WASPADA KURANG TIDUR SEBABKAN PENYAKIT JANTUNG & ANGIN AHMAR

WASPADA KURANG TIDUR SEBABKAN PENYAKIT JANTUNG & ANGIN AHMAR | Ini yang perlu kita tahu apabila kita tidak mempunyai tidur yang mencukupi.

 Sekarang ni tidur memang tak pernah cukup 8 jam.Kadang-kadang tu rasa letih sampai tak boleh nak lelap.Risau pun ada sebab tau bila kita tidak dapat tidur yang mencukupi, penyakit akan singgah.Jadi nak tak nak kita kena juga cukupkan rehat tidur tu.Sebab tu kita disarankan untuk ambil masa tidur sekejap sebelum waktu zohor.Dan ia merupakan sunnah Rasulullah Saw juga.

Ia dinamakan Qailullah yang bermaksud tidur sebentar disiang hari.Apa yang umi baca Qailullah ini sebaiknya adalah pada pukul 12 sehingga sebelum masuk waktu zohor.

Berbalik kepada waspada kurang tidur sebabkan penyakit jantung & angin ahmar tu, kajian menunjukkan tidur nyenyak dan mencukupi pada waktu malam penting untuk kecergasan fizikal dan mental tetapi kini masalah tidur tidak cukup semakin meningkat, dengan penyelidikan membuktikan seorang daripada setiap lima orang, berasa letih luar biasa dan seorang daripada 10 mengalami keletihan berpanjangan.Pengarah pusat tidur Universiti Glasqow, Profesor Colin Espie berkata tidur ialah cara semula jadi yang membekalkan rehat, pemulihan dan tenaga kepada manusia dan tiada sesuatu lain yang melakukan perkara sama.

Bagaimanapun, ramai daripada kita menganggap tidur cuma satu komoditi.Kita tidak menghormati pengambilan tidur nyenyak mencukupi, menganggap ia seperti pengacau.Mendapatkan tidur nyenyak pada waktu malam tidak pernah dianggap penting, katanya.

Menurut kajian Universiti Warwick menunjukkan mereka yang tidur kurang enam jam sehari dan terganggu berisiko 48 peratus menghidap atau meninggal dunia akibat sakit jantung dan 15 peratus risiko menghidap atau mati akibat serangan angin ahmar.Amalan tidur lewat dan awal pagi sebenarnya umpama bom jangka kepada kesihatan.Jadi kita kena bertindak sekarang untuk mengurangkan risiko menghidap penyakit yang membahayakan nyawa seperti itu, kata penulis bersama kajian, Professor Franscesco Cappuccio.

Lelaki berusia lebih 65 tahun yang kurang tidur nyenyak yang cukup berisiko tinggi mendapat tekanan darah tinggi, menuru kajian terbaru Fakulti Perubatan Harvard, Kajian ke atas 784 pesakit yang disiarkan dalam jurnal Hypertension, mendapati mereka yang kurang mendapat tidur nyenyak berisiko 83 peratus mendapat penyakit itu berbanding yang tidur nyenyak yang panjang

Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko serangan jantng, angin ahmar dan masalah kesihatan lain.

Kurang tidur menyebabkan tekanan pada tubuh, memaksa jantung berdegup lebih pantas kata pakar.Namun tidur yang terlalu panjang, lebih semiblan jam, mungkin juga menjadi petanda kepada penyakit termasuk kardiovaskular.

Satu kajian ke atas 472 pesakit obes, yang disiarkan dalam International Journal of Obesity, membabitkan peserta memakan 500 kurang kalori setiap hari, disertai senaman kebanyakan hari.Mereka yang tidur terlalu pendek atau terlalu lama kurang kehilangan berat badan dalam tempoh enam bulan

KENAPA KITA PERLU TIDUR SEAWAL YANG BOLEH DAN MENCUKUPI

9PM TO 11 PM

-Adalah masa untuk menghapuskan bahan kimia, toksik yang tidak diperlukan(detoksifikasi)dari sistem antibodi(modus limfa).Tempoh masa ini perlu dihabiskan dengan berehat atau mendengar muzik.

11PM TO 1 AM

-Adalah proses detoksifikasi di dalam hati, dan ia harus dilakukan dalam keadaan tidur yang amat lena.Disebabkan kekerapan tidur lewat melebihi tempoh ini, jerawat anda juga mudah keluar di pipi kiri.

1AM TO 3AM

-Proses detoksifi di dalam hempedu, juga ideal dilakukan  dalam keadaan tidur yang amat lena.

3AM TO 5 AM

-Detoksifikasi di dalam paru-paru.Oleh itu kadang-kadang akan batuk ayng teruk bagi penghidap batuk pada masa ini.Oleh kerana proses detokfikasi telah mencapai saluran pernafsan, tidak perlu untuk mengambil ubat batuk supaya tidak menganggu proses penyingkiran toksin.Disebabbkan kekerapan tidur lewat melebihi tempoh ini, jerawat anda juga mudah keluar di pipi kanan.

5AM TO 7 AM

-Detokfikasi di dalam kolon.Anda perlu mengosongkan usus anda.

Pagi 7AM to 9AM

-Penyerapan nutrien dalam usus kecil.Anda perlu mempunyak sarapan pagi sebelum masa.Sarapan harus lebih awal sebelum 6.30 pagi bagi orang-orang yang sakit.Sarapan pagi sebelum 7.30 pagi adalah yang terbaik untuk orang-orang yang sihat.Orang-orang yang selalu skip sarapan pagi, mereka perlu mengubat tabiat mereka dan selewat-lewatnya untuk sarapan pagi adalah antara 9.00 hingga 10 pagi.

Tidur lewat dan bangun terlalu lewat akan menganggu proses membuang bahan kimia yang tidak perlu.Selain daripada itu, tengah malam sehingga 4 pagi masa apabila sumsum tulang menghasilkan darah.Oleh itu haruslah mempunyai tidur yang baik dan tidak tidur lewat

 
 
 

Loading

One thought on “WASPADA KURANG TIDUR SEBABKAN PENYAKIT JANTUNG & ANGIN AHMAR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *