Welcome March 2019

Welcome March 2019 |Pejam celik pejam celik dah pun masuk ke bulan march 2019.

Actually apa yang best pada umi bulan MAC ini adalah, bulan MAC merupakan bulan kelahiran umi.Umi dilahirkan pada 30 mac 19xx.hahaha…yang belakang tu orang tertentu je tau.

Alhamdulillah, masih diberikan kesihatan yang baik.Moga Allah swt terus memberikan kesihatan yang baik untuk umi.Diperluaskan pintu rezeki dan sentiasa diberikan peluang dan ruang untuk menjadi yang lebih baik.

Pernah tak korang tau kenapa ia dinamakan bulan MAC?Mengikut sumber wikepedia Bahasa Melayu,ia dinamakan bulan MAC kerana?

Mac ialah bulan ketiga dalam sebuah tahun dalam kalendar Gregory dan merupakan salah satu bulan yang mempunyai 31 hari. Mac dinamakan bersempena dewa Rom Mars, dewa perang.

Pada asalnya, Mac merupakan bulan pertama dalam kalendar Rom. Kemudian pada tahun 45 SMJulius Caesar menambahkan bulan Januari dan Februari di hadapannya.

Mac bermula pada hari yang sama dengan Februari pada tahun biasa dan bulan November pada semua tahun.

Sumber: SINI

Wallahualam.

Loading

1 Comment

  1. tak berapa faham ayat yang last tu..Mac bermula pada hari yang sama dengan Februari pada tahun biasa dan bulan November pada semua tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *