VLOG? Ape tu?Projek 2017?

Assalamualaikum

VLOG? Ape tu? Pernah tak korang dengar sebelum ni..Sebelum ni memang aku pernah dengar tentang Vlog ni..Tapi tak pernah terfikir pun nak buat Vlog..Tetapi tau-tau sehingga ke hari ini.aku dah hasilkan 4 Vlog dan sudahpun di masukkan ke dalam Youtube..Vlog terdiri daripada dua perkataan iaitu video dan blog..Bila digabungkan menjadi Vlog..Beza vlog ni kita menghasilkan video dan blog pulak kita hasilkan dengan penulisan..Vlog,kita harus record apa yang ingin kita cakakpkan depan kamera manakala blog pulak,kita cuma tulis di dalam blog..
Hebat?? taklah hebat mana pun ber Vlog tu..Cuma,mencuba untuk mencabar diri sendiri untuk membuat Vlog..
Macam mana aku boleh masuk ke dunia Vlog ni?
Of courselah disebabkan oleh seorang blogger yang mencabar aku untuk buat ni..Mesti korang kenal kan siapa BroFramestone..Dan sebab dialah maka terhasilnya Vlog ni tau..hahaha..
Actually,mungkin dikalangan blogger dah hangat memperkatakan tentang Vlog untuk Projek2017 blogretis yang dianjurkan oleh Broframestone.Dan sebenarnya aku tak tau apa projek yang akan berlangsung pada tahun hadapan..Tetapi dari apa yang aku faham,Bro mencari mereka yang BERANI untuk bercakap depan kamera.Untuk apa,untuk projek 2017 yang akan berlangsung tak lama lagi.Blogger dikehendaki untuk membuat Vlog selama 1 minit dan upload ke youtube.
Itu sahaja yang aku tau tentang Projek tu..Projek sebenar tentang tu memang aku tak ketahui.cuma aku menyahut cabaran tu sebagai sesuatu yang positif untuk masa depan blog dan juga aku sendiri.Katanya ramai client yang mencari mereka yang membuat Vlog,tetapi kebanyakkan blogger hanya membuat blog dan jarang membuat video..Mungkin dari situ sebenarnya bro nak mencari dan meramaikan blogger-blogger untuk membuat Vlog ni kan.

Ini adalah antara Vlog yang aku hasilkan sepanjang bulan ini..

Kalau korang nak join #PROJEK2017 ni bolehlah hasilkan vlog selama 1 minit ni…Confirm korang akan buat lagi dan buat lagi Vlog ni setiap hari..gian lah pulak kan..Jangan lupa tekan butang subscribe bila korang dah menonton vlog aku ni ye..
tq…

Loading

7 Comments

  1. Tak ingat kakak dulu Mr. Ben pun buat juga Vlog ini Eda
    Tapi kakak masih malu pulak nak buat hihi..

  2. Tahniah SR semakin update tu..
    Akak nak update blog ni pun semput hahhaha.
    Apa lagi VLOG ni.

  3. dulu selalu jugak layan vlogger. Tapi dah kerja ni malas . baca blog je senyap senyap hahaha

    nak buat vlog sendiri segan pulak. hiks

  4. saya ada nampak juga
    tapi saya takde keberanian nak buat gitu
    macam segan pula nak buat
    takpelah, saya sokong perjuangan rakan blogger lain
    all the best ye

  5. bgus tu, ada kemajuan..mcm zie mcm malu2 jek nak buat vlong ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *