kat Shopee.Macam-macam saiz ada dan harga pun oklah dari kat kedai biasa

Wood Wall Hanging Massage Penghias Meja Kerja

Pilihlah saiz yang mana korang nak.Macam umi ni size 40 x 60 je.Sesuailah untuk meja dalam bilik ni.

 

 

 

 

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.